Saya
suka melancong! Ke Brunei Darussalam sudah, bahkan bulan Mac ini saya
sekeluarga bakal menjejak kaki ke Indonesia dan Thailand. Bercuti bersama
keluarga sememangnya menyeronokkan. Ada satu lagi tempat yang saya ingin pergi.
Nak tahu? Kemboja! Sering terdengar dari pengalaman rakan-rakan yang ke sana.
Kemboja kaya dengan sejarah dan budaya. Lebih-lebih lagi apabila melihat gambar
yang dikongsi bersama. Gambar itu sudah cukup memukau diri ini untuk merancang
percutian ke Kemboja.
Antara destinasi percutian idaman di Kemboja ialah:
1. Saya ingin menyentuh senibina Angkor Wat
Angkor
Wat begitu popular ketika saya belajar sejarah dahulu di sekolah menengah.
Melalui pembacaan buku sejarah, rasa kurang memahami, kurang mengetahui
bagaimana rupa sebenar Angkor Wat. Yang dipelajari hanya teori. Gambar yang ada
di dalam buku hanya grafik 2D. Saya ingin melihat dengan mata saya sendiri akan
senibina Angkor Wat ini. Dikatakan pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30
tahun! Terasa sangat teruja untuk menyentuh akan ukirannya dengan tapak tangan dan
melihat corak ukiran secara realiti. Pastinya memberi pengalaman mahal apabila
dapat melihat sendiri tapak sejarah tersebut. Lantas dapat mengenali sejarah
Angkor Wat dengan lebih mendalam dan terperinci. Terdetik di hati, bagaimana
orang dahulu kala mengukir di atas batu yang keras tanpa adanya kelengkapan
moden. Seperti yang diketahui umum, Angkor Wat merupakan kuil Buddha yang telah
dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad
ke 12. Kini, Angkor Wat diisytihar sebagai salah satu keajaiban dunia.
Angkor Wat
2. Saya ingin mengunjungi Muzium Genocide
Melalui penceritaan rakan-rakan yang pernah ke Muzium Genocide juga pembacaan melalui internet, ia memaparkan kisah kekejaman ke atas tahanan. Di muzium ini tersimpan beribu cerita yang menyedihkan. Melihat pada gambar yang dikongsi sudah cukup membuat air mata saya keluar. Sungguh pun begitu, menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri saya dan ingin melihat gambar mereka dibingkaikan di Muzium Genocide ini. Dilaporkan ketika tentera Vietnam menyerang pada tahun 1979, kakitangan S-21 penjara melarikan diri. Meninggalkan beribu-ribu rekod bertulis dan fotografi yang dianggarkan lebih 6,000 gambar penyiksaan ke atas tahanan penjara.
Melalui penceritaan rakan-rakan yang pernah ke Muzium Genocide juga pembacaan melalui internet, ia memaparkan kisah kekejaman ke atas tahanan. Di muzium ini tersimpan beribu cerita yang menyedihkan. Melihat pada gambar yang dikongsi sudah cukup membuat air mata saya keluar. Sungguh pun begitu, menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri saya dan ingin melihat gambar mereka dibingkaikan di Muzium Genocide ini. Dilaporkan ketika tentera Vietnam menyerang pada tahun 1979, kakitangan S-21 penjara melarikan diri. Meninggalkan beribu-ribu rekod bertulis dan fotografi yang dianggarkan lebih 6,000 gambar penyiksaan ke atas tahanan penjara.
Muzium Genocide
3. Saya ingin melihat tempat tinggal kerajaan raja
Kemboja di Royal Palace
Ingin sekali saya mengunjungi Royal Palace di Phnom
Penh, Kemboja. Royal Palace merupakan bangunan yang berfungsi sebagai tempat
tinggal kerajaan raja Kemboja suatu ketika dahulu. Saya ingin melihat struktur
bangunan, seni bina bangunan dan peralatan yang pernah digunakan raja Kemboja.
Pastinya memberikan kelainan berbanding tempat saya sendiri yang kebanyakan
bangunan raja berstrukturkan seni bina melayu.
Royal Palace
4. Saya ingin melihat barangan tinggalan
sejarah Kemboja di Muzium Phnom Penh
Tidak
sah rasanya jika tidak dapat menyelami budaya dan sejarah di tempat yang
ditujui. Muzium Phnom Penh merupakan tempat yang ingin saya lawati. Melihat
barangan purba, peralatan memburu, senjata gangsa, cara hidup rakyat Kemboja
dahulu kala, cara pakaian mereka, seni bina rumah mereka dan sebagainya. Malah,
saya tertarik untuk melihat seramik purba yang pernah digunakan suatu masa
dahulu. Melihat barangan tinggalan sejarah ni didokumentasikan, membuatkan saya
teruja untuk melihat dengan mata sendiri.
Muzium
Phnom Penh
5. Saya
ingin merasai kemeriahan di pasar malam Siem Reap
Orang kata di pasar malam Siem Reap banyak
barangan dijual. Sebagai pelancong, haruslah bawa ole-ole buat mereka yang
lain. Dengan berkunjung ke sini, tercapai hasrat untuk melihat hasil kreativiti
dan kraftangan penduduk Kemboja. Dibeli dan dibuat kenangan bila balik ke
Malaysia nanti. Lagi satu, suasana malam di Siem Reap nampak menarik dalam
gambar. Indahnya andai dapat menikmati keindahan suasana malam di Siem Reap.
Pasar
malam Siem Reap
Pergi ke Kemboja membawa komik,
Di bawa bersama bagasi dan rexona,
Tercari-cari ejen pelancongan yang murah,
mudah dan Islamik,
Cambodia Muslim Holiday & Travel pilihan bijaksana.
Layari:
www.cambodiamuslimholiday.com
Melancong
bersama ejen pelancongan sememangnya memudahkan! Perancangan di hati ingin
melancong ke Kemboja, tercari-cari juga akan ejen pelancongan yang mempunyai
pakej istimewa membolehkan kami sekeluarga ke sana. Ha! Saya dah jumpa!
Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel
menawarkan
pakej yang saya inginkan, ‘murah, mudah
dan Islamik’. Berikut merupakan sebab utama mengapa saya memilih ejen
pelancongan Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel.
Sebab Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel
menjadi pilihan:
1. Menawarkan pakej
pelancongan yang murah
Melihat pada laman web Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel, pakej pelancongan yang ditawarkan pada harga berpatutan dan murah! Memandangkan saya sering melancong
bersama keluarga, bajet melancong sering dititikberatkan. Melancong dalam
jumlah yang ramai, jika tersilap memilih ejen pelancongan, pasti membuat dompet
menjadi defisit. Alhamdulillah, lega dengan pakej ditawarkan oleh Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel, harganya berkemampuan oleh
semua orang.
Antara pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel
2. Memilih ejen
pelancongan dimiliki orang Islam
Melalui pembacaan
saya di laman web Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel,
syarikat ini dimiliki oleh Ustaz Yahya
Al-Hafiz yang mana pernah menuntut
ilmu di Kelantan. Pengurusan syarikat ini pula dijalankan oleh orang Islam di Kemboja. Pastinya, saya
memilih agensi pelancongan ini kerana ianya dijalankan oleh orang yang seagama dengan diri saya. Malah saya
amat berharap ramai pelancong menggunakan agensi ini, agar ekonomi orang Islam di Kemboja dapat dibangunkan dan dikembangkan
dengan meluas. Secara tak langsung meningkatkan
taraf hidup orang Islam di Kemboja.
3. Memudahkan bersolat
dan mengetahui tempat makan yang halal
Memandangkan ejen pelancongan ini dijalankan oleh orang Islam. Ianya memudahkan diri saya sebagai seorang pelancong
untuk sembahyang bila sampai waktu
bersolat. Malahan memudahkan saya untuk mencari restoren yang halal di Kemboja. Jika saya melancong tanpa
menggunakan agensi pelancongan ini, pastinya saya terpakai-kapai mencari tempat
untuk bersolat, juga mencari kedai makan yang halal. Tulisan yang digunakan di
Kemboja tidak membantu diri saya mengecam apa yang ditulis. Jadi, kepada
sesiapa yang ingin melancong ke Kemboja jom beramai-ramai menggunakan ejen
pelancongan Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel.
4. Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel merupakan ejen pelancongan yang boleh dipercayai
Sering terdengar akan kisah penipuan pelancong. Membuatkan diri saya
berhati-hati dalam memilih ejen pelancongan yang boleh dipercayai. Selepas
mengkaji pakej ditawarkan, saya meneliti akan komen daripada bekas pelancong. Melihat sama ada ianya ejen
pelancongan yang betul-betul wujud atau tidak. Alhamdulillah, ramai yang
memberi tindak balas positif
berdasarkan pengalaman mereka menggunakan Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel. Menunjukkan ianya terbukti
benar! Malahan di laman web mereka, dipaparkan akan lesen pelancongan yang diiktiraf. Menambahkan lagi keyakinan diri
saya untuk menggunakan ejen pelancongan ini.
Lesen pelancongan milik Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel
5. Ejen pelancongan yang
memuaskan hati
Saya juga meneliti akan reaksi
bekas pelancong yang pernah menggunakan agensi ini. Dari situ kita boleh
tahu sama ada perkhidmatan yang
ditawarkan memuaskan hati atau tidak.
Sebab ada juga agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan, ‘indah khabar
dari rupa’. Agensi sebegini kalau boleh kita nak elak. Takut kita yang menjadi
mangsa. Melalui pemerhatian saya berdasarkan komen yang dikongsi oleh bekas
pelancong, alhamdulillah, Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik! Kesemua mereka memberi gambaran positif akan perkhidmatan ejen pelancongan ini. Puas hati
dan menyenangkan!
Antara komen bekas pelancong yang menggunakan ejen pelancongan ini
6. Sambil melancong
sambil bersedekah dan melakukan ibadah korban
Alhamdulillah, pertama kalinya saya mengetahui adanya ejen pelancongan
sebegini.
Menyediakan pakej, sambil melancong sambil
berkorban. Melihat akan kemiskinan di Kemboja sudah cukup membuatkan diri ini
sebak, apatah lagi adanya saudara sesama Islam kita di sana. Tertarik dengan adanya
‘pakej melancong sambil berkorban’
ini, semoga Allah murahkan rezeki
mereka yang suka bersedekah. Sambil melancong, sambil berkorban, dapat membantu
meringankan beban kemiskinan di Kemboja. Melalui pakej ini, korban yang
dilakukan akan sampai ke destinasi yang tepat dan memerlukan.
Pakej melancong
sambil berkorban yang ditawarkan oleh Syarikat Cambodia
Muslim Holiday & Travel
7. Laman web Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel
menyediakan maklumat lengkap!
Dalam memilih ejen pelancongan, saya akan meneliti sedalam-dalamnya.
Maklumat yang disediakan berkaitan pelancongan harus lengkap! Merangkumi
maklumat berkaitan lokasi agensi, nombor
telefon, email, peta dan sebagainya. Alhamdulillah Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel memenuhi kriteria tersebutber. Maklumat lengkap sebegini memudahkan diri
saya sebagai seorang pelancong untuk mendapatkan informasi dan berikteraksi dengan syarikat ini.
Cara menghubungi
web Syarikat Cambodia
Muslim Holiday & Travel
8. Menyediakan maklumat penginapan
Sukanya saya pada
ejen pelancongan ini kerana laman web Syarikat
Cambodia Muslim Holiday & Travel menyediakan maklumat
lengkap dan terperinci berkaitan tempat
penginapan. Sebagai pelancong, tempat penginapan ini antara benda
terpenting. Menyenaraikan hotel yang
ada sekitar Kemboja dan Vietnam, juga memberitahu harga hotel tersebut. Bahkan menyenaraikan
kemudahan yang ada
dalam hotel tersebut seperti tv, aircond, jenis lantai hotel, bilik air,
shower, spa, hot tub dan sebagainya. Juga menyatakan gambaran sekitar pemandangan hotel tersebut. Sebagai pelancongan,
inilah maklumat penting yang saya cari. Melalui lokasi hotel, harga, kemudahan
yang disenaraikan, saya boleh membuat pilihan
tepat bersesuaian dengan bajet saya.
Perkongsian
senarai hotel di laman web Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel
Saya amat berharap agar impian saya untuk bercuti ke Kemboja tercapai.
Mengenali Kemboja yang kaya dengan budaya dan sejarahnya. Pastinya, percutian sekeluarga
ini mengeratkan hubungan sesama kami di samping menikmati pemandangan yang
mengasyikkan di Kemboja dan merasai kehebatan alam ciptaan Allah. Mengembara
bersama Syarikat Cambodia Muslim
Holiday & Travel pastinya menyenangkan, mudah, murah dan
berkonsepkan Islamik.
Sedikit tips melancong yang ingin saya kongsikan bersama:
Berdasarkan pengalaman melancong ke
Brunei Darussalam, juga persediaan melancong ke Indonesia dan Thailand bulan Mac
ini, berikut merupakan tips dari saya.
1. Pastikan menyediakan dokumen yang
lengkap (passport yang masih sah tempoh, salinan kad pengenalan, salinan sijil
kenderaan: jika melancong menggunakan kenderaan sendiri).
2. Buat tempahan awal bagi tempat
penginapan seperti hotel.
3. Sediakan peta untuk rujukan jalan .
4. Senaraikan tempat yang ingin
dilawati agar semuanya berjalan seperti dijadualkan.
5. Ketahui lokasi stesen minyak yang
boleh kita isi. Sebab tidak semua stesen minyak membenarkan rakyat asing mengisi
tangki minyak mereka. (bagi kes jika melancong menggunakan kenderaan sendiri
berflatkan nombor kereta Malaysia).
6. Buat tukaran wang kepada mata wang
asing ke negara yang bakal kita pergi. Kalau boleh tukar dengan nilai yang
banyak. Sebagai langkah kecemasan jika memerlukan wang di negara asing.
7. Ketahui tempat/ lokasi pertukaran
wang di negara asing. Catatkan nama tempat dan jalan. Sebagai langkah
kecemasan, jika kita kehabisan wang di negara asing.
8. Beli sim kad mobil di negara asing
tersebut. Beli 2 sim kad. Tujuannya, agar boleh menghubungi antara satu sama
lain. Jika terpisah dari kumpulan, mudah untuk menghubungi ahli yang terpisah
tadi. Selain itu, sim kad tadi memudahkan kita untuk mendail operator
bertanyakan jalan. Atau untuk urusan menempah hotel. Kos lebih murah.
9. Jika tidak melancong menggunakan
kenderaan sendiri. Boleh upah pemandu pelancong atau dapatkan khidmat ejen
pelancongan. Percutian sekeluarga yang membabitkan ramai ahli memerlukan sebuah
kenderaan khas, agar semua boleh berangkat bersama-sama.
Hebahan buat semua rakan blogger, jom sertai Contest Kembara Kemboja yang menawarkan hadiah sebanyak RM2000.
Sama-sama kita sertai. Mana tahu jika ada rezeki. Insha Allah…
Hadiah Tempat
Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
Hadiah Tempat
Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
Hadiah Tempat
Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
Hadiah Saguhati
untuk 5 pemenang - Wang Tunai Bernilai RM100
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri
Johan dan ditaja
oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal
menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.
28 comments
Wow, menariknya pakej yang ditawarkan oleh syarikat nie :)
angkor wat.
tempat yg harus pergi kalau kesana.
Wowww.....:D best kn kalau dpt pergi..:)
aah..pakej dia murah..tawaran berbaloi-baloi!
aah..nampak kat pic mmg awesome! yumida baca org dulu2 siapkan angkor wat ni memakan masa 30 tahun! terkesima jap..lamanye... hasilnya...mengagumkan!
aah bez sangat! bila la dpt pergi ni. perancangan memang dah ada. insha Allah jika dimurahkan rezeki n dilapangkan masa. kemboja..mu tunggu daku datang. haha..
Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...sungguh menarik pakej yang di tawarkan...dan banyak pulak tempat2 menarik kat kemboja ni...tak rugi jika hendak melancong ke kemboja...Destinasi Percutian Idaman Semua...
ahaha..betul! destinasi percutian idaman semua. angkor wat tu geram je nak tengok secara live. ukiran di batu. nampak awesome sgt!
Tu dia...panjang berjela dan jelas penerangannya...memang mengidam sungguh namanya ni...hehe. Memang menarik Kemboja... unik, mempersonakan dan boleh beramal lagi! Semoga berjaya...berbaloi-baloi! :)
Tidak kurang hebatnya juga. Saya pernah baca entri yang ditulis oleh Bin Muhammad. Semoga berjaya kedua-duanya.
kikiki...sila jangan tidur membacanya :)
aah mengidam nak jenjalan kat kemboja. yup! kemboja penuh keunikkan sambil2 tu blh beramal...
gdluck jugak buat BM...moga kita sama2 berjaya..ho yeah!
pengembaraan berbaloi-baloi!
aah hasil karya BM memang memukau sesiapa membacanya. dia mempunyai gaya tersendiri. pemikir hebat bg Yumida.
thanks cikgu :)
Menarik pakej percutian ni... semoga berjaya Yumida.. :)
unik betul angkor wat tu..lokasi tomb rider kan?
Angkor Watt yang telah terkenal sejak lama dulu....pakej yang menarik
aah bunda. angkor wat kaya dgn sejarahnya. tergolong salah 1 keajaiban dunia.
aah...pakej murah n menarik! bikin hati meronta2 nak pergi
aah unik kan kak. byk gambar bez2 kat angkor wat. part akar pokok tu. penuh dgn nilai sejarah. ooo baru tahu, rupanya pernah jadi lokasi tomb rider.
waaahhhh ni sudah menarik ni ^^
sangat2 menarik! hihi
Wish you good luck! Cambodia is a nice place!
teng kiu smartan dad. yup! cambodia so unique!
Assalamualaikum yang. semoga berjaya dan murah rezeki. sheila pun teringin nak ke sini ~~~
yumida ke sini la ye? menarik tmpt ni...
In Sha Allah kalau ada rezeki nti teringin jugak nk melancong ke sana ..
Wah
Mesti pergi
Jom
EmoticonEmoticon