Nanas mercu tanda Bandar Sarikei

Jika berkunjung ke Sarikei, pasti mata tertancap pada buah gergasi. Tak boleh dimakan, hanya boleh digambar je. Buah nanas. Nanas Sarikei amat popular di Sarawak kerana terkenal dengan rasa manisnya. Sekali rasa, confirm nak lagi! Nyums! Tetibe kecur air liur bila sebut buah nanas. Buat rojak buah sedapnye!

Nanas mercu tanda Bandar Sarikei, sarikei
Arca nanas Sarikei berhampiran kedai Nam Leong

Nanas ni yang glamour di Sarikei Sarawak. Menjadi perhatian pelancong yang lalu lalang. Semua berebut-rebut nak gambar dengan buah nanas famous ni. Nanas inilah menjadi mercu tanda Bandar Sarikei. Nanas merupakan produk pertanian tanaman utama sekitar Sarikei. Sebab itu dia dapat nama special, nanas Sarikei. Sekali lagi nak cakap..manis!

Nanas mercu tanda Bandar Sarikei, nanas
Arca nanas Sarikei berhampiran Terminal Satu Sarikei

Sejarah Sarikei

Suatu masa dahulu, bandar Sarikei merupakan pusat menjual dan membeli ayam oleh orang Cina. Pusat jual-beli ayam ini telah menyebabkan wujudnya nama "Sarie-kei", iaitu "sarie" yang bermaksud pusat dan "kie" yang bermaksud ayam dalam bahasa Cina. Perkataan ini sering digunakan merujuk kepada pusat jual-beli ayam di sini serta masyarakat sekeliling telah mengiktiraf nama ini dan ia kekal digunakan sehingga ke hari ini. 

Bahagian Sarikei terletak di antara Bahagian Betong, Sibu, Kapit serta Mukah di sebelah persisiran laut. Ianya mudah dihubungi sama ada melalui jalan darat mahupun jalan air.
Sumber

16 comments

emm nampak pun dah kecuh air liur ehehe..kalau kat beaufort tmpt lya buah limau gergasi :)

ooo... itu ke maksudnya.. baru thu.. Sari kei

pandai mkn nanas tp not really my fav la hehe fae pernah pi sarikei few years back

sedap tu nenas cicah dgn kicap letak cili sket...perghhh....

Ingatkan sempena nama nenas.. >_<

bangga lokk. haha. ada pergi taman tasik x ?

Baru saya tau ni.. thanks sharing Yumida.. :)

wahh.. cantikk... nenas mmg jadi mercu tanda kat sana eh yumida..

Ini ler ia nanas sarawak...

Assalamualaikum yanggg, tak pernah tahu nenes ni tanda bandar sarikei. hehe menarik ni ~~~

Ni kalo buat knduri ni..ckup skampung nenas besar cmnim. Hoho..


EmoticonEmoticon