Jambatan terpanjang di Borneo: Jambatan Batang Sadong SIAP! Tak perlu
guna feri lagi! Horrey!! 15 September 2016 tarikh keramat ianya siap secara
rasmi. Berita amat mengembirakan buat orang Sarawak, lepas ni tak perlu bingung fikir pasal feri, fikir
pasal hari ni air pasang ke tak, fikir pasal berapa lama nak tunggu feri
Sebuyau.




Home
Posts filed under Travel
Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts
Jalan Darat Kampung Tanah Puteh, Serian
Jalan
raya baru Kampung Tanah Puteh, Serian, Sarawak siap hingga sampai ke kampung!
Alhamdulillah, Raya 2016 aku antara orang yang menggunakan jalan darat yang
menghubungkan Bandar Serian hingga ke Kampung Tanah Puteh. Tak sangka
perjalanan hanya ambil masa 10 minit sahaja dari simpang Serian bersebelahan
jalan SK Rayang.
Anak Menangis & Mengamuk Dalam Kereta
Bagaimana Cara Menenangkan Anak Menangis, Mengamuk, Meragam Dalam Kereta? Hari ni kami balik ke kampung. Horrey!!! Moga dipermudahkan perjalanan kami. Moga selamat sampai ke destinasi. 11 jam baru sampai. Moga baby Amirah jadi budak baik. Duduk diam-diam sambil tidur dalam baby car seat tu. Doakan ye :)
Jualan Hebat Besar-Besaran Di Lazada 12/12/2014
Ada yang
tengah bersantai sekarang ni? Al maklum la musim cuti dah tiba. Masa untuk
beristirehat bersama keluarga tersayang. Pssst! Ada berita gembira! Lazada bakal melancarkan jualan terhebat
besar-besaran! Ye, mega sale! Semestinya banyak diskaun ditawarkan, jangan
lupa 12 Disember 2014 merupakan
tarikh kemuncak Revolusi Online Lazada. Peluang membeli-belah di Lazada dengan
harga rendah yang super hebat!
Masjid Omar Ali Saifuddien Di Brunei
Teringat hujung tahun 2012, trip sefamily ke negara jiran,
iaitu di Brunei Darussalam. Kami ke sana menggunakan kereta. Jalan-jalan makan
angin. Subhanallah, even saiz negaranya begitu kecik, tapi kemajuan dan
pembangunan di Brunei Darussalam mengagumkan! Membangun pesat!
Harga tiket AirAsia serendah RM0.51 sahaja!
Berita
mengujakan, bila mengetahui AirAsia
menawarkan harga tiket promosi! Iye…murah! Harga tiket ditawarkan serendah 51 sen
bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Peluang terhebat di depan mata, jom
plan percutian kita sekeluarga. Alang-alang orang dah bagi tiket murah.
Menangi hadiah bernilai RM16,000
Lately, selalu je war-warkan pasal
contest yang melibatkan hadiah wang tunai. Manalah tahu kan, u olls berminat
nak join. Boleh try join sekali, kot-kot salah 1 hadiah tersangkut kat u olls.
Rezeki tu!
Li Hua Hotel Mukah
Last week, atas urusan rasmi kami stay di hotel. Hotel terbaru yang baru
dibina dalam tahun ni, Li Hua Hotel pilihan kami.
CPUV Nuffnang: Air Asia Go - Korea Sale
As
salam buat rakan pembaca,
Alhamdulillah,
semalam pihak Nuffnang berbesar hati memberikan CPUV lagi.
Kempen CPUV kali ni datangnya dari Air Asia Go - Korea Sale
Kalau ada
terserempak iklan Air Asia Go -
Korea Sale ni menari-nari kat blog, jemput rakan-rakan sekalian menderma
tabung Nuffnangku sekitar blog ni kalau sudi. Ngeeee :) TQ :)
Tip Melancong Ketika Berpuasa
Melancong ketika berpuasa? Ada ke orang buat?? Ada! Buat kaki melancong, berpuasa bukanlah
alasan untuk menyekat mereka daripada menikmati keseronokan melancong. Lebih-lebih
lagi puasa di bulan Ramadhan. Inilah mendatangkan keterujaan mereka. Ingin melihat dan merasai suasana berpuasa di tempat orang dan
budaya mereka. Jom ketahui tip melancong dan persediaan melancong ke destinasi
pelancongan yang diidamkan.
Gambar dari atas awan - pesawat MAS Wings Twin Otter
Alhamdulillah,
semalam selamat sampai ke destinasi melalui pesawat tercomel MAS Wings iaitu
Twin Otter. Penerbangan jam 11.55 pagi. Pada awalnya, cuaca begitu baik. Cerah,
panas. Tapi, 20 minit sebelum landing, cuaca bertukar hujan. Awan tebal.
Pesawat pun terasa gegarannya bila menempuh awan tebal.
Balik kampung!
Hoorey! Sekarang tengah on the way balik kampung.
Maybe cuti seminggu dua cenggitu. Bulan Mac lepas baru balik kampung. Sekarang
balik lagi.
Doakan perjalanan kami moga selamat sampai ke
destinasi. 11 jam dalam kereta. Huhu.. Lama..
10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014
Berikut
merupakan 10 senarai destinasi utama yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Rekod 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia ini dikeluarkan oleh portal MSN
Travel.com. Teringin juga nak tahu pasal apa destinasi tu menjadi sasaran
pelancong. Pelancong seluruh dunia lagi tu! So, apa kata kita terjah 10 destinasi
pelancongan terbaik di dunia dan geledah kelebihan destinasi tersebut. Senarai top
10 anugerah tahunan TripAdvisor.
Persediaan Bercuti Ke Bandung & Jakarta
Pengalaman berada
di Indonesia terutama di Bandung, memang menyeronokkan. Respect kat orang2 sana
yang ramah dan sopan santun. 3 hari di Bandung dan sehari di Jakarta memang tak
puas. Banyak tempat yang x sempat dikunjungi. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi,
bolehlah ke sana lagi. Antara tempat yang tak sempat kami kunjungi di Bandung adalah
Cihampelas Walk, Kawah Putih, Ladang Teh, Trans Studio, Zoo, Rumah Mode,
Kartika Sari, Cibaduyut Watan (tempat jual barangan kulit) dan Kedai Perfume.
Semuanya tempat-tempat yang glamour kat Bandung. Ada banyak lagi tapi berada
agak jauh dari bandar. Perkhidmatan supir termurah dan terbaik di Bandung -
Hayukka Bandoeng.
Pasar Pagi Mangga Dua, Restoran Garuda, MONAS - Monumen Nasional
JAKARTA-BANDUNG
PART 6
Sambungan:
Ekslusif:
Last day di bumi
Indonesia. Setelah sarapan pagi di hotel, kami bersiap2 dan terus check out.
Pagi ni kitaorang ke Pasar Pagi Mangga
Dua. Kami berada di sini tak lama kerana mengejar masa untuk ke monumen MONAS.
Then, petangnya pula terus ke airport. So, dengan baki masa yang ada...shopping
lagi! Masuk-masuk je pintu utama Pasar Pagi Mangga Dua, terus ternampak T-shirt
Jakarta. Apalagi, rembat lagi beberapa helai. Kat sini, kami tak banyak beli
barang. Just beli souvenir cop Jakarta. Pasar Pagi ni tak sesesak Pasar Baru di
Bandung. Harga barangnya pulak tak jauh beza dari Bandung.
Restoran Grand Sederhanabintaro, Rumah Shinta, WTC Mangga Dua
JAKARTA-BANDUNG
PART 5
Sambungan:
Ekslusif:
Mine Home Cihampelas HotelBye bye Bandung. Hari ni kitaorang berangkat ke Jakarta. Supir kami bawa coaster yang lebih besar. Al maklum la, barang yang kami bawa tu banyak. Bak kata orang Sarawak, melobo. Hehehe. Lepas je check out, kitaorang terus bertolak ke Jakarta. Perjalanan dari Bandung ke Jakarta memakan masa 3 jam. Kalau trafik jem boleh makan masa sampai 5 jam! Alhamdulillah, time ke Jakarta tu trafik berjalan lancar.
Mine Home Cihampelas Hotel
Atas permintaan kawan2 yang bertanyakan tentang hotel yang kami
duduk masa di Bandung, kat sini aku review sedikit pasal hotel ni. Hotel ni
terletak di Jalan Bapa Husen Dalam, No 10 Cihampelas. Pemilik hotel ni namanya
Chepy. Dulu Chepy ni adalah seorang supir. Sekarang dah jadi tauke hotel. Dah
ada 2 bangunan hotel. Yang satu lagi besar dari Mine Home ni.
Pasar Baru, Restoran Padang Simpang Raya, Toko Tiga, Kilang Kerepek
JAKARTA-BANDUNG
PART 4
Sambungan:
Ekslusif:
Selepas sarapan
pagi, kami terus ke Pasar Baru.
Pasar Baru buka jam 0930 dan tutup pukul 1700. Pasar Baru merupakan tempat
wajib untuk dilawati. Kat sini ada jual macam-macam jenis barang la. Kalau
korang pergi sini, kena hati2. Beg duit kena jaga betul2. Kat sini ramai
pencopet. Supir kami awal2 lagi dah inform.
Ladang Strawberi, Gubug Makan Mang Engking, Factory Outlet Jalan Riau, Rumah Kain
JAKARTA–BANDUNG
PART 3
Sambungan:
Lepas jejalan kat
Tangkuban Parahu, kami terus ke Ladang Strawberi. Ladang ni terletak di bawah gunung Tangkuban tu. So, tak jauh
la.. Bayaran masuk ke situ adalah Rp 10k sekepala atau RM2.85 Kat sini pun ada
juga peniaga menjual souvenir. Bayaran Rp10k tu termasuk free satu gelas jus
strawberi segar. Masa kami kat sana, tak banyak sangat buah strawberi kerana
pelancong lain dah petik. Buah strawberi yang kita petik tu, dia jual rp75k
sekilo. Lebih kurang RM21.40 untuk 1kg buah strawberi. Kat sana, kita boleh
petik seberapa banyak yang kita nak, asalkan bayar.
Tentatif Program Percutian Ke Indonesia
Anda merancang ingin bercuti ke Indonesia? Jalan-jalan makan angin ke
Bandung, Jakarta, Bali dan banyak lagi tempat menarik di Indonesia. Haaa…buat
persediaan awal. Merangka plan percutian. Tentatif program membantu melancarkan
perjalanan percutian anda. Nak buat tak susah pun, cuma kena survey lokasi
tempat dan bayaran masuk ke sesuatu tempat.
Nak lihat contoh tentatif program Yumida nyer? Boleh.. Mana tahu
membantu perancangan percutian u olls semua. Meh sini Yumida sharekan bersama Tentatif Program Percutian Ke Indonesia.
Disertakan bersama kadar tukaran asing antara Rupiah dan Ringgit Malaysia (RM).
Oh ya, rate tukaran asing di bawah rate pada 3 Mac 2014. Masa tukar duit banyak-banyak hari
tu untuk persediaan melancong pada 7 Mac 2014. Happy viewing semua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

