Kenderaan takut untuk dipotong

Wokeh bawah ni merupakan antara kenderaan yang takut untuk dipotong. Pasal apa? Meh kita saksikan gambarnya dahulu. 

kobe, treller, lori
 Lori angkut jengkaut. Lori erk? Ker treller?

Badannya agak besar dan lebar. Kelajuannya jugak agak perlahan. Especially jalan bukan highway, kena beratur kat belakang dia. Dia slow, kita pun slow. Ala-ala ikut rentak menari. Nak potong rasa was-was, penglihatan terhalang oleh badannya yang besar. That’s why selalu teragak-agak nak potong. Especially jalan kat sini bengkang-bengkok, keluasan jalan pun hampir sama besar dengan dirinya. Hihi… Sabor je la follow dari belakang sambil karaoke puas-puas dalam keta.

kayu balak
Lori balak

Ni paling menakutkan! Tengok je muatan yang dibawanya. Bertingkat-tingkat sampai ke atas. Melebihi paras sisi lorinya. Kalau follow dari belakang akan jarakkan kenderaan jauh-jauh. Gerun weh. Tengok kayu balak tu, besar-besar. Kalau potongannya sama saiz takpe jugak. Haaa…kasi lagi kat korang biar sama-sama rasa seriau.

lori balak
Kayu terlebih panjang dari hujung lori

Panjang hujung kayu tu. Seriau tak seriau. Especially bila part naik bukit. Seram sejuk je rasa sambil dalam hati berdoa agar perjalanan dalam keadaan selamat.

Kedua-dua lori ni selalu terserempak kat jalan Selangau, Sibu. Kehadiran mereka memang sentiasa ada. Dengan struktur jalan yang bengkang bengkok, keluasan jalan yang sederhana besar, moga dalam amalan pemanduan kita sentiasa titikberatkan sikap berhati-hati. Utamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

21 comments

kalau akak pun takut nak potong kenderaan kat atas nie..macam bahaya je kan...klik leinege kat sini

suri rasa ini salah satu kita gerun.kalau ajal pula tak boleh lari. baca doa naik turun kenderaan moga urusan di permudahakan,wahualam.

dolok balak ya lg besar. lagi san nyawa kita nak over take lori ya.. kinek tok semua baby2 balak jak. tp tetap scary juak. huhu

betul2
duduk belakang pun bahaya gak

Assalamualaikum dan salam singgah selasa dik Yumida...akak pun takut dengan lori2 yang ada muatan macam ni...

tkutnye...rietta pling ngeri tgk bila kayu balak tu, lebih muatan dr lorinya...takut tertanggal ikatan bertaraburan atas jalan...tidakkkk...

berhati2 djalan raya...huhu
singgah mkn mcd..:)

memang gerun..follow belakang jelah jwbnya..

Akak pn sama takut nk potong kalau ada lori balak.. seriau..=D

fuhh..salah dah pemandu ni buat gini..

Kalo zaraa.. jalan clear kat depan. .cnfirm mluncur laju nak motong. Sb bahaya kalo kita stay kat blakang kenderaan yg angkut bahan2 berat mcm ni.

Huhh.. saya paling risau ttg lori balak tu, dah lah panjang bila nak memotong, takut pulak rantai tu putus... mmg risau...

bahaya betul la yg no 3 tu.. mcm x ikat betul2 jer.. huhh...

Semuanya mengundnag bahaya. Jadi, kenalah berjhati-hati ketika memandu.

Boleh ke treler bawa balak mcm tu...bahaya weiii...

memang takut kalau berada di blkg treler atau lori nih.. yg paling takut lori balak laa.. kena ikatan dia tbukak.. ishhh mmg risau laa..

Assalamualaikum yanggg, ngerinya tengok. kalau sheila masa kecik dulu kalau nampak lori besar, sheila pergi sembunyi dekat semak samun. sebab takut sangat lori besar2 ni Y___Y

kalau bpa saya lah yang potong ni lori, komfom tutup mata .haha

Hehehee sebab dia panjang la takut kita nak potong hahhaa


EmoticonEmoticon