As salam buat rakan pembaca,
Topik yang menarik untuk dikupas. Apa yang aku belajar tentang buat duit dengan
blogging. Setiap hari aku mengupdate blog dengan semangatnya, berkongsi rasa
bersama pembaca. Di samping itu, dengan berblog aku mencorak perancangan meraih
side income. Berblogging bukan hanya untuk suka-suka, tapi memberi keuntungan.
Apa, bagaimana, caranya malah hasilnya juga bakal aku kongsikan bersama pembaca
sekalian.
Proses
membuat duit melalui blogging:
1. Kuasai ilmu,
timba ilmu setiap hari, cari ilmu
Ingin berada
kekal di alam blogging, kita harus mempunyai ilmu. Fahami selok belok dunia
blogging. Membuat blog itu mudah, berapa ratus blog pun kita mampu hasilkan
setiap hari. Tapi bagaimana untuk mengekalkannya di samping memberi pendapatan
lumayan itu cabaran paling sukar! Ketahui teknik SEO untuk mendapat trafik
organik. Pentingnya trafik sesebuah blog kerana dari situ pihak pengiklan akan melanggan
dan membayar kita bagi perkhidmatan medium mempromosikan produk mereka.
Bagi aku
sendiri, cara untuk dapatkan ilmu SEO ialah menerusi pembacaan di internet.
Menerusi buah fikiran dan pengalaman rakan blogger kita. Segala panduan aku
terapkan ke dalam blog. Walaupun prosesnya perlahan, namun ilmu SEO sangat
penting untuk dipelajari. Sering membuat rujukan SEO menerusi blogger ini:
Hasrul Hassan, Denai Hati, Adib Site dan beberapa rakan blogger yang lain. Wokeh! Yang ni yang free. Boleh baca
gitu-gitu je. Takde bayaran. Tapi yang terhangat di pasaran: Teknik
SEO Merah Jambu.
Untuk dapatkan yang ni kena beli la. Banyak ilmu SEO bakal kita perolehi.
Ketahui jenis-jenis
pengiklanan di luar sana. Antaranya Nuffnang, Komli, adsense, program
affiliate, churp churp, 8share, exabytes dan banyak lagi. Baca dan fahami apa
syarat yang perlu dipenuhi untuk menjalinkan kerjasama bersama mereka. Mengapa
pengiklanan ini penting? Kerana dari sini blog kita bakal menjana pendapatan.
Ketahui 30
Senarai Buat Duit Dengan Program Pengiklanan (Advertising Program) dan 101 Platform Syarikat Pengiklanan Blog.
2. Tahu potensi
blog sendiri
Buat kajian mengenai blog sendiri. Lihat
statistik pengunjung. Macam aku, aku selalu refer di akaun Nuffnang bahagian
analytic. Adakah dalam tempoh seminggu/sebulan statistik trafik menurun,
menaik atau terumbang-ambing.
Lihat pada
catatan unique visitors. Inilah yang menjadi sasaran pengiklan. Andai mendapat
trafik yang maintain cantik, alhamdulillah. Seterusnya cari target pengiklanan
yang syaratnya kita telah lepasi.
Macam aku,
unique visitors di blog ialah lebih 400 uv setiap hari. So, kat sini aku dah
layak dapat kempen CPUV Nuffnang (syarat ditetapkan lebih 150 uv setiap hari). Fahami
Cara buat DUIT dengan NUFFNANG. Juga melepasi syarat iklan exabytes yang
mensasarkan 350 uv sehari. Fahami juga cara Buat Duit Dengan Exabytes. Melalui potensi blog disinilah peluang keemasan
untuk kita menjana duit.
3. Usaha yang
konsisten
Tingkatkan
usaha dalam mendapatkan trafik yang cantik. Seperti yang aku maklumkan sebelum
ni, dengan trafiklah kita dibayar oleh pengiklan. Especially kempen CPUV yang
dibayar berdasarkan unique visitors yang datang ke blog kita. Terpilih dalam
kempen ini sesuatu yang menguntungkan! Kerana tidak semua blog itu ditawarkan
kempen CPUV. Hargai peluang keemasan ini dengan Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang.
Boleh rujuk
di sini: 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog yang
ditulis oleh blogger termasyhur Denai Hati. Cara aku meningkatkan trafik pula melalui:
- Blogwalking ke blog rakan-rakan lain
- Join segmen/giveaway/contest
- Anjurkan segmen atau giveaway di blog aku sendiri
- Menjadi penaja hadiah bagi giveaway blog lain
- Ping entry di laman ping
- Promosi entry di facebook, twitter dan sebagainya
Dalam pada itu juga, usaha yang konsisten dalam mengupdate bio blogger di akaun Nuffnang, seterusnya rajin mengupdate survey. Ini bagi membolehkan blog aku menerima kempen CPUV Nuffnang. Semakin kerap hantar survey, semakin cerah blog ditawarkan kempen CPUV. Aku juga sering kali mengaplikasi kaedah ini untuk mendapat kempen CPUV yang berterusan: Tips Dapatkan CPUV dari Nuffnang.
Juga melalui
kempen CPC Nuffnang yang dikira berdasarkan per klik pengunjung. 1 klik
mewakili 25 sen. So, dalam entry aku tu sesekala aku promosi jugak iklan yang
berlegar di blog aku. Sambil menggunakan ayat menggoda jiwa dan raga pengunjung,
untuk timbulkan rasa ingin tahu dan klik iklan tersebut. Dengan cara ni, dapat
la menjana sedikit pendapatan setiap hari. Lihat di sini: Tips Bagaimana CPUV & CPC Nuffnang Memberi Duit Pada Blog.
Malahan
untuk iklan 8share, aku bergiat aktif mempromosikan iklan ditawarkan. Kalau tak
aktif macam mana kita nak dapat income, betul tak? Ayat juga aku ubah sedikit,
agar menarik pembaca untuk klik dan mengetahui isi iklan tersebut. 1 klik iklan
dibayar 20 sen. Jenuh la nak tunggu cukup RM50 baru dapat cash out. Tapi tu la,
macam aku cakap atas tu. Nak cari duit, usaha kena konsisten. Ingin duit 8share
anda beranak-pinak? Ketahui cara Buat Duit Dengan Says.
4. Cari peluang
raih income lumayan!
Untuk
mendapat income lumayan. Kita jangan menunggu. Tapi harus mencari! Kena alert
apa tawaran hot pengiklanan masa kini. Kena sentiasa semak di email. Kerana
dari situ peluang jana wang ditawarkan. Setakat ini, aku pernah ditawarkan
review 2 buah company untuk promosikan produk mereka.
Semak
tawaran kempen blogbuster di akaun Nuffnang. Ketahui cara Jana
income melalui Kempen Blogbuster.
Memandangkan tawaran kempen blogbuster
ni bermusim, kita kena alert pada tawaran tersebut. Kempen ni berlangsung tak
lama. Hanya beberapa minggu sahaja. Apa yang menariknya pasal kempen
blogbuster, kita boleh menjana income mencecah ratusan ringgit! Sini aku
kongsikan pengalaman aku. Kempen blogbuster bulan Julai yang lalu, kempen
Switch 2 U (U Mobile). Tempoh kempen berlangsung 3 minggu sahaja. Pendapatan
diterima untuk kempen ni bernilai:
Kena
perhatikan juga, tempoh expired iklan exabytes. Tempoh beriklan selama 3 bulan.
Andai tempoh telah berakhir, cepat-cepat kita apply semula untuk mendapatkan
bayaran baru untuk pengiklanan semula. Dapatlah memaksimumkan keuntungan hasil
berblogging ni.
Ketahui juga
iklan 8share terbaru melalui email. Rajin-rajinkan diri mencari iklan 8share
terbaru melalui email. Rembat peluang yang ada semaksimumnya. Sebarkan dengan
cepat di wall facebook dan twitter. Income pun cantik je masuk.
Bukan
pengiklanan sahaja yang menawarkan ganjaran wang, malahan melalui penyertaan
diri kita dalam segmen/giveaway/contest yang dianjurkan rakan blogger lain, pun
salah satu cabang memperolehi pendapatan. Hadiah wang tunai tersedia di depan
mata, gunakan peluang ini untuk merebut hadiah wang tunai. Rajinkan diri,
tonjolkan kreativiti diri, insha Allah pasti akan membuahkan hasil.
5. Ganjaran hasil
berblog
Sebagai
pemberi semangat dan galakan buat rakan-rakan sekalian, sini aku share kan
hasil usahaku berblogging.
Nuffnang:
Selesai cash out sebanyak RM585.38
Exabytes:
Menunggu bayaran RM50 buat kali kedua
8share:
Menerima pembayaran RM200 untuk 2 kali
Wang hasil
join segmen/giveaway/contest: Menerima lebih RM500 (wang ini telah aku gunakan
untuk beli modem broadband RM155.50, sim kad Celcom RM12.50, al-quran digital
RM330.00, baki wang ni akan aku guna untuk beli Samsung tablet 2 [7.0] dicampur
dengan wang Nuffnang, 8share dan exabytes nanti.
Itulah
sedikit sebanyak cabang menjana wang yang aku perolehi. Actually, aku juga
masih dalam proses menjana income menerusi Churp Churp dan program affiliate.
Alhamdulillah. Hasil usaha berblogging banyak manfaatnya. Moga perkongsian ini
memberi manfaat buat rakan blogger tersayang semua. Setiap dari kita mempunyai
cara tersendiri berblogging, menjana wang. Moga semuanya sukses dan mencapai
target masing-masing. All the bez for u olls :) Assalamualaikum…
Pssst! Entry special ni join dari blog sabreehussin.com. Berminat untuk join? Meh terjah dengan KLIK SINI.
TAMAT: 15 OKTOBER 2013
5 comments
la sedang mencari idea ke, saya baru plan nak baca
@sabreehihi..dah siap..jemput baca
tahniah anda sudah jadi pemenang ke 3
Entri Terbaru Saya : Theme Blog Premium Yang Diberi Percuma
@mrhanafithanks bebyk
yup..datang menerjah
tahniah kerana berjaya dpt no. 3 utk kontes nih.
EmoticonEmoticon