Blog personal versus blog kontes

Rentetan entry:

Ada rakan blogger ajukan soalan, blog Yumida ni blog personal ker atau blog kontes?


Dalam blog ni, u olls akan jumpa bermacam-macam. Ada pasal celoteh diari, pasal kucing, hiburan, informasi, masakan, resepi kek, tips Nuffnang, drama tv, program realiti tv, pandangan umum, review tempat makan, review makanan, review hadiah dan juga penyertaan segmen/giveaway/kontes. Kesimpulannya, blog Yumida ni blog personal.

Macam yang u olls lihat, Yumida aktif bersegmen/giveaway/kontes. Tapi jarang Yumida setkan artikel ni berada lama di bloglist. Means, ia hanya longgokan artikel untuk penyertaan segmen/giveaway/kontes. Dipublish dalam tempoh sesuatu masa dengan kadar yang cepat dan banyak.

Kenapa tak bukak 1 blog lagi untuk khas untuk segmen/giveaway/kontes? Pernah Yumida buat. Tapi menghadapi masalah link profile blog. Entah.. Yumida pun kurang mahir bab ni. Terstuck kat situ, terus Yumida biarkan blog tu berlumut.

Rakan blogger kurang menggemari blog berunsurkan segmen/giveaway/kontes. Apa pandangan Yumida? Yumida juga faham, ada di kalangan rakan blogger yang kurang menggemari blog berunsurkan segmen bagai. Tapi kita juga mempunyai pilihan, sama ada nak singgah atau tidak. Tatkala aktiviti berblogwalking, terserempak dengan entry segmen. “Huish..menyampahnyer”. Ni monolog Yumida cipta sendiri. Takde kaitan dengan sesiapa. Wokeh macam ni, kalau kita tak suka baca atau komen entry bersifatkan segmen/giveaway/kontes… Kita juz pergi ke blog archive dia, pilih artikel lain yang kita rasa nak bagi komen. Ermmm…benda kacang je.

Best sangat ker nak join segmen/giveaway/kontes ni? Bagi Yumida… YA! Ianya sangat menyeronokkan. Dah macam hobi dah. Lagipun dengan penyertaan segmen/giveaway/kontes sebegini ianya menambah rakan maya, mempromosi blog kita, boleh jadi juga kenalan baru tu bakal menjadi pembaca setia blog kita. Malahan kita bakal menerima komen berpukal-pukal. Hohoho…faham tak? Sekali dia komen, terus komen 7-8 entry. Banyak tuuuuu…. Nak tengok siapa orangnya? KLIK: Terima kasih pengomen pukal

Sejauh mana keseriusan Yumida dalam berblog? Soalan yang sangat bagus! Jawapan Yumida pun sangat ringkas.. ‘Selagi line internet boleh diakses juga line internet menjadi super laju’. Line internet ni Yumida sukar nak jangka, adakalanya ia langsung tak boleh berakses hingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan lamanya. Dapat beronline pun dah rasa bersyukur sangat. So, dengan peluang yang ada Yumida cuba manfaatkan sebaik mungkin. Lakukan apa yang Yumida suka. Meluahkan pendapat, membebel di blog, menyertai segmen/giveaway/kontes. Rasa sangat hepi u olls!

Blog personal versus blog kontes, blogger, blog peribadi, blog segmen

Sepanjang Yumida berblog, alhamdulillah rakan-rakan blogger sentiasa support Yumida. Bagi kata-kata sokongan. Komen entry ni, entry tu. Esoknya datang lagi. Bersyukur sesangat adanya rakan blogger seperti u olls. Aah awak la yang tengah baca sekarang ni. Malah ada juga yang sudi memberi komen di artikel segmen/giveaway/kontes. Semuanya sekali..banyak tu tau…huhuhu.. Rasa terharu sangat. Yumida nak ucapkan buat semua pembaca blog Yumida, thanks atas kesudian singgah sini, baca dan memberikan komen. Takde la Yumida syok sengsorang membebel. Hihihi….

Blog kita, hak kita, idea kita. Terpulang pada kita nak corak bagaimana. Luahkan segala karya kita di dada blog tanpa menyentuh sensitiviti orang lain. Indahnya..melalui blog ia mencetuskan rasa ceria di hati kita. Lagi indah..andai apa yang kita kongsi memberi manfaat buat orang lain. –miaw..miaww..miaww- see, kucing pun sokong Yumida :)

23 comments

setuju tu.... hihi :) semua mama setuju dengan yumida, cuma mama kurang bab join segmen ni.. tak larat nak klik berpukal-pukal

ywe..blog kita hak kita kan,selagi tidak melanggar hak org lain. chaiyok yumida.moga terus suksess

ehehe kita pun blog bercampur aduk juga..samala macam yumida dgn ga di situ :)

Blog kita citarasa kita...tapi kena juga ikut citarasa pembaca, jangan sampai sendiri tulis sendiri baca. Tapi jika ramah dan mesra macam Yumida...tulis apa pun mesti ramai yang suka :)

sy br 1st time join segmen.. x berapa reti sgt ngan segmen2 yg request buat byk benda.. slow slow sy belajar... :)

btol tuu.. yg pntg kita jaga adab dan sopan budi bahasa msa menaip entry kat blog.. ken apeka ngan sensitiviti org lain.. ^^ budi bahasa kn budaya kitaa.. acecehh.. hoho. assalammualaikum sis.. selamat pagiii.. hehe

Akhirnya yumida mjwab juga soalan suri.dy suka sertai kuiz walaupun kekadang tak kenal admin tu btw sertai sb bkwan dn sje bg sokongan mereka.klu dpt trafik rasanya tu 1 bonus..

suka join segmen tapi yang simple ler...kalau nak klik bebanyak tu kena time free baru boleh join...

Setuju ngan sis, Blog kita hak kita.........;-)

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...setuju dengan entri adik ni...setiap blog ada hal masing2 yang nak di ceritakan kepada pengunjung dan pembaca yang singgah...

Betol ya kak ;D

Assalamualaikum yangg, sheila suka singgah sini. bagus apa blog campur2 ni.. banyak sangat blog nanti pening pula nak handle. hiewhiew ~~~

Salam singgah..
agree dgn yumida..
yang penting ada yg sudi baca.. :)
chaiyok!

akak suka maintain satu blog jer.. itulah dunia kita.. nak GA ker, nak biz ker,, nak bercerita ker.. sume kat situ... yang penting kita happy!!

sokong..tapi kurang suka juga nak klik banyak² sebagai syarat segmen...

dah tau dah yumida mmg suka join contest...hihi..tp oklah tu... sbb rajin yumida byk menang hadiah kan.. alhamdulillah... berbaloi2...

betul tu..setakat nie saya takde masalah kalau jumpa entry yang berbentuk kontes/segmen atau GA sebab bagi saya kekadang benda tu pun ada point2 yang menarik..

Regards,
-Strider-

Setuju mama... Fuza pun tak larat nak klik byk bebeno penaja. So Fuza selalunya join yang memudahkan :)
Bukan apa...masa nak BW tu selalunya malam..so masa terhad nak visit teman2 lain :)
Sekadar tumpang komen kat sini..

blog kita mengikut acuan kita .. sokong yumida

satu blog untuk semua aktiviti :)

support u always kak Yum.. Hehe..


EmoticonEmoticon