Siraplimau.com bongkar rahsia berumah tangga!

Siapa Siraplimau.com???

Terpandang url blog Siraplimau.com dengan taglinenya ‘Segar Lagi Menyegarkan!’. Dalam hati terfikir.. ‘Owh…sure blog masak-memasak ni’. Ditambah lagi dengan header bergrafikkan segelas air sirap limau, mmm..confirm! Mesti ada resepi menarik di dalam. Nak terjah!

Oh tidak!! Tiada perkongsian resepi yang ditemui..rupa-rupanya blog ini berkisar perihal rumahtangga. Ooo..patutlah blog ni menggunakan nama sirap limau. Masam-masam manis gitu.


Rahsia di sebalik nama Siraplimau.com kini terbongkar!

Dalam menyusuri alam perkahwinan, pastinya kita pernah terhambat oleh dugaan yang datang menimpa. Sebut sahaja perkataan ‘kahwin’. Pasti kita membayangkan sesuatu yang indah, bahagia, romantis. Iye, ada benarnya itu. Namun, di dalam kemanisan yang kita kecapi, pasti sang ulat cuba merapati, menebuk lubang kemanisan! Yang akhirnya meninggalkan kesan hitam! Begitulah asam garam kehidupan berumahtangga, sentiasa ada ujian menimpa. SirapLimau.com berkongsi kisah suka duka pengalaman sebenar dari mereka yang bergelar isteri.


Istimewanya Siraplimau.com yang anda harus terjah!

1) Cerita yang dikongsikan kesemuanya segar belaka! Cerita yang disiarkan berdasarkan kisah sebenar dari kehidupan mereka yang telah berumah tangga. Malah, cerita ini tidak pernah disiarkan di mana-mana pun! Sama ada di majalah, suratkhabar atau televisyen. Ekslusif hanya di SirapLimau.com sahaja. Begitulah istimewanya santapan yang disajikan oleh SirapLimau.com buat anda semua, bersesuaian dengan tema yang dibawa, “Segar lagi menyegarkan!”. Pssst! Cepat la terjah!

2) Perhatian!!! Jika anda berkunjung ke SirapLimau.com, anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa melalui reward point. Nak hadiah?  Meh cepat lepak king di anjung SirapLimau.com.

3) SirapLimau.com sesuai untuk bacaan semua sama ada kaum hawa atau pun adam. Walaupun kebanyakkannya memaparkan kisah berkaitan wanita, namun mesej yang disampaikan bermanfaat buat semua. Kalau dilihat di bahagian komen kan, ramai jugak kaum adam yang memberikan respon. See, bermanfaat buat semua!

4) SirapLimau.com medium untuk mempelajari dan menimba ilmu berkaitan cara memperbaiki kehidupan berumah tangga. Begitu banyak dan banyak kisah yang dikongsikan. Melalui kisah penceritaan ini dan juga buah pandangan dari mereka yang memberi komen, secara tidak langsung ia menyuntik rasa keinsafan, kesedaran akan perihal rumah tangga sendiri. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran, iktibar, panduan untuk diri kita.

5) SirapLimau.com melengkapkan pengetahuan seseorang yang bakal mendirikan rumah tangga. Melalui kisah yang dikongsikan, pastinya perkara-perkara negatif yang diketengahkan seperti pasangan curang, tidak jujur, sering menipu pasangan. Sikap yang tidak elok sebegini akan dielakkan oleh mereka yang bergelar bakal pengantin. Haa..ini yang kita nak! Jadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran buat diri kita. Duhai bakal pengantin..ingat tu! Carilah informasi bermanfaat perihal rumah tangga di SirapLimau.com.

6) Juga dapatkan tips kehamilan yang akan membantu anda melalui hari-hari bahagia sebagai seorang bakal bergelar ibu. Haaa…yang si suami pun sama. Bacalah tips kehamilan ni untuk membantu isteri anda ketika sarat mengandung. Mudah-mudahan dengan tips ini, menambah rasa kasih dan bahagia sesama pasangan.

7) Oh ya…yang single macam mana??? Buat mereka yang masih solo, jangan risau…SirapLimau.com menyajikan menu pelbagai rasa. Bukan hanya perihal rumah tangga dan kehamilan sahaja, malah mendedahkan tips motivasi, masakan, fesyen dan banyak lagi! Berguna buat kita semua, jom apa tunggu lagi..kita serbu SirapLimau.com sekarang!

Saranan buat Siraplimau.com

1) Tambahkan isu kekeluargaan
Luaskan topik, bukan hanya mengenai kisah rumahtangga. Masukkan juga isu kekeluargaan. Umpamanya hubungan anak dan orang tua, hubungan adik-beradik. Masalah dalam keluarga. Menarik jiwa remaja untuk turut memberikan buah pandangan. Saya pasti, topik sebegini hangat dibicarakan! Malahan bukan hanya respon dari kaum wanita sahaja bahkan kaum lelaki. Yang muda, yang tua…semua turut serta.

2) Tambahkan variasi tab menu
Seperti yang dapat dilihat di blog Siraplimau.com, hanya ada 4 tab menu yang merangkumi kisah rumah tangga, kehamilan, about dan contact. Jika dinilai pada muka halaman utama Siraplimau.com, pandangan utama saya berkata, “Ooo..blog pasal orang dah kawin, kisah bercerai, krisis suami isteri, orang pregnant”. Rupanya bila saya baca bahagian ‘about’, terselit topik lain. Saranan saya, tambahkan lagi tab menu dengan topik motivasi, masakan dan fesyen. Mendedahkan kepada pembaca apa isi kandungan dalam blog kita. Sayang…topik sebegini sangat bermanfaat buat pembaca. Mudahkan pencarian buat pembaca.

3) Berinteraksi di ruangan komen
Secara kasar, saya perhatikan hanya pembaca yang memeriahkan di ruangan komen. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang menceritakan permasalahan terhadap situasi artikel yang dikongsikan. Ada yang mempersetujui artikel, malah ada yang menafikan mesej artikel. Saranan saya agar pihak Siraplimau.com turut serta untuk berinteraksi di ruangan komen. Pada yang bertanyakan soalan, diberikan pandangan jawapan. Pada yang meluahkan permasalahan, diberikan sedikit nasihat atau motivasi. Dengan sebegini, akan menampakkan ruangan komen ini hidup dan memanggil-manggil pembaca untuk memberikan pandangan. Boleh jadikan blog Pakar How To sebagai inspirasi, tentang bagaimana menjadikan ruangan komen ini menarik minat pembaca untuk berkongsi pandangan.

4) Manfaatkan sidebar blog dengan informasi
Melihat pada blog Siraplimau.com, secara jujurnya perkongsian informasi sangat terhad, tidak banyak pilihan. Paparan artikel yang dikongsikan di halaman utama, hanya berkisarkan mengenai hal rumah tangga, kisah kecurangan, penceraian. Juga paparan artikel ‘popular bulan ini’ dan ‘popular hari ini’, ada di antaranya artikel diulang 2 kali, malah paparan gambar bagi artikel tersebut hanya membuatkan widget berjela-jela panjangnya. Mungkin penggunaan gambar itu tidak perlu. Pihak Siraplimau.com juga boleh merujuk blog lain yang sama nichenya iaitu blog Pakar How To untuk melihat halaman blog yang penuh berinformasi! Ianya juga memudahkan pembaca untuk memberikan buah fikiran bagi topik yang mereka suka.

5) Gunakan kotak komen jenis CommentLuv
Gantikan kotak komen yang digunakan dengan kotak komen jenis CommentLuv. Kotak komen Facebook, kekalkan. Rakan blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di kotak komen yang menyediakan CommentLuv. Sebab apa? Sebab peninggalan komen mereka disertai bersama dengan link entri terakhir blog mereka. Haaa…dengan cara ni dapat mempromosi artikel terbaru rakan blogger. Menurut pengalaman blogger popular dan terulung..Denaihati, penggunaan kotak komen jenis CommentLuv ni adalah salah satu cara meningkatkan trafik blog.


Beriklan seketika…

Anda tertekan? Terbeban dengan masalah rumah tangga? Kongsikan permasalahan anda ke email hello@siraplimau.com atau melalui laman SirapLimau.com iaitu http://siraplimau.com/contact/. Mudah-mudahan dengan perkongsian cerita ini, akan membantu anda menemui jalan penyelesaian melalui pandangan pelbagai pihak. Jika ada kisah menarik lain, kongsikan sahaja kisah tersebut ke alamat email seperti tertera di atas.

Itu sahaja. Buat rakan blogger sekalian, jom beramah mesra dengan Siraplimau.com!
Website Sirap Limau: http://siraplimau.com

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com.

12 comments

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...InsyAllah nak terjah ni..

teringin juga nak guna kotak komen jenis commentluv tu. Ramai yg cakap dpt tingkatkan traffic.

Alhamdulillah..review terbaik lah dik :)

kelakar kartun tu . ingatkan apa tadi siraplimau siraplimau .
banyak kelebihan , harus terjah . hehe

bestnya :)
a'a first time dgr siraplimau pun ingatkan resepi masakan hehe

wahh..blog pecah rahsia rumah-rumah nih..

Ya...Yumida sudah menikmati sirap limau...semoga berjaya ya!

mcm menarik jer blog dia..nanti deqla terjah.. alhamdulillah blog domain dah boleh bukak kat opis ni..so x jadi masalah nk terjah.. yeayyy.. :)

Ssuai ntuk yg dah bkahwin ngan bakal mdirikn uma tgga ni.. hehe

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon