MasterChef Malaysia All Star

Hebahan MasterChef Malaysia All Star
Program MasterChef All Stars akan menampilkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai yang diundang untuk menunjukkan bakat terpendam dalam merebut gelaran juara.

20 peserta yang bertanding dalam merebut gelaran juara ialah daripada 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia dan 10 orang bekas peserta MasterChef Malaysia.

Antara peserta yang mengikuti program ini ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Kenchana Dewi, Celina Chor, Raja Azmi, Syanie, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shariah.


Gabungan tiga juri daripada musim terdahulu iaitu Chef Johari atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amra dikekalkan untuk menjadi juri MasterChef Malaysia All Stars kali ini.

Program tersebut akan mula bersiaran pada 23 November pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Dengan mengekalkan konsep dan format yang sama seperti musim sebelum ini, kesemua 20 orang peserta akan disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama malah para peserta turut terlibat dalam beramal untuk menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan yang diwakili.


Peserta MasterChef Malaysia All Star:
 1) Azwan Ali   2) Karl Shafek   3) Soo Wincci   4) Kenchana Dewi   5) Celina Chor
6) Raja Azmi   7) Syanie   8) Sharifah Shahora   9) Micheal Ang   10) Enot
11) Brian   12) Imelda   13) Zamir   14) Che lah   15) Ah Hong
16) Along   17) Azlina   18) Azni   19) Ary Malik   20) Shariah

peserta MasterChef Malaysia All Star, juri MasterChef Malaysia All Star, gambar MasterChef Malaysia All Star, senarai peserta MasterChef Malaysia All Star, che lah MasterChef Malaysia All Star, azwan ali MasterChef Malaysia All Star, micheal ang MasterChef Malaysia All Star

Juri MasterChef Malaysia All Star:
1) Chef Johari @ Papa Joe
2) Chef Zubir
3) Chef Adu Amra

Saksikan MasterChef Malaysia All Star
Hari: Sabtu hingga Selasa
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)
Tarikh mula ditayangkan: 23 November 2013

*Azwan Ali, Che Lah, Micheal Ang bergabung meletop! Hahaha… 3 peserta ni my peberet tau. Tak sabar nak saksikan MasterChef Malaysia All Star ni start.

22 comments

Assalammualikum...yumida,

tak ada astro lah pulak...mcam mana nk tgk yer...hehehe

mselim3

suka juga tengok pasal masak2 ni, nanti boleh tengok :)

wah..Azwan Ali pun ade..mesti kecoh nanti..hehehe

Regards,
-Strider-

dh follow dengan jayanya.

Jom tengok Teknik Naikkan Fb Likes dengan Betul di : www.ilaniwahed.com

tak dapat tengok juga.. singgah menabung chipsmore.. :D

Che lah..hehe..tp pun xde astro..wuuuwuuu...

rumah xder astro so xthu ap2 psai masterchef nie ha

baru ada semangat nak tengok tv balik..kalau tak..asyik tido awal ajer

baru ada semangat nak tengok tv balik..kalau tak..asyik tido awal ajer

wahhh semua bergabung ni..msti lg best

wahhh dah ada yg baru plak eh..cpt jer..

mesti bestkan ada tgk kat TV juga .. done nuffnang yer

best sangat.. Munirah mesti tengok ni :) citer feveret

sik sabar mok tengok eh. kmk minat soo wincci.. hehe


EmoticonEmoticon