KLIK BANNER UTK JOIN
As
salam buat rakan pembaca,
Mengumumkan...Yumida ada kenalan rakan blogger
baru. Alhamdulillah..laman sosial banyak memberi manfaat pada diri Yumida.
Rakan baru maya bertambah dari sehari ke sehari. Melebarkan ukhuwah ke seluruh
dunia..hanya di hujung jari sahaja.
Terbaru...ehem-ehem...Yumida nak memperkenalkan
pada korang semua. Penulis blog Nur Lovekasih blog iaitu Puan Nurullai Abdullah.
Wajah blog Nur
Lovekasih blog:
Komen blog:
Blog kelihatan kemas, simple, loading pun laju.
Header Nur Lovekasih blog menyampaikan mesej
secara terangan dengan slogannya iaitu Where
LIFE begin and LOVE never ends. Hmmmm...tertarik dengan slogan unik tu.
Lumrahnya kita hidup di dunia ini, mahu menyayangi dan disayangi. Tanpa
hadirnya orang tersayang di sisi kita, sunyi sepilah kehidupan kita. Dengan
berblog juga, Yumida berkongsi segala suka duka, pengalaman dan berkongsi
pandangan secara umum. Begitulah jua dengan penulis blog ini, Puan Nurullai Abdullah..begitu banyak dan banyak pengalaman yang
dikongsikan. Moga penulisan kita dapat memberi manfaat buat para pembaca semua.
Insha Allah..
Saranan untuk memperbaiki Nur Lovekasih blog:
1. Perbanyakkan
tab menu yang asalnya hanya terdiri daripada HOME, DASHBOARD, FACEBOOK dan
GIVEAWAY. Tab menu di blog akak terlalu umum, spesifikkan lagi. Melihat pada
entry di blog ni boleh ditambah lagi untuk tab menu RESEPI, PETUA DAPUR, KEHAMILAN,
PARENTING. Yumida kaitkan dengan contoh artikel di bawah:
RESEPI
PETUA DAPUR
KEHAMILAN
PARENTING
2. Letak labels bagi setiap artikel. Ini
bagi membantu pembaca mencari bahan rujukan di bawah 1 labels yang sama. Selain
daripada fungsi di atas, label ni juga membantu artikel dipapar di halaman
utama enjin carian Google. Lebih senang cakap untuk SEO (search engine
optimization).
3. Profile Google+ blog akak bercampur aduk
dengan artikel blogger lain. Ini boleh menyebabkan kita kehilangan pembaca,
apabila mereka mengklik artikel blogger lain yang ada dalam profile kita.
Saranan, apabila kita membuat komen di blog yang menggunakan kotak komen jenis
Google, sila jangan tick pada bahagian [also share on Google+] yang berada di bawah komen Google+. Dengan itu, artikel mereka tidak akan
terpampang di profile kita. Akak juga boleh remove artikel tersebut secara
manual di profile Google+ akak.
Sepatah dua buat Nur Lovekasih blog:
Moga perkongsian ilmu di antara kita akan sentiasa
dikembangkan. Supaya pembaca di luar sana sentiasa mendapat faedah hasil
pembacaan daripada blog kita. Sokongan daripada rakan blogger umpama suntikan
motivasi menyemarakkan lagi dunia blogging. Salam ukhuwah daripada Yumida :)
PILIHAN HADIAH: NOVEL
TAMAT: 11/02/2014
2 comments
Smoga bjaya!!
All the best!
EmoticonEmoticon