Line internet bermasalah

Lagi sekali..internetku problem. Bikin jiwa ini runsing. Especially sekarang segmen ku sedang dilancarkan yang bakal berakhir 21 Februari nanti. Gusar jugak..huhu.. Amatlah ku berharap line internetku pulih dengan cepat.

line internet bermasalah, santai


Sekarang menggunakan perkhidmatan broadband Celcom. Nak kata ON tak berapa nak laju sangat. Semput-semput je linenya. Al-maklumlah takde rangkaian 3G sini. Tapi ok la kan daripada takde langsung. Tapi tu la..kena banyak bersabar. Nak bukak 1 page je ambik masa sampai 3 minit. Refresh 5-6 kali. Sabor je la…

Dengan internetku yang bermasalah ni, tak dapat la daku nak menjejak kaki kat kotak komen korang. Huhu..rindunya aku nak baca kisah korang, berceloteh kat entry korang. Line tenet tak mengizinkan…menci..menciii…

Sejarah internetku meragam:
Julai 2010 – 5 bulan tak dapat access dengan internet
Januari 2014 – 6 hari tak dapat access dengan internet

See, antara yang menakutkan aku kat atas. Aku berharap sangat yang internet ni bakal pulih dengan cepat. Adapternya dah dihantar ke kedai. Tapi tak dapat direpair, diorang pun tak tahu nak baiki. Nak cari spare part, takde dijual kat sini. Yang ni bukan adapter yang lappy tu, tapi adapter untuk decoder internet jenis satellite tu. Aaaa…stress gua. Berbekalkan broadband Celcom, daku hanya mampu mengupdate entry. Aktiviti berblogwalking, segmen/giveaway semuanya tergendala. 

20 comments

sabar ye yumida nnt ok la tu

Tak cuba perkhidmatan yang lain? selalu dengar komplen pasal celcom internet ni, sangat slow...huhu

sabar la ye...insya Allah, semoga dipermudahkan...^_^

alahai..boleh stress jadinya. moga semuanya kembali ok yer dik

jangan stress2.... harap semuanya cepat ok tau...

Assalamualaikum dan salam singgah pagi dik...sama macam akak...kita guna broadband celcom jer....lambat sangat...apa nak buat kan,,akak tgl kat kawasan pedalaman...sabar jer lah menghadapinya..

kenit dah merasa broadband celcom masa di Kuantan dulu, tobat takmo amik dah. Sama gak ngan maxis, sama lembapnya.

broadband celcom ni memang semput, selalu je bikin masalah. Tambah2 waktu sekarang ni, sibuk nak apply upu dia pulak sibuk semput-semput.

This comment has been removed by the author.

salam, semoga cepat ok internet tu...mmg stress kalu gini selalu...

payah nya mcm ni kan sis.. ~.~

mun dah sik tahan tukar jak perkhidmatan lain. hehe kmk dolok pake celcom lepasya tukar maxis, sik puas hati tuka gik pake celcom. hehe

sabar ye.. kadang mmg buat hal ,.acik pun mmg un pakai celcom broadband

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

moga kembali pulih tenet tu.. yumida anjur segmen? huhu.. kalo smpt deqla join yer.. :)

hopefully masalah tu tak akan berlarutan panjang..tak tukar kepada service provider lain ke??hehehe

Regards,
-Strider-

perkara biasa kalau buat hal..kadang² tgk kawasan dan quota jugak tu..bila line slow macam xde mood je kan

alahai..bykkan bsabar ye yumida...


EmoticonEmoticon