Episod akhir Ariana Rose catat 4.5 juta penonton

Sekalung tahniah diucapkan buat team produksi Ariana Rose atas kejayaan mencatat 4.5 juta penonton bagi episod akhir Ariana Rose. 4.5 juta penonton…banyak tuuuuuu! Sure terdiri daripada u olls semua. Kan kan? Ngaku cepat. Yumida pun siap record lagi episode akhir Ariana Rose ni, takut terlepas. Kang tak tahu ending drama ni, asyik teringat-ingat pulak jadinya.

Menerusi drama TV3 yang mendapat sambutan paling hangat sebelum ini iaitu Love You Mr Arrogant, episod akhir drama ini mencatat 4.6 juta penonton!!! Tinggi 0.1 juta mata berbanding drama Ariana Rose. Apa pun, tahniah diucapkan buat semua krew, pelakon utama, pelakon pembantu, pengarah, penerbit dan semua yang menjayakan drama sebegini.

Pssst! Drama slot Akasia yang sedang berlangsung sekarang berjudul Jika Itu Takdirku. Kita tengok result nanti. Berjayakah mencuri hati penonton. Penuh debaran.. jengjengjeng…

ending Ariana Rose catat 4.5 juta penonton, Ariana Rose catat 4.5 juta penonton

Gembira dengan sambutan penonton terhadap Ariana Rose, drama ini bakal difilemkan. Wah…sure mendapat perhatian ramai pihak. Drama hangat, popular, hot meletop! Lagi..nak kasitau, drama ni menelan kos RM1 juta. Wooooo..bling-bling mata. Berbaloi dengan catatan 4.5 juta penonton yang menyaksikan episod akhir drama Ariana Rose ni. Tahniah diucapkan!

16 comments

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...tahniah di ucapkan kepada semua pelakon yang menjayakan drama Adriana Rose..nak tunggu filem dia lagi...hehe..

baca novel best, tapi tak tengok pula drama ni.

Slh sorg yg tengoknya ialah Muz, Hehehe

malangnya episod akhir ahkak tak dpt tengok....huhuhu

selamat malam :)
jalan2 intai tuan blog :D

ada gak baca dalam paper tadi..memang terbaikk la rating tuu..sebab citer dia memang bes..yang tengah on ni emmmmm ....

Dia orang kata fianl episod tu macam tak ada umphhh ..lain dari novel..tapi kita ok aje...

tahniah Ariana Rose. hehe.
kmk nang sik nangga lah ep akhirnya. sampe rumah dari ofis pun dah pukul 8. haha! nangga lagu endingnya ya ajak lah

saya antara jutaan penonton tu.. :)

tak dapat nak tngok yg last tu la...

akak tak sempat nak tengok pun.....


EmoticonEmoticon