Yogurt Yeo’s perisa oren

Tatkala kehausan dek jalan ke sana, jalan ke sini. Aku pun singgah kat peti ais besar. Wokeh, nama je besar tapi peti ais tu bukan aku punya tau. Haha… Orang kedai yang punya. Ni ha, nak tayang kat u olls minuman yang dibeli. Taraaaa!

Yogurt, Yeo’s
 Yogurt Yeo’s perisa oren
Harga: RM1.40

Yogurt Yeo’s perisa oren
Yogurt Yeo’s perisa oren baring atas handbag. Santai nampak!

Manisnya sedang-sedang. Terasa jus orennya. Masamnya just nice. Banyak-banyak jenama yogurt dijual, aku paling suka yogurt Yeo’s. Pasal apa? Pasal ianya memenuhi citarasa aku. Aku ni cerewet sikit. Tak suka masam sangat, tak suka manis sangat. Pekena yogurt Yeo’s perisa oren. Slurp! Sekali sedut, cepat je habis.

Khasiat yogurt:
-Membekalkan protein dan kalsium bagi tumbesaran dan kebaikan tulang kita.
- Mencegah dari terkena osteoporosis.
-Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
-Mengurangkan risiko terkena jangkitan pada faraj. 
-Yogurt memberi rasa kekenyangan bagi tempoh yang lama, bagus bagi mereka yang ingin turunkan berat badan, sebab rasa lapar itu berkurang. Bila kurang makan nafsu makan menurun.
Sumber: Fuh.my

Yogurt Yeo’s boleh didapati dalam perisa oren, anggur dan asli. Nak sihat? Nak kurus? Jom reramai minum yogurt Yeo’s!

38 comments

Assalamualaikum yangg, sedap ekk? balik nanti nak try la cari ~~~

first time thu ada minuman yogurt nie..:)

sy bru pg td try yogurt yeo yg anggur..sedap jugak..lps ni blh la beli sll hehe.. kat cni jual rm1.80..mhl sungguh

saya pun suka makan..ambil yg plain kalau kat Speed Mart 99 tu RM1.20 aja

wau..macam sedap je ni yumida..ingat nak cari jugak la..menabung kat sini

nureen slalu beli anggur.. sedap :)

Lychee selalunya menjadi pilihan hati akak Yumida...

produk baru ke ni? nampak sedap jugak :)

saya suka yg original...yg kotak biru tu... :)

oooo.... Yeo's ada yogurt dah sekarang yek? baru tau ni :)

sllu bli yogurt nestle je.xprnh plak nmpk yeos

cuaca panas ni..memang rajin nak kena minum

Zumal pun pernah beli, memang sedap sangat. Yeo's terbaik!

Feveret anak2 pompuan kak ina ni :)

dahaga pulak tengok minuman kotak yeos tu..

Saya mmg penggemar yogurt.. best juga ada dlm kotak mcm ni ye.. thanks sharing Yumida.. :)

yeo's mmg banyak idea nak buat minuman khasiat..

jemput singgah http://iluvtour.com

minuman yang sihat dan semestinya menyegarkan.. :D

lps ni boleh try lah..for sure ingt yumida nti.hahaha

suke yogurt...nak beli gak lah air ni..

kmk suka nok original yogurt warna biru kotanya hehe

Minom tym musim panas mcm ni.. perghhh.. lega tekak. ^^

oren mmg Fiza tak pernah rasa lagi.. tp anggur dah.. mmg best

owh..ni oreng pulok... masam sgt x yumida?

Belum pernah cuba lagi. Kalau terjumpa di kedai nanti nak cuba belilah. Mesti sedap ni.

Time cuaca panas nie harus cari yogurt nie...mcm sedap jer...

akak memang peminat yeo aeh. hehehe

Sedap lazat dan menyelerakan ..sesuai la musim2 panas ni minum ..


EmoticonEmoticon