Showing posts with label Omelan Seorang Blogger. Show all posts
Showing posts with label Omelan Seorang Blogger. Show all posts

Hati-Hati Beli Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri

Ni cerita beberapa minggu lepas, pasal viral rakan blogger kita yang mukanya teruk lepas stop pakai produk ____ tersebut. Peringatan untuk diri aku. supaya tak beli produk sembarangan. Tapi aku ni jarang beli barang make up. Tapi adik aku tu haaa, bertimbun-timbun segala jenama make up atas meja dia.

Jangan Gunting Rambut Anak Orang Sembarangan

Kengkadang pasal benda remeh pun boleh buat orang gaduh, bermasam muka, mengamuk sakan. Gara-gara gunting rambut anaknya. Ye, pasal gunting rambut je pun boleh buat sedara mara gaduh. Benda yang pernah terjadi kat kawan aku.

Pinjam Ubat Nyamuk Rumah Sebelah

 Rumah kami memang pakai ubat nyamuk la. Ubat nyamuk? Ala lingkaran racun nyamuk tu. Tanpa ubat nyamuk..habis la. Habis kena serang nyamuk! Banyak nyamuk sini memandangkan quarters kami ni berhampiran hutan. Belakang rumah banyak pokok.

Permulaan Tahun Baru 2017 Yang Kurang Baik

Bermulanya bunga api ambang tahun baru, terus terdengar berita kurang elok, percikan bunga api meletup di tanah sebelum sempat terbang ke langit. Ramai yang cedera, seram pulak tengok video. Mesti kucar-kacir, huru-hara nak selamatkan diri. Juga berita kenaikan harga minyak buat orang ramai naik minyak di tahun baru. Itu berita umum.

Aku VS Buntat VS Pak Samad: Drama 7 Hari Mencintaiku

Since Buntat Trending, Aku Mula Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku
Ye, sejak Buntat viral dan trending hari tu barulah aku terjebak tonton drama TV3 7 Hari Mencintaiku setiap episod. Pernah la, awal drama ni, masa episod pertama boring giler jalan ceritanya. Agak slow. Terus aku tak tengok lagi drama ni lagi. Then, tiba-tiba..nama Buntat jadi glamour! Drama 7 Hari Mencintaiku jadi sebutan di Facebook. Best katanya. Sedih pasal Buntat!

Tahi Cicak Jatuh Dalam Pinggan Ketika Makan

Cerita fresh lagi ni! Baru terjadi semalam! Nak menaip tajuk entry ni betapa euwww nya aku. Geli! Yaks! Tahi cicak yang hitam putih tu jatuh dalam pinggan hb. Nasib baik pinggan dia. Kalau pinggan aku errr trauma aku nak makan guna pinggan.

Kicap Jatuh, Pecah & Tumpah Di Kaunter Cashier

Jatuhkan kicap di meja cashier? Eh bukan aku. Tapi kesilapan cashier tu. Betapa panik cashier tu. Mana taknya lantai habis tumpah dengan kicap! Bau kicap merebak. Kat kaunter tu ada sorang cashier dan sorang pembantu yang tugasnya masukkan barang yang telah di scan ke dalam plastik. Dua-duanya muka pucat lesi! Sorang pandang sorang, sorang lagi blur tak tahu nak buat apa. Panik!

Nak Beli Foldable Sofa Murah

Nak Beli Pullout Adjustable Tatami Lazy Sofa Murah
Barang idaman nak beli tahun depan. Foldable sofa atau ada yang panggil pullout sofa, adjustable lazy sofa, tatami sofa, Japanese sofa, sofa lipat, sofa jepun, kusyen lipat. Hish tergoda betul aku nak beli foldable sofa ni. Ingatkan hari tu dah insaf, takmo dah buang duit beli barang online. Sekaliiiii nah tergoda lagi! Buat masa ni harga cecah ratusan ringgit. Agak mahal, bila ditambah dengan postage.

Mimpi Hantu Sampai Mengigau-Ngigau!!

Terjadi malam tadi, mimpi ngeri paling seram! Mimpi hantu!!! Macam ni kisahnya…semalam aku tidur awal, sekitar jam 10.00 malam. Tidur dengan baby Amirah sekali. Hb masih tengok tv kat ruang tamu.

Line Internet Slow, Laptop Takdo Bluetooth, Whatsapp Lambat Masuk. Ngek Betul!

-Entry takdo gambar, tengah kuciwa- Wah..berhabuk blog ni, tak update lebih 2 minggu, nak masuk 3 minggu. Mood malas salah satu puncanya. Line internet yang lembab juga penyumbang jarang up entry. Iye, slow betul line internet kan. Nak buka new post, nak loading gambar, hadoi..berat sungguh.

Berbuka Puasa Bersama Family Di Kampung

Baru je balik rumah semalam, selepas menghabiskan cuti 2 minggu di kampung. Sempat la merasa 6 hari berbuka puasa bersama ibu bapa, adik-beradik, ipar duai. Meriah! Kuih-muih jangan kata la, penuh meja. Dengan air tebu nya, air cendol, abc, air selasih..macam-macam ada.

Kemas Rumah Persediaan Sambut Hari Raya Sehari Sebelum Puasa

Ahad, hb dan kuncu-kuncunya membuat pembersihan rumah besar-besaran. Kuncu tu anak buah hb seramai 5 orang. Tugasnya adalah mengelap kerusi, lap meja, lap almari, perabot. Awal weh kemas rumah, bukan pasal excited nak raya tapi kalau buat pembersihan bulan puasa anak-anak buah keletihan.

Cat Rumah Awal Sebelum Masuk Bulan Puasa

Budak sekolah cuti, kami pun turut bercuti 2 minggu. Alang-alang dah balik kampung awal, hb pun terus plan nak cat rumah parents dia sebelum kedatangan bulan puasa iaitu Ramadhan Kareem 2016.

Baju Rayaku Yang Gebu Mengembang

1 pasang baju Raya dah siap! Kaler pink! Hantar kat tailor cina. Upah jahit baju kurung moden/ baju kurung fesyen RM40. Manakala 3 lagi kain di hantar ke tailor lain, upah jahit baju kurung moden RM25 sepasang. Murah je kan.

Anakku Yang Obses Dengan Kucing + Si Meow Gedik

Alhamdulillah, hari Ahad ni genap la umur baby Amirah 10 bulan. Makin meningkat umur, makin aktif, macam-macam benda dia nak buat. Kaki pun dah boleh panjat baby walker. Kita pulak yang risau takut dia jatuh. Eh budak kecik tu belum tumbuh gigi. Hihi..si rongak!

Berapa Kali Dalam Sebulan Korang Keluar Ke Bandar/ Pasar/ Shopping

Ni soalan poyo dari aku. Nak la jugak tahu apa aktiviti korang di hujung minggu. Berapa kali dalam sebulan korang keluar ke Bandar? Dalam erti kata lain, keluar ke pasar beli barangan dapur, beli barangan peribadi, shopping pakaian. Takkan hari-hari keluar. Ish kalau hari-hari keluar, mesti dia orang kaya. Pewit! Belanjakan saya aiskrim magnum satu pleaseeee..

Make Up Cantik Jadi Hodoh

Make Up Cantik Jadi Hodoh
Make up cantik jadi hodoh
Biasa kita selalu tengok make up wanita hodoh jadi cantik. Ataupun lelaki hodoh jadi kacak. Tapi kali ni berbeza, make up yang cantik berseri-seri tu bertukar menjadi make up hodoh! Buruknya! Lariiiii...

Gambar Terbalik Menakjubkan

Gambar terbalik menakjubkan

Percubaan kali ke 3 update blog guna aplikasi BlogAway. Haih rindu nak beronline guna laptop. Entry hari ni pasal gambar terbalik menakjubkan! Pernah lihat?  

Blogger Tertarik Aplikasi BlogAway

Sebagai blogger apa yang penting bagi kita sesuatu aplikasi tu mudah digunakan. Dalam erti kata lain, mesra pengguna. Sebelum ni aku pernah install aplikasi Blogger untuk aktiviti blogging menerusi handphone tapi malangnya aplikasi tu tak mesra pengguna.

Blogging Guna Aplikasi BlogAway Melalui Handphone

Baru je install aplikasi BlogAway kat handphone ni agar mudahkan aku berblogging di mana jua. Cubaan pertama. Test test test. Aku rasa blogger lain dah lama guna, aku je tertinggal perahu. Hohoho..