Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 12

Minggu ke-12, Maharaja Lawak Mega 2013, telah berlangsung pada 31 Januari 2014 malam semalam, di mana ianya telah mencatat sejarah apabila sekali lagi diumumkan tiada penyingkiran. Sebanyak 5 kumpulan yang telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini. Kesemuanya cuba mempamerkan lawak jenaka terbaik bagi melayakkan mereka ke peringkat akhir MLM 2013 minggu hadapan.

Penuh debaran apabila kesemua peserta berdiri di hadapan pentas untuk mendengar pengumuman penting. Siapa yang tersingkir dan siapa pula yang akan mara ke final MLM 2013. Debaran kian panas apabila Dato’ AC Mizal mengumumkan Nabil, Jambu, Shiro dan Bocey berjaya ke peringkat final. Ini bermakna Sepahtu bakal tersingkir. Tapi, bukan itu yang dijangka. Sepahtu juga mara ke final. Itu bererti kesemua peserta akan berentap minggu hadapan!

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12, tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12, Jambu, Shiro, Nabil, Bocey dan Sepahtu
Sumber: Page Maharaja Lawak

Tahniah diucapkan buat kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Jambu, Shiro, Nabil, Bocey dan Sepahtu all the best semuanya. Siapakah yang bakal merangkul juara MLM 2013 kali ni? Korang rasa siapa???? Mungkinkah Sepahtu? Nabil? Atau Jambu??? Pssst! Jangan lupa tengok final MLM 2013 minggu hadapan. Minggu akhir, Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke-13.

Saksikan minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2013
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

2 comments

banyak org x puas hati ngn nabil

Minggu hadapan pasti berentap dgn lebih sengit lagi...


EmoticonEmoticon