Segmen Pantun Seloka

KLIK BANNER UTK JOIN

Pantun Zumal
Assalamualaikum pembuka bicara,
Bersua lagi kita semua,
Petang ini ada acara,
Segmen pantun seloka untuk semua.

Pantun Yumida
Walaikumsalam..eh eh tiba-tiba ada Cik Ta,
Bersalaman tangan bersua muka,
Macam kenal je macam glamour je tampil anggun jelita,
Jom Cik Ta kita sahut cabaran Segmen Pantun Seloka.

Pesan kat Cik Ta beli ketam biru,
Dibelinya pula perencah masakan pes,
Dalam berblogging jangan suka meniru,
No no no jangan jadi plagiat copy paste.

Duhai Cik Ta sungguh saya tak tahan,
Disuruh goreng ketam tapi dibuatnya dalca,
Entry digarap penuh kesungguhan,
Moga memberi manfaat buat pembaca.

Teruja nak autograph Cik Ta di depan pintu,
Nak di upload ke blog sambil layan burger,
Oh tidak..ingatkan Cik Ta yang dalam tv tu,
Rupanya Cik Ta ni jiran sebelah merangkap blogger.

TAMAT: 28/02/2014

3 comments

jemput join segmen sy.. tq :)

http://myimpian11.blogspot.com/2014/02/segmen-blogwalking-beramai-ramai.html

Membajak bendang dengan kobota
Pecut laju terjatuh dalam paya
Terima kasih kerana turut serta
Dengan harapan moga berjaya

Jala ikan di hujung tanjung
Airnya cetek seperti di parit
Segmen sudah hampir penghujung
Harapan Zumal semoga makin sengit

*kobota=kenderaan membajak
*parit=longkang besar


EmoticonEmoticon