Anonymous berhenti menggila

Ingat tak Jumaat lepas yang aku membebel pada komen si anonymous. Bayangkan korang. Baru je semalam bahagian spam komen tu aku delete semua. Tup-tup bukak blog tengok komen anonymous di spam, banyak giler! 64 komen! Dah didelete, petang tu ada lagi datang 20 lebih komen spam. Last-last aku ambik tindakan segera. Kasi tutup terus akaun anonymous. So sekarang ni pengomen yang berdaftar (id) sahaja yang boleh komen.


anonymous disekat, custom

Penat jugak nak delete komen anonymous ni. Komen dilontarkan langsung takde berkaitan dengan artikel. Korang pernah dapat komen anonymous? Pernah tak buat terjahan balik? Haha..

27 comments

yes akak pun sama, anonymous telah berhenti menggila... sebab dah set kepada Registered User...

Solution terbaik tapi bila setting registered user, pengguna wordpress dan hosting berbayar xsuka la pulak.

saya memang pakai id jekkk sebab dah tahu benda ni akan jadi. hahaha

Lelah juak mok delete komen spam nak.. hee

waooo.. better mcm tu kn.. buat keja jaa nak delete anonymous tuu.. ^^

nasib baik awal da fae setkan setting for registered users je :D

yan pown pena kena dgn anonymous ni.. Bukan main lagi diorg kutuk cakap yan bukan-bukan.. Kalau dpt terjah siapa memang yan kasi rendam tgn dia dlm cili.. Now baru nak kena set pd user id je lah..

Asalkan pengomen tersebut baik tak kiralah anon atau tidak saya tak kisah :)

Assalamualaikum dan salam singgah petang Isnin dik Yumida...akak tak reti ni pasal komen dari Anonymous...tapi akak pakai jgk Registered Users..

Pernahh gak dapat.. Sekarang ni dah takde dah.,. Haha..

Tak pernah dapat.. Better privacy kan ..

bahaya juge camtu yer..better register id untuk lebih safety

kmk dah lamak setting camya.. dlok bnyk juak dpt komen dlm spam..

baru 2 minggu je pakai akaun open, tapi x tahan dgn komen anonymous..yg komen omputeh tu..langsung xde kena mengena..takut terkena spam link malware..bila dah buat gini..org lain lak x dpt komen

Dkt blog Muz pon bnyk gak skrg ni tp takde la sampai puluh2 mcm Yumida..Huhu

Tiey pum setting camtu jgak sebab xmau strangers komen sebab xdpat nak trace diorang.

betul.. marah juga apabila komennya tiada kaitan dengan apa yang kita post

tak pernah dapat komen anonymous sebab saya setting registered users only since dari 2008 smp sekarang

Solehah mmg xbenarkan anonymous komen. cme yg registered je solehah benarkan.

Saya belum tukar lagi. Belum ada lagi yang gila macam tu. =)

ZH Blogger

yaehhh..tiada lagi Anonymous menganas !!

deqla mmg dah lama set camni... xde lah si anon tu dpt komen lagi..haha.. padan muka dia.. :p


EmoticonEmoticon