Perkongsian ilmu blogspot blogger Malaysia
Pada awal pembabitan Yumida dalam alam blogging, Yumida begitu ghairah dan teruja untuk memasukkan segala apa yang Yumida suka ke dalam blog. Hingga akhirnya blog menjadi lambat dan sarat dengan dengan ‘barang perhiasan’. Juga pada masa yang sama, blog ini tidak cukup kukuh kerana kesukaran mencari pembaca blog yang setia. Kecewa? Semestinya! Ditambah lagi apabila melihat akaun Nuffnang. Pendapatan langsung tidak berganjak!
Selepas
menerima respon pembaca, Yumida nekad mencari punca mengatasi masalah blog lambat
loading. Juga mencari ikhtiar bagaimana untuk mendapat trafik yang banyak.
Terdetik di hati Yumida, mengapa blogger lain boleh jana duit, tetapi Yumida
gagal memanfaatkan ruangan blog. Yumida kaji kelemahan Yumida, Yumida kaji
kepandaian blogger lain, timba ilmu, baca pengalaman blogger lain, bertanyakan
itu ini, Yumida fahami dan applikasi ke dalam blog. Alhamdulillah..akhirnya
membuahkan hasil. Berikut merupakan 3 jalan penyelesaian masalah di atas yang
pastinya penting dalam ilmu blogspot blogger Malaysia. Moga bermanfaat buat
semua. Sama-sama kita praktikkan.
Klik banner untuk sertai bersama
Cara mempercepatkan loading blog
1) Tetapkan matlamat loading blog kita tidak melebihi 3 saat! Juga harus kurang dari saiz 150 kb kandungan blog! Blog yang berat menyebabkan loading blog lambat justeru boleh membuatkan kita kehilangan pembaca. Juga kita bakal kehilangan sasaran pengiklan. Pengiklan pasti tidak mahu memilih blog yang mempunyai loading lambat yang menyebabkan iklan mereka lambat dipaparkan. Semak kelajuan blog di SINI.
Berat blog Yumida bersaiz 114.66 kb dengan masa loading 0.61 saat
2) Buang gadget yang tidak penting. Minimumkan penggunaan gadget agar blog kita lebih cepat loadingnya. Contohnya tidak perlu meletakkan gadget MP3, jam, kalendar, imej bergerak, widget flash, salji, kelopak rose berguguran dan sebagainya.
3)
Elakkan menggunakan widget popup Facebook yang tidak mempunyai butang close. Tempoh popup yang lama membuatkan pengunjung terus
menutup blog kita tanpa membaca isi artikel kita.
4) Pastikan
halaman utama blog kita hanya memaparkan kurang daripada 5 artikel.
Artikel yang terlalu banyak, akan menambahkan beban blog kita untuk loading.
5) Buat butang read more agar artikel di halaman utama kita tidak
berjela-jela panjangnya sehingga ke bawah. Ianya juga menjimatkan masa loading
blog.
Butang read more yang terkandung di halaman utama blog Yumida
Butang read more yang terkandung di halaman utama blog Yumida
6)
Hadkan pautan di halaman utama blog dengan tidak melebihi 100 link.
Terlalu banyak pautan akan menyebabkan blog menjadi lambat loading, juga ianya
tidak baik untuk SEO blog kita. Digalakkan untuk membuat internal link daripada
membuat pautan luar. Yang mana internal link memberi trafik masuk melalui
penghasilan artikel yang berkaitan.
7)
Gunakan saiz gambar yang minimum.
Jika saiz gambar tersebut besar, ubah saiz gambar menggunakan photo editor
seperti Photoshop dan Photoscape untuk mengecilkan saiznya. Saiz gambar yang
kecil membolehkan blog loading lebih laju.
8) Pilih gambar dalam bentuk format jpeg
dalam artikel blog. Format jpeg memberi saiz gambar yang lebih kecil berbanding format
png, bmp dan gif, yang
seterusnya memudahkan ketika proses meloading gambar.
9) Pilih header yang sesuai
dengan saiz blog kita tetapi minimumkan
saiz gambar dan pixel header. Saiz header yang besar akan menjadi punca
utama blog kita menjadi berat dan menyebabkan lambat loading. Contohnya header Yumida di atas hanya bersaiz
54.1kb. Kecil kan? Itu yang kita nak.
10)
Letak kod html untuk melajukan loading blog kita. Ianya memang memberi keberkesanan! Yumida dah cuba, memang ada perubahan. Nanti rakan-rakan cuba tau!
11) Gunakan
warna asas putih sebagai latar blog. Ini kerana warna putih
menyumbang pada kelajuan loading blog kita. Lebih cepat!
12)
Pilih template yang ringan dan pantas loading blog. Template thesis blogspot dari forblogger.net merupakan template paling banyak digunakan
oleh blogger masa kini, kerana template ini ringkas dan cepat loadingnya.
13)
Buat slide navigation atau tabber widget untuk kemaskan sidebar blog. Secara tak langsung meminimumkan
ruangan di sidebar dan menyembunyikan url yang begitu banyak.
Slide navigation di blog Yumida
Slide navigation di blog Yumida
Jana pendapatan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di
blog
1) Pastikan kedudukan iklan Nuffnang tepat seperti disarankan oleh Nuffnang, agar blog kita
terpilih oleh advertiser untuk mengiklankan produk mereka.
2) Dapatkan status glitterati, yang mana akan memberi kelebihan kepada kita berkaitan tawaran
istimewa yang diberi oleh Nuffnang antaranya sponsored post, kempen CPUV,
Kempen Blogbuster, tawaran tiket ke konsert, dan banyak lagi! Harus diingat,
status glitterati akan hilang jika kita meletakkan iklan pesaing Nuffnang
antaranya Komli, Innity, Adsense dan lain-lain.
Kempen CPUV blog Yumida
Kempen CPUV blog Yumida
3) Dapatkan tawaran kempen CPUV (Cost Per Unique
Visit) sebanyak mungkin! Rajinkan update entry blog, update survey, update bio
blogger dan menghantar tiket pertanyaan. Sebab apa? Agar pihak Nuffnang sedar
akan kewujudan blog kita. Harus diingat, selepas advertiser memilih blog yang
mereka ingin iklankan produk mereka, tugas Nuffnang pula yang akan menapis
senarai blogger. So, blogger yang rajin
mengemaskini survey, kemungkinan besar bakal dipilih untuk kempen CPUV!
4) Selepas mendapat kempen CPUV, tingkatkan
trafik blog kita. Sebab apa, CPUV ni dibayar mengikut unique visit (pelawat unik) yang datang ke blog kita. Semakin
ramai yang datang ketika kempen itu berjalan di blog, semakin tinggi nilai
pendapatan yang kita dapat.
5) Tetapkan
entry mengikut jadual.
Dinasihatkan, agar jangan tergesa-gesa untuk publish entry. Rugi jika entry
dipaparkan tetapi tidak menyumbang pendapatan. Apa yang Yumida kaji, kebiasaan iklan Nuffnang keluar pada waktu tertentu.
Jam 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 8 malam, 10 malam, 12 tengah
malam, dan jam 6 pagi. Iklan ni tidaklah disiarkan dalam tempoh yang lama. So,
rebut peluang dengan penjadualan entry antara waktu di atas.
6) Promosi
iklan Nuffnang di
entry kita ketika ia sedang berlangsung. Nyatakan apa iklan tersebut, maklumat lengkap iklan, apa faedah iklan tersebut buat pembaca. Jika pembaca berminat akan iklan tersebut, mereka akan klik. 1 klik iklan bernilai RM0.25 bagi
berstatus glitterati. Status ordinary bernilai RM0.15 per klik iklan. Inilah
iklan kempen CPC (Cost Per Click).
Kalau orang klik akan menjana pendapatan kita.
Kempen CPC blog Yumida
Kempen CPC blog Yumida
7) Sahut cabaran menghasilkan video andai kita
ditawarkan untuk kempen Blogbuster.
Menghasilkan video tidaklah sesukar mana. Tapi anda akan mendapat pendapatan
ratusan ringgit hanya dalam tempoh beberapa minggu! Berikut merupakan hasil pendapatan Yumida menerusi kempen blogbuster.
Pendapatan
kempen Blogbuster (Switch 2 U) RM540.00 – tempoh berlangsung 3 minggu
Pendapatan
kempen Blogbuster (Ambi Pur) RM401.00 – tempoh berlangsung 2 minggu
8) Terima tawaran sponsored post dari Nuffnang dan berikan respon dengan segera!
Sebab apa, first come first
serve. So, bertindak dengan
cepat. Bayaran dari sponsored post ni juga tersangatlah lumayan.
Tawaran sponsored post dari Nuffnang melalui email Yumida
Cara dapatkan sumber trafik dan menjana trafik blog yang tinggi!
1)
Rajinkan diri berblogwalking ke
blog-blog lain. Cara paling mudah dan cepat melalui mereka yang berada di bloglist dan dashboard blog kita.
Uniques visit Nuffnang Yumida bertarikh 27/11/2013: 5080 uv
JOM BACA: Kepentingan Unique Visitor (uv)
2)
Buat kunjungan balas pada
mereka yang meninggalkan komen di
blog kita. Secara tak langsung ia mewujudkan hubungan 2 hala. Mana tahu, mereka
ini bakal menjadi pembaca setia blog kita. Blogger
peramah blogger disukai semua orang. So, rajinkan diri kita membuat jejak balas pembaca blog kita.
3)
Bina hubungan
dengan blogger-blogger baru. Ini juga sangat penting! Kebanyakkan yang menjadi
pembaca setia di blog Yumida terdiri blogger baru. Mereka umpama lombong emas
yang mana menyumbang pada trafik yang
stabil.
Uniques visit Nuffnang blog Yumida
Tarikh 21/11/2013 sehingga 27/11/2013
4)
Bertukar bloglist dengan
rakan blogger kita. Setiap artikel yang kita update, akan terus keluar di
bloglist rakan-rakan. Digalakkan untuk membina 1 lagi blog khas untuk meletak
bloglist. Sebab kita ingin menghadkan kurang daripada 100 link di halaman utama
blog kita. Agar ia lebih cepat loading dan mesra SEO.
5)
Kerap mengupdate
entry. Tetapkan penjadualan untuk publish entry kita. Seperti yang Yumida
sarankan di atas iaitu ketika mana iklan Nuffnang keluar. Dengan ini, mudah
bagi rakan blogger untuk membuat terjahan dari masa ke masa. Pastikan kita
menghasilkan artikel berkualiti yang mana bermanfaat buat pembaca. Gaya penulisan juga harus bagus, agar gramatis bila dibaca. Blog yang menyajikan artikel berkualiti pada pembaca, akan membuatkan mereka datang sekerap mungkin.
6)
Buat artikel yang menjadi carian
sepanjang masa. Antaranya takwim Islam, jadual cuti umum dan cuti persekolahan Malaysia, jadual pembayaran gaji kakitangan awam dan lain-lain.
7)
Buat artikel carian popular
bermusim. Contohnya Masterchef Malaysia All Star, Maharaja Lawak Mega 2013, Ariana
Rose dan banyak lagi!
Pageview di blog stats Yumida bertarikh 27/11/2013: 16,454 pageviews
Pageview di blog stats Yumida bertarikh 27/11/2013: 16,454 pageviews
8)
Join
segmen/giveaway/contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Pastinya ada
terjahan di antara peserta dan juga penganjur.
9)
Anjurkan segmen,
giveaway, contest di blog kita sendiri. Ini cara paling cepat menaikkan trafik
blog, lantas menambah pengikut blog kita.
10)
Jadi penaja/sponsor bagi
sesebuah segmen, giveaway, contest untuk menarik rakan blogger dan peserta
singgah ke blog kita.
11)
Terapkan teknik SEO ke
dalam blog agar memudahkan ianya terindeks di halaman utama enjin carian
Google. Artikel kita yang terpapar di halaman utama Google pasti akan diklik
dan dibaca oleh pelayar internet. Lantas menyumbang pada trafik organik.
Keberhasilan eksperiment SEO, artikel ini berada di halaman utama Google.com
Keberhasilan eksperiment SEO, artikel ini berada di halaman utama Google.com
12)
Sebarkan artikel blog kita ke laman
ping. Antaranya busuk.org,
kartikel, blogr, guablog, apesal, free backlink, dan banyak lagi. Juga sebarkan
ke group facebook seperti kelab
blogger, kelab belia, blogger 1 Malaysia dan banyak lagi. Giatkan usaha
mempromosi artikel kita di mana-mana yang boleh menjana trafik.
13)
Namakan gambar
dengan tepat. Melalui gambar juga boleh menyumbang pada
kehadiran trafik organik. Klik pada gambar tersebut, klik properties, taip kata kunci pada title text dan alt text di dalam gambar.
14)
Daftar blog kita di carian enjin seperti Google, Yahoo dan Bing. Hantarkan sitemap kita dalam
bentuk xml atau rss feed untuk diindexkan. Tujuannya agar memudah artikel kita digelintar oleh carian enjin semasa
pelayar internet sedang membuat carian.
15) Tinggalkan komen yang bernas pada blogger yang menggunakan kotak komen jenis CommentLuv. Sebab apa? Sebab peninggalan
komen kita disertai bersama dengan
link entri terakhir blog kita. Komen yang menarik dan unik membuatkan orang
lain rasa ingin tahu, lantas klik entri kita.
16) Tinggalkan juga komen membina dan positif di blog yang mempunyai pagerank yang tinggi! Seperti blog Amanz, blog 1 Malaysia,
Paultan.org, Denaihati, Hasrul Hassan, Mia Liana dan banyak lagi!
Blog yang berpagerank tinggi seperti ini, mempunyai banyak pembaca juga disukai
oleh Google. Secara tak langsung ia memberi link positif pada blog kita untuk
dikunjungi.
17)
Tukar setting blog dari ‘nofollow’
kepada ‘dofollow’. Melalui dofollow,
blog kita akan mendapat trafik percuma
melalui carian internet kerana blog dofollow akan di crawl oleh spider sehingga
ke ruangan komen ketika membuat satu-satu carian.
18)
Tukar kod html kepada lebih mesra SEO
agar mendapat trafik menerusi enjin carian dengan lebih baik. Ianya akan
kelihatan seperti begini: Tajuk Entri - Tajuk Blog. Contoh: Ilmu Blogspot Blogger Malaysia – Yumida. KLIK SINI untuk tatacara penggantian kod html.
Tajuk entri mendahului tajuk blog, lebih mudah artikel digelintar oleh carian enjin
Tajuk entri mendahului tajuk blog, lebih mudah artikel digelintar oleh carian enjin
19)
Meletakkan button
laman media sosial ke dalam blog. Antaranya Facebook like/ share button,
send button, Google+ button, Tweeter button dan sebagainya. Pembaca yang suka
pada artikel kita akan klik button tersebut lantas mengundang minat pengunjung
lain untuk turut membaca.
Antara laman sosial yang digunakan untuk mempromosi dan menyebarkan artikel Yumida
Antara laman sosial yang digunakan untuk mempromosi dan menyebarkan artikel Yumida
20)
Letak gadget langgan
artikel melalui email di blog. Dengan ini, pembaca akan mengetahui artikel
terbaru kita melalui pesanan di email mereka.
Pembaca boleh follow segala perkembangan terbaru artikel Yumida dengan cara lebih pantas!
Pembaca boleh follow segala perkembangan terbaru artikel Yumida dengan cara lebih pantas!
Moga
dengan perkongsian ilmu blogspot blogger Malaysia, selesai masalah berkaitan
loading blog yang lambat dan lembab. Rakan
blogger juga sudah boleh menjana trafik ribuan sehari dengan mudah berpandukan
tips yang dikongsikan. Haaa..sambil berblogging aliran pendapatan Nuffnang
positif masuk. Jika ada sebarang penambahan, dialu-alukan untuk rakan blogger memberikan
buah fikiran di ruangan kotak komen di bawah.
Pesanan Yumida:
Maaf atas ketakseragaman di perenggan pertama dan ke-2 berbanding perenggan lain, dah diedit berbelas kali masih tiada perubahan. Moga tidak tension membacanya :)
Pesanan Yumida:
Maaf atas ketakseragaman di perenggan pertama dan ke-2 berbanding perenggan lain, dah diedit berbelas kali masih tiada perubahan. Moga tidak tension membacanya :)
Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Follow @Yumida1
85 comments
hehe. terimak kaseh.
makasih juak sudi singgah, baca dan komen :)
hebat! hebat hebat!!!...... power entri ini yumida...
masih banyak kekurangan yumida dalam dunia blogging ni mama, rasa teringin je nak duduk sekelas dgn rakan blogger yg byk pengalaman..boleh belajar secara face to face.
sorry entry terpanjang, perenggan 1 & 2 tu ada masalah sikit, banyak kali di edit, hope x mengganggu fokus mama dan rakan blogger lain membacanya.
Panjang berjela tapi perkongsian yg cukup lengkap!nice dear :)
Thankz atas perkongsian.. in shaa Allah lepas nie praktik..
Panjang lebar infonya...bagaikan curahan segala pengalaman dan ilmu buat tatapan dan panduan blogger... Segalanya ada.
Semoga Yumida berjaya... Tahniah in advance :)
entry terbaik so far yang pernah akak baca....banyak yang perlu digali dan thanks sebab sudi share info ilmu blogger hebat ini.....
Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...wahh...panjang entri ni...tpi sangat berbaloi untuk bacaan dan tatapan pembaca...sebab mempunyai mesej yang berguna untuk para blogger semua...terima kasih dik Yumida sudi berkongsi ilmu untuk semua..
Oh akak, xsangka akak da masukkan juga tutorial melajukan masa blog loading tu. Tq ye akak :)
T kasih diatas perkongsian.. all the best Yumida.. :)
gud luck sis. bnyk info brguna dlm satu entri. semoga menang dlm contest ni
very useful information sharing for bloggers. Thanks!
thanks kak kenit sudi baca. aah panjang. hope yg bacanya x menguap. kikiki..
sama2..aah selamat mempraktikkannnya
thanks BM...artikel BM pun tak kurang hebatnya..byk ilmu yg yumida dapat hasil perkongsian BM..
all d bez buat kita berdua
makasih kak..byk lagi pengisian artikel rakan blogger yg mantap..yumida awalnya segan..ye la..rasa masih byk kekurangan diri pasal ilmu blogging ni
masih lagi menggali n mempelajari ilmu blogging ni
wsalam kak. aah..terpanjang. hikhik.. takut gak ada yg mengantuk bila baca..kikiki
makasih kak sudi baca dan komen
hihi..aah..yumida belajar dari solehah aritu..mmg ada perbezaannya..thanks jugak buat solehah sharing tutorial aritu
sama2 saudara khir. thanks sudi singgah n baca
makasih sis tifa
moga dgn berkongsi ilmu ni dpt membantu mereka yg lain
yumida pun belajar jugak ilmu ni dgn org lain..sama2 kita bersharing..sharing is caring :)
sama2
thanks sudi singgah, baca dan komen artikel saya
Perkongsian yang sangat berguna buat blogger baru. Semoga Yumida berjaya dalam contest ini dan menjadi blogger yang berjaya di Malaysia.
What a terrific post! Well done..
terima kasih atas kata2 sokongan dari saudara abdul halim. moga kita semua menjadi blogger yg berjaya. sharing is caring :)
makasih abe kie. jom sama2 join, sama2 berkongsi ilmu blogging ni. boleh menambah ilmu.
terbaik lah..!!! moga anda mendapat rahmat diatas perkongsian ini dan semoga anda berjaya dalam kontes ini.. :-)
yeah! tips y baik.. mcm sy dulu2 gak..suke guna widget tah pape..hehe..kini x lagi..=)
tips yang cukup lengkap..N siap bookmark lagi untuk baca lagi sekali.. bukan senang nak jumpa tips yang banyak ni
makasih atas doa tu. aamiin. moga kita semua mendapat rahmat dariNya
haha..kita sama! nampak comel kan. semua nak masuk. pastu berat. pastu frust org x singgah blog. hihihi..
tu la. macam risau gak nanti org kata panjang berjela2. tu pun dah sedaya upaya ringkaskan ayat. moga perkongsian ni bermanfaat buat semua blogger. sama2 kita berkongsi ilmu. sharing is caring :)
nice tips... blog yg bagus adalah blog yg simple, ringan dan padat dengan bahan maklumat :)
terima kasih kerana sudi membongkarkan cerita disebalik kejayaan anda boleh la sye cuba
aah betul. itu yg sebaiknya, agar memudahkan pembaca mencari bahan yg dicari. blog sy pun dlm proses pembelajaran..moga2 menjurus ke arah itu.
sama2. ada yg berdasarkan pengalaman, ada jugak dirujuk melalui pengalaman blogger lain. mungkin ada kekurangan di dlm artikel ni, yg terkurang, blh ditegur. apa2 pendapat..hihi.. sila2
datang lawat bakal pemenang :)
Mantop. Full pakej. Moga berjaya :)
gd luck yumida.. mmg info yg penuh dan dpt menjadi rujukan buat semua blogger termasuk Fiza sendiri..
assalam, tips yang sangat lengkap...semoga terus maju jaya...
alhamdulillah..kita semuanya bakal pemenang..moga perkongsian ilmu membantu antara 1 sm lain
thanks IM..sama2 kita praktikkan. yumida pun masih dlm proses pembelajaran ilmu blogging ni. masih byk terkurang.
makasih kak fiza. sama2 kita aplikasikan. blh tambah jugak apa point yg kurang.
makasih bunda. moga kita sama2 berjaya dlm dunia blogging ni.
perghhh!!
panjangnya tips.. penat baca.. thanks untuk ilmu dan pengisian di atas..bermanfaat bagi mereka yg benar2 serius dalam dunia blogging :))
wahhh beznya akak..byk lg kena menuntut ilmu ni..nk belajar dgn akak blg..hihi
penat baca? hihi...xpe baca slow. x habis hari ni blh baca esok lagi, minggu depan..hari2 seterusnya. moga bermanfaat buat kita semua. insha Allah
sama la ayu..yumida pun masih banyak kekurangan dalam ilmu blogging ni..masih juga menimba ilmu dari rakan2 blogger
Hmm Bestnya :)
Mohon singgah awksweetgitu.blogspot.com :)
entry yang best dan banyak info... Tq
tq yumida atas perkongsian ilmu ni
Bagus perkongsian ni. =)
ZH Blogger
Salam..yumida. Huish panjang tul bebelan kat atas tu. Apepun menarik satu lagi perkongsian yang baik tuk dikongsikan.. memang betul dari segi kelajuan loading blog benda ni mmang perlu peka.. yang nuffnang tu wah dapat hasilkan duit sebanyak tu Am ucapkan Tahniah yer...
Nice sharing ^_^
thanks for sharing yumida...walaupun panjang tapi its worth the read..banyak ilmu yang boleh dipelajari dari yumida..hehehe.
Regards,
-Strider-
banyak tips ni... gudluck ;)
tq for this sahring dear.. sgt2 membantu lah !
terima kasih sis..saya baru start blogging nak masuk dua bulan..ilmu yang sgt berguna untuk saya cuba praktikkan =)
wow ^^ hasil blogging. nad pun kira beginner lagi kkk akan cuba untuk smpai mcm akk :D
banyaknya tips
Banyak tips yang berguna... tak sangka saya baca sampai habis entri ni..
Alhamdulillah.
Moga akan murah lagi rezki Yumida kerana tidak kedekut berkongsi ilmu
entri yang hebat.. seriously.. good luck sis..
assalamualaikum yumida...perkongsian ilmu yg bagus ni mekacih...:)
Good luck n all the best...
Thanks sudi kemari. Insha Allah akan disinggah nanti
alhamdulillah..moga memberi manfaat kita semua
sama2 kak
sama2 ZH..moga memberi manfaat buat kita semua
wsalam aminin. hihi..terbebel panjang.. aah kena peka kelajuan blog, klo lambat sgt nnti kita kehilangan pembaca, sayang... sama2 kita praktikkan
sama2 strider. insha Allah... strider pun hebat berkarya gak..suka pada lontaran buah fikiran strider di blog
makasih atas kata2 sokongan akak
hihi..sama2 kak..rindu kat akak..lama x berceloteh kat blog akak
sama2 sis iola. aah try aplikasikan teknik di atas. insha Allah membantu menjana trafik, mempercepatkan blog n blh kasi duit nuffnang beranak pinak.
insha Allah nad..klo kita berusaha..pasti akan membuahkan hasil
mana tahu nad blh dpt byk lg dri amount tu
moga perkongsiannya bermanfaat buat kita semua
hihi..tarik nafas jap..
yey..baca sampai habis..hope sedikit sebanyak menambah nilai buat org lain
makasih kak atas doa tu. aamiin. sama2 kita dimurahkan rezeki
makasih sha...moga memberi kebaikan buat semua pembaca
wsalam mama mz. makasih mama. moga bermanfaat buat semua org
makasih kak. thanks sudi singgah n baca entry yumida.
Blog ni makin mantap..
nice sharing yumida.. :)
thanks.. :)
terbaik kak!. guluck!
good luck yumida... isi entri yg cukup padat! nice sharing... alhamdulillah dpt ilmu dari perkongsian yumida ni.. thanks yumida..! :)
Bagus sangat info nie. Teman dah apply kat blog teman
EmoticonEmoticon