Spesifikasi Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5 telah dilancarkan di pasaran. Pastinya semua teruja nak tahu berapa harga Samsung Galaxy S5 ni. Termasuklah aku sendiri. Samsung Galaxy S5 direka bagi memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik foto.

Ciri-ciri Samsung Galaxy S5

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, Samsung Galaxy S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.
Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang. 


Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quad-core dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4.

Untuk pengguna yang mendambakan kepantasan Internet, Samsung Galaxy S5 didatangkan dengan Download Booster, teknologi Wi-Fi yang menggabungkan kelajuan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data.

Gajet yang ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan emas ini juga tahan percikan air serta debu IP67 dan ditambah baik dengan fungsi keselamatan menggunakan pengimbas cap jari, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran online. 

s5, Spesifikasi Samsung Galaxy S5, samsung s5, Samsung Galaxy S5 16 mp

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY S5

Harga Samsung Galaxy S5: Belum diketahui 
OS: Android 4.4.2 Kitkat 
Dimensi: 5.60 x 2.85 x 0.31 inci 
Berat: 145g 
Paparan: 5.1 inci HD Super AMOLED 
Kamera: 16MP 
Kamera depan: 2MP 
CPU: 2.5GHz Quad Core 
Memori: 16/32/64GB 
Slot kad: microSD 
Bateri: 2,800mAh 
RAM: 2GB

Sumber

Fuh…bila la Samsung Galaxy S5 ni bakal berada dalam pasaran Malaysia. Kini, semua smartphone makin canggih. Harga pun berbling-bling je nengok. Zaman teknologi katakan.

37 comments

Aaarghhh! that gold and black color sangat menggoncang iman!! hehehe :D

auwww... menggoda.. tp mampukah..? haha.. s4 pun deqla x dpt lagi, ni kan pulak s5.. hihi...

Cepatlah keluar, boleh cepat s4 turun harga...hehe

harga x tahu lagi. belum keluar kat malaysia.

kalau turun..kalau tak...hihihi

Samsung ni memang glerlag R&D dia..salute dengan dia orang. yang lama tak jemu lagi guna dah ada yang baru..

Spec is getting higher, price too.

rambang mata gajet sekarang adoooo

X smpat nk kejar kemajuan teknologi...

Mesti mahal rega nya kelak owh... heee...

woaaahhh !!! ada kaler goldd laaaa..........

serious colour gold ya nang mengancam. jarang ada warna gold tok.

Teringin juga nak pakai bila tengok orang pakai. Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti bolehlah pakai.

Samsung lagi...brapa ler harganya...

bilalah saya boeleh tukar ke phone canggih sikit..
teringin pulak nak pakai.. tapi duit tak ada.. Sedey

Assalamualaikum yanggg, macam best je kalau dapat tukar ni. heheee

Munirah teringin jugak nak beli 1. huhu
Munirah guna nset biasa2 jew..

akak saya ada fon nih. saya setakan samsung young je hehe

Assalamualaikum . cantiknya :D harga pun mesti umpphhh ! ni . . :D

Terlalu banyak model smartphone samsung..tapi yang dapat grab sekarang tab jer..smartphone belum lagi..maybe coming soon..


EmoticonEmoticon