Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Ayam Panggang Simple

Video masakan ayam panggang simple dan mudah boleh lihat sini. Penyediaan cukup ringkas. Resepi ayam bbq pedas manis. Boleh dikatakan ayam panggang madu. Sebab bahannya pun menggunakan madu. Resepi ayam panggang ni menjadi kesukaan seluruh keluarga terutamanya kanak-kanak. Ini merupakan hari kedua membuat menu masakan ayam panggang. Simple aja cara masaknya. Selain kari, ayam goreng, jom cuba ayam panggang terpaling senang nih. Yummy. Kacang aje.

Bahan yang diperlukan untuk membuat ayam panggang antaranya ayam, gula, sos cili, sos tiram, kicap pekat, madu, serbuk lada putih, lada hitam, kunyit, garam dan ajinomoto. Lihat sini: 
PANDUAN CARA MASAK AYAM PANGGANG TERPALING SEDAP TAPI SENANG

Cara memasak ayam panggang. Mula-mula cuci ayam terlebih dahulu. Perapkan kesemua bahan pada ayam. Tutup kontena ayam, perap selama 30 minit dalam peti ais. Kemudian goreng ayam. Lebihan sos perap..panaskan dalam kuali hingga pekat. Bila dah pekat gaul bersama ayam goreng tadi. Simple kan. Sajian sayap ayam panggang kesukaan kami sekeluarga.

Resepi Kari Daging Pekat Tanpa Santan

Resepi Kari Daging Pekat Tanpa Santan
Menu iftar berbuka puasa 2017 kegemaranku kari daging pekat tanpa santan. Yeah.. makan bersama nasi panas memang bertambah sampai 2-3 kali. Kekenyangan! Kalau tak dimasak bersama santan, jadi kari daging tu masak dengan apa? Ha nak tahu? Inilah resepiku. Jom lihat cara masakannya.

Berapa Ulas Bawang Merah Untuk Tumis Sayur?

‘1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ulas bawang merah nak kupas kulitnya dulu, then nak simpan dalam peti ais. Bila nak guna nanti senang, just ambil je dalam peti ais’. Tetibe ada insan menegur. “Eh banyaknya bawang merah ko guna. Aku masak makanan pakai 1 bawang je”.

Resepi Potato Wedges Sedap Ala KFC

Teringin nak makan kentang goreng? Potato wedges yang macam kat KFC tu. Kalau nak jimat duit dan nak makan potato wedges yang banyak, apa kata kita buat sendiri. Caranya ada ditunjukkan seperti di bawah. Sumber resepi dirujuk dari sini.

Resepi Berbuka Puasa Mudah & Sedap

Tercari-cari menu untuk berbuka puasa? Haaa, apa kata cuba salah satu resepi yang dikongsikan kat bawah. Resepi berbuka puasa yang dijamin sedap dan mudah dimasak!

Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015

Khamis, 18 Jun 2015 tarikh umat Islam berpuasa oiii.. Jangan lupa bangun sahur. Set alarm jam atau handphone awal-awal, sebagai penggerak untuk bangun sahur awal pagi. Kalau aku set kat telefon lagi mudah, senang nak capai. Boleh set lagu yang kita suka bila bangun kelak. Alunan zikir ker, nasyid..

Resepi Kek & Biskut Raya 2015

Resepi Kek & Biskut Raya Aidilfitri 2015
Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 ni dijangka jatuh pada 17 Julai 2015. Yey! Raya!!! Itu berdasarkan tarikh ramalan dalam kalendar, tak confirm lagi. Eh eh, ada yang dah planning nak buat kek raya apa tahun ni? Kek Raya tu..mesti special dan mabeles!

Resepi Kari Daging Istimewa

Resepi Kari Daging Istimewa

Yummy! Resepi kita kali ni cara nak masak kari daging. Daging merupakan kegemaran aku, tak kisah masakan apa, masak kari, kicap, sup, semua aku rembat! So, hari ni nak share dengan korang semua masakan kari daging yang aku buat minggu lepas. Sebab apa namanya kari daging istimewa? Jeng jeng jeng..nanti aku kongsikan campuran bahan yang aku guna dalam kari daging special ni.

Resepi Sayur Midin Tumis Belacan

Pernah tengok sayur midin? Kat Sarawak masakan sayur midin ni popular. Sedap! Daun sayur midin ni ada berwarna merah dan ada berwarna hijau. Kalau daunnya merah, kuah pun warna merah jugak.  1 ikat midin dijual pada harga RM2 ataupun RM1. 

Resepi Biskut Makmur Sedap & Mudah

Hari ni nak kongsi resepi Biskut Makmur yang confirm sedap 100 peratus dan senang untuk dibuat. Tak payah guna hand mixer, blender bunyi bising tu. Sebab kesemua bahan hanya dicampur sekaligus menjadi doh. Jom terjah!

Resepi Mi Maggi Carrot & Kek Ikan

Semestinya kat setiap rumah mesti ada mi segera. Tak kisah la jenama apa, yang penting mi segera ni mudah dimasak. Kalau hb aku pulak peminat setia mi segera jenama Maggi. Kuah dan rasa mi maggi yang sedap diakui berkurun-kurun, mi pula kenyal. Puas hati la. So, nak share ngan korang arini, mi maggi yang aku dah modified, kasi masuk sayuran dan lauk tambahan. Kasi angkat itu feel!

Resepi Ayam Masak Merah Sedap & Mudah

Share pasal resepi lagi. Kali ni menu kita berlaukkan ayam masak sos. Yummy! Masakan bersos merupakan makanan kegemaran aku. Taip sambil telan air liur. Gulp! Takmo intro banyak, betapa terujanya aku nak kongsi hasil air tangan aku kat korang semua. Meh puji sikit. Kikiki.. Jom terjah cara memasak ayam merah, yang sedap giler, lagi nyaman makan bertambah-tambah!

Resepi Ayam Buttermilk Sedap & Mudah

Yeah! Resepi lagi. Kali ni resepi ayam buttermilk yang aku buat sendiri hujung minggu lepas. Nama special ‘buttermilk’ tapi penyediaannya tersangat mudah. Yang pastinya, ayam buttermilk ni sedap sampai menjilat jari! Jom skodeng bahan dan cara membuat ayam buttermilk.

Resepi Kacang Panjang Tumis Belacan & Kicap

Nak kongsi dengan korang hari ni, resepi masak sayur kacang panjang. Cara membuatnya simple je. Inilah menu kami hujung minggu yang lepas. Penyediaan ringkas, mudah, cepat dan dijamin sedap! Jom kita terjah resepi sayur kacang panjang yang super duper sedap ni.

Resepi Daging Kari Mudah & Sedap!

Daging merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Aku suka masakan kari. Tapi bergantung pada masakan gak. Ada jugak masakan kari tak sedap. Tapi ni, aku nak bagitau rahsia, cara memasak daging kari yang sedap, yummy, memikat selera anda semua. Caranya mudah je, rilex, cool….

Resepi Kek Keju (Cheese Cake) Sedap!

Wokeh, jangan ingat orang pompuan je hebat kat dapur. Ni haa, mempersembahkan hasil air tangan hb aku dalam membuat kek. Kek keju!

Ayam Panggang BBQ Sedap!

Ehem-ehem, nak tayang kat korang. Inilah menu masakan kami masa Hari Raya Haji yang lepas. Orang lain sibuk buat ayam kari, ayam kicap, daging kari, aku dan hb masak simple je. Ayam panggang! Yummy!

Khasiat & Manfaat Buah Peria

Buah peria ni jarang aku makan. Tapi kan, orang tua-tua suka makan sayur peria. Walaupun pahit mereka kata sayur peria ni banyak khasiat. Malah ada cara untuk menghilangkan rasa pahitnya yang begitu ektrim! Aku pernah try makan sekali, memang pahit. Rupanya nak masak sayur peria ada caranya. Sebelum tu, jom ketahui apakah manfaat dan kelebihan yang kita dapat bila makan sayur peria.

Cara Membuat Dadih Coklat (Chocolate)

Dadih merupakan makanan kegemaran aku. Sebelum ni aku selalu beli cumi jeli dalam bungkusan. Tapi tak berapa syok makan, sebab kuantitinya terhad. Then, aku pun rembat sebungkus serbuk dadih.

Dadih Perisa Durian

Masa beli barang-barang dapur minggu lepas, sembat jugak aku sambar serbuk dadih. Banyak perisa rupanya dadih ni. Ada dadih perisa laici, pandan, ros bandung, jagung, anggur, honeydew, kelapa, vanilla, coklat, durian, mangga, blueberry dan banyak lagi! Semua nampak sedap. Aku pun tanya hb nak pilih yang mana. Hb kata try dadih durian. Zap! Sepantas kilat tanganku menyambar dadih durian.