Yeo’s pilihan hatiku

Jenama Yeo’s sudah tidak asing dalam diri Yumida. Kebanyakkan barangan dapur sama ada minuman atau makanan, tertera Yeo’s pada label pembungkusan. Mengapa harus Yeo’s? Jenama lain tak berkenan ke? Bukan tak berkenan, Yeo’s dah sebati dalam diri ini bermula dari generasi turun temurun dari ayah dan emak.

Melalui pengalaman Yumida sendiri, produk Yeo’s menampilkan bahan mentah berkualiti, bersih, halal! Sememangnya rasa berpuas hati dengan penggunaan produk Yeo’s. Sentiasa memberikan mutu terbaik kepada pelanggan mereka, haaa macam Yumida ni la. Jom selongkar diari Yumida bersama Yeo’s.

-ZAMAN SEKOLAH RENDAH-

Air soya Yeo’s penghilang dahaga dan pemberi tenaga! Rasanya bukan sahaja sedap, malahan mengandungi khasiat. Air soya Yeo’s diperkaya dengan susu soya dan berasaskan kualiti soya yang tinggi. Ia mengandungi rendah lemak, tiada perisa tambahan, tiada tambahan warna dan juga tidak mengandungi kolestrol. Mengamalkan minum air soya Yeo’s, ianya membantu Yumida dari segi perkembangan otak, melambatkan penuaan, mempertingkatkan kadar metabolisme dan membantu mengawal berat badan.

Yeo’s pilihan hatiku, soy bean milk

Susu kacang soya jugalah peneman ketika Yumida mewakili sekolah untuk pertandingan sukan. Pecut 100 meter, larian berganti-ganti dan marathon. Yumida juga pernah menjulang kejayaan mendapat tempat ke-3 bagi acara pecut 100 meter. Juga mendapat tempat ke-2 bagi pertandingan badminton. Yumida sememangnya aktif bersukan. Berbekalkan susu kacang soya, Yeo's pilihan hatiku memberikan Yumida energi dalam bersukan.

Penyertaan larian wawasan (marathon) sejauh 2 km

Susu kacang soya juga menjadi peneman Yumida tatkala menjalani latihan nasyid. Setiap tahun Yumida terpilih bagi mengikuti pertandingan nasyid. Bermula di darjah 3, 4, 5 dan 6. Menjalani latihan nasyid begitu meletihkan, bayangkan selesai sahaja habis waktu sekolah, Yumida dan rakan-rakan terus berlatih nasyid selama 1 jam setengah. Rakan-rakan lain mengadu lapar, mengantuk, lesu.. Berbekalkan air soya Yeo’s, ianya memberi tenaga buat Yumida. Membasahi tekak yang kering kontang, memberi lontaran vokal yang tinggi dan lantang.

Susu kacang soya juga peneman ketika Yumida bersahur dan berbuka puasa di bulan Ramadhan. Ianya membekalkan protein buat tubuh badan Yumida. Walaupun badan lesu di bulan puasa, namun protein yang disalurkan memberikan Yumida energi sepanjang hari. Kes tak sempat bersahur! Tak sempat minum air soya - badan rasa lemah, letih, tak bermaya..lebih-lebih di dalam kelas, asyik lemah gemalai je. Tu la, siapa suruh lambat bangun! Huhuhu.. Susu kacang soya kini diperbaharui dengan perisa terbaru seperti air soya bandung, air soya jagung dan air soya kacang hitam. Banyak variasi! Yang pastinya semuanya Yumida suka! Sedap!

-ZAMAN SEKOLAH MENENGAH-

Sekolah menengah, Yumida tinggal di asrama. Ada kalanya 2-3 minggu baru balik. Ayah selalu melawat Yumida ke asrama, membawa buah tangan. Apa lagi..air kotak soya lah! Sampai berkotak-kotak ayah bawa. Banyak! Sebab ayah tahu anak dia ni peminat air soya Yeo’s. Khasiat yang terkandung dalam air soya membantu Yumida dari segi perkembangan otak. Kelebihan yang terdapat dalam susu soya dan protein soya memberikan Yumida nutrisi yang mencukupi, memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas. Mudah faham dengan cepat apa yang guru ajar. Mempunyai daya tumpuan yang baik dan daya ingatan yang kuat.

Yumida juga menerima anugerah ‘Rakan Nilam’ kerana mempunyai rekod yang baik di pusat sumber. Keaktifan Yumida ke perpustakaan melayakkan Yumida menerima anugerah tersebut. Bayangkan, anugerah tu hanya diberi buat 10 pelajar seluruh tingkatan 5. Yumida salah seorangnya. Hihi.. Rakan-rakan kata mereka penat, tak kesampaian nak mengulangkaji dan membuat pinjaman di pusat sumber. Alhamdulillah, khasiat yang disalurkan melalui air soya memberi Yumida tenaga berulang alik ke perpustakaan.

Penganugerahan Rakan NILAM [Program Nadi Ilmu Amalan Membaca]

Setiap tahun Yumida sertai perkhemahan unit beruniform. Seronok! Sebab berkhemah di luar kawasan sekolah, persekitaran hutan. Sebelum sesi perkhemahan, Yumida menyediakan bekalan diperlukan. Apa lagi, kena bekal air soya yang mencukupi. Al maklum la, bila berkhemah ni, air sangat diperlukan. Dah semua sibuk dengan khemah dan pelbagai aktiviti, pengurusan air tak terjaga. Jadi, dengan adanya air kotak soya ni, membekalkan keperluan nutrisi badan yang mencukupi. Memberi tenaga untuk membina tapak khemah, menyertai sukaneka perkhemahan unit beruniform. Ianya juga menjimatkan masa kumpulan kami. Tak perlu nak angkut air dari sungai, masak air, bancuh air, nak tunggu air tu sejuk baru minum. Kumpulan kami sentiasa awal bersiap sedia, tak kena hukum macam kumpulan lain yang lambat. Hmmm..kenangan manis!

-ZAMAN UNIVERSITI-

Yeo’s pilihan hatiku

Awal kemasukkan ke UMS, semua mahasiswa/mahasiswi diwajibkan sertai program ODEC iaitu outdoor program. Yang latihan ala-ala PLKN tu. Buat climbing wall, high ropes, water activity, jungle navigation dan banyak lagi. Macam-macam aktiviti lasak. 2 minggu sebelum ODEC, Yumida buat persediaan. Beli air isotonik. Lama juga memilih di pasar raya, banyak jenama, banyak perisa. Tetibe Yumida terpandang ‘isotonik Yeo’s H-TWO-0’, terus Yumida rembat! Air isotonik ni penting sebab apabila kita melakukan aktiviti sukan, badan kita akan mengeluarkan banyak peluh, dan ianya perlu dineutralkan semula bagi mengelakkan badan kita terhidrasi. Atau dalam bahasa mudah, untuk elak kekeringan air dalam badan. Haa…dengan air isotonik Yeo’s H-TWO-0 ni, Yumida bebas berolahraga tanpa bimbang akan terhidrasi.

Penyertaan Out-Door Development Centre (ODEC)


Yeo’s pilihan hatiku, grape yogurt, yogurt

Tahun ke-3, tahun terakhir Yumida di UMS. Masa tu berat badan Yumida mendadak naik! Bayangkan sebelum masuk ‘U’ berat badan asal 65 kg, tetibe di tahun akhir dah macam donut dah. Berat mencecah 82 kg. Rasa risau, gelisah, hilang keyakinan, malu. Bila memikirkan Yumida bakal menempuh alam pekerjaan, berdepan temuduga..risau bertambah ganda. Then, Yumida ambik tindakan drastik menjaga pemakanan, berjoging setiap petang. Pada masa yang sama, Yumida amalkan minuman yogurt dan baked beans. 

Yeo’s pilihan hatiku, kacang panggang


Kawan-kawan rekemen yogurt bagus untuk berdiet, baked beans pulak sebagai pengganti nasi. Rendah lemak. Yumida disiplinkan diri sendiri untuk capai target kurus. Ambik masa la jugak. Alhamdulillah..memang mendatangkan hasil. 8 bulan selepas tu berat badan Yumida turun ke 70 kg. Sehingga sekarang, masih lagi mengamalkan program diet.

-ALAM DEWASA-

Yeo’s pilihan hatiku, juice drinking

Haaa..selain suka akan air soya, Yumida juga suka akan jus pink guava Yeo’s. Sedap! Walaupun ditinkan, jus pink guava masih terasa! Rasa macam minum di kedai makan. Lebih senang lagi apabila kita boleh bawa pink guava ni ke mana-mana. Sebab apa? Sebab jus pink guava ni dijual dalam bentuk pengetinan. Boleh letak dalam kereta, atas meja, dalam beg dan sebagainya. Dengan minuman berjus pink guava, ia mempercantikkan kulit Yumida. Nak tahu pasal apa? Sebab jus pink guava ni membekalkan 10 kali ganda vitamin C! Yumida selalu bekal jus pink guava ni ketika menghadiri mesyuarat, kursus atau seminar.

Yeo’s pilihan hatiku, teh ais limau

Yeo’s PET Bottle peneman setia Yumida semasa berjalan jauh. Pernahkah kita terfikir semasa berjalan jauh, kita inginkan minuman yang mudah disimpan dalam kenderaan. Sama ada dalam kereta, van, bas atau kapal terbang. Nak beli minuman tin, tapi takut tak dihabiskan. Macam mana nak simpan, takut tertumpah. Nak beli minuman kotak, leceh sebab perlu beli yang ada penutup. Kalau yang pakai cucuk straw pasti mengundang kehadiran semut.

Perjalanan Yumida balik dari Mukah ke Kuching mengambil masa selama 11 jam dalam kenderaan. Kalau menaiki kapal terbang memakan masa 1 jam 10 minit. Kini, Yumida tak perlu risau nak beli minuman tin atau minuman kotak, sebab Yumida pilih Yeo’s PET Bottle.  Menampilkan produk PET Bottle sebagai minuman botol yang segar dan semulajadi! Kalau dalam kapal terbang Yumida akan bawa Yeo’s PET Bottle berisi 350ml. Tapi kalau dalam kereta sendiri Yumida akan bawa saiz yang besar 1.5 liter. Nak minum senang, boleh dibuka, boleh ditutup, senang untuk disimpan. Teh ais limau pilihan Yumida. Memberi kesegaran sepanjang perjalanan.

Yeo’s pilihan hatiku, tong nam

Kicap pekat Tong Nam Yeo’s sangat popular di Sarawak dan ia digunakan oleh keluarga Yumida semenjak dahulu lagi. Kualiti kicapnya pekat, sedap, enak dan lazat. Dengan kicap Tong Nam, Yumida selalu makan bersama nasi kosong, dicampurkan ke dalam bubur, juga digunakan sebagai perisa tambahan dalam penyediaan masakan. Contohnya untuk memerap ayam, menggoreng mi, untuk masakan hitam dan sambal kicap. Sedap! Memandangkan kicap Tong Nam ni pekat, kuantiti kita gunakan sedikit. Memang jimat sebab boleh dipakai dalam tempoh yang lama.

Malahan kicap Tong Nam popular digunakan untuk kenduri besar-besaran. Macam kenduri kahwin abang Yumida hari tu, 2-3 gelen kicap Tong Nam dibeli. Bagi Yumida, kicap Tong Nam menambah kesedapan masakan di samping mengekalkan kualiti rasa bahan mentah. Itu yang penting! Kicap Tong Nam sememangnya bermutu tinggi!


Video - Susu kacang soya Yeo’s
Nak tengok kat Youtube? KLIK SINI

Saranan untuk membangunkan produk Yeo’s:
Hasilkan produk minuman berasaskan buah-buahan tempatan seperti rambutan, nanas, mangga dan tembikai susu. Pengetinan jus segar! Yang mana bahan mentahnya mudah diperoleh, kesemuanya mengandungi khasiat yang tinggi! Paling penting, ianya perisa kegemaran orang ramai. Mudah dipasarkan.

Memandangkan produk Yeo’s terkenal dengan susu kacang soyanya. Yumida cadangkan bangunkan vitamin tambahan dengan supplement: energizing soy protein. Mungkin untuk 10-15 tahun akan datang. Jenama Yeo’s pun sudah cukup kukuh di Asia dan luar negara. Dengan kajian dan penyelidikan, tak mustahil Yeo’s boleh menjadi pengeluar supplement bagi produk energizing soy protein, yang berasaskan kacang soya yang berkualiti tinggi.


Video - Membesar bersama Yeo’s
Nak tengok kat Youtube? KLIK SINI

Haaa…itulah diari Yumida bersama produk Yeo’s. Yeo’s pilihan hati Yumida, pilihan keluarga, pilihan orang ramai! Yeo’s dah sebati dalam kehidupan Yumida. Jom berkenalan dengan syarikat Yeo’s. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau lebih dikenali sebagai Yeo's merupakan syarikat berasaskan produk makanan dan minuman. Jenama Yeo’s sangat terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Slogan ‘Pilihan Semulajadi’ begitu berkesan, yang mana rata-rata jenama Yeo’s menjadi pilihan orang ramai. Yeo’s menghasilkan produk yang bermutu tinggi, mementingkan kesegaran, bahan semulajadi, khasiat dan menekankan rasa yang lazat di samping baik untuk kesihatan orang ramai. Sebab itulah Yeo’s sentiasa nombor satu di hati Yumida!

Hebahan buat semua rakan blogger, sertai majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014  yang diadakan pada 8 Mac bertempat Saloma Bistro. Untuk menyertai bersama - klik banner di bawah untuk pendaftaran.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Ikuti perkembangan  Yeo's Malaysia melalui  Facebook,  Twitter,  Google+,  Instagram dan YouTube.

yeos-minicontest-468x60

Pastinya rakan blogger juga pernah merasai keenakan produk Yeo’s. Sedap! Terbaik! Memuaskan hati! Berkualiti! Berkhasiat! Halal! Jom sama-sama kita SHARE kisah ini di facebook dan klik button Google+ pada artikel ini. Terima kasih.

169 comments

yg air soya tu memang sedap xD selalu jugak beli soya jenama yeos

tengah cari idea nak buat contest ni. Jemputlah datang ke blog akak yer..ada kejutan

feveret teh hijau dan teh kundur. :)

kerang tu nampak cam biasa , tapi bila dah kena review dengan sis Yumida,wajib cuba ! :'D

Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Yumida...suka minuman soya ni...apa jenama pun Diana suka yang penting Soya...hehe..

soya terbaik entri ini

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

Ya!...produk Yeo's bagaikan sudah sinonim dengan kehidupan kita dari generasi ke generasi.
Semoga berjaya Yumida...support anda! :)

air soya yeos wajib ada dalam peti sejuk :)

kerang dalam tin?
first time dengar,camne ea agak2 rasa dia tu,hermm~
Btw,saya pun suka soya jugak (>-<)

air soya sangat sedap. tapi tak boleh minum selalu. tak elok. huhu

#hana dah tukar url. visit ASHA HANA :)

kicap ya ng xpat tinggal.. hehe

sudah minum ini hari, esok minum lagi^^....

good luck^^)

Suka soya jagung.sedap lak kerang tu sis.

produk yeos ni memang terbaik, pilihan turun temurun..

Assalamualaikum, produk yang telah lama dipasaran. yeos Penaja utama SBB ke?

Memang sedap2 produk yeo' ni

selamat berjaya yer =)

aah yeo's penaja utama majlis SBB

Pencarian Sponsor http://babysiiwan.blogspot.com/2014/02/pencarian-sponsor-untuk-giveaway.html

air soya 2 yg sllu bli...sdp :)
btw follow sini.follower #3831.slmt b'hjng mggu

http://izzah-norlizah.blogspot.com/

baru nak tanya..ingat yumida pegi SBB2014

I like Yeo's Chrysanthemum drink!

bagus laa Yeo's buat program macam nie..blogger2 macam kita kadang2 memang memerlukan syarikat2 koprat macam Yeo's ini untuk membantu aktiviti blogger...hehe

Regards,
-Strider-

minum Yeo's masa panas-panas camni..best (Y) tahniah sis Yumida

waaaahhhh... kena beli yeos lah lepas ni sebagai pilihan...

Nak sangat pergi tapi time tu ada kat Miri lah. Kalau ada geng turun dari Miri boleh lah hehe

Yeos pilihan kita jugak..Good luck yumida...

Assalammualaikum,..yumida,

wahh.. bagus gak join segmen yeos nie.. yeos jenama yng tak asing lagi kan..

mselim3

Assalamualaikum yanggg, semoga berjaya dan murah rezeki ya. sheila suka minum susu yeos. sodappp (",)

air soya n teh bunga fav kalo produk yeos ni... selalu beli kotak yg besar minum sambil2 buat kerja :D

Assalamualaikum Yumida

saya pun suka prodak Yeos

akak suka minum air soya yeos.. segar je rasanya.. semoga perjaya dalam contest ini yumida.. menabung nivea.. :D

banyak lagi rupanya produk yeos ni kan..favourite sekali soya :)

Wow.. mcm best je kerang tu.. rasa nak cuba lah.. yeos mmg feveret saya terutamanya air teh bunga & soya.. all the best Yumida.. :)

a ah..lya setuju..\oernah beli sardin yeos masa banjir bru2 ni..mmg x diakui..sardin dia mmg sdp..

soya yeos tu pon mmg sedap

yeos mmg sedap..
makanan dlm tin sedap..
and air pun sedap.. i very like

kreatifnya entri ni! in shaa Allah boleh berjaya ni. hehehehe

Yeos minuman anak2 Fuza terutamannya SOYA. fresh

teringin jugak nak pergi. tapi jauh. dah la duduk kat pedalaman ni. hihi.. dgn beronline je jd pengantara. memang bertuah rakan blogger yg dpt sertai majlis SBB tu.

hihi..tengkiu..
yumida pun peminat yeo's
klo berbula puasa bulan ramadhan, air soya mesti ada

Serius sangat kreatif dengan kartun tu..Terror juga yumida buat kartun ya...

Soya yeo's memang fav akak dari dulu sampai skrg.. tak nak dh yg soya lain.. =D
Btw go luck yer yumida..

Jarang sangat nak jumpa KICAP tu.... mee CINTAN pun dah kurang promosi skang - mungkin diorang fokus pada minuman je kan

wah siap ada doodle sebagai modelnya , menarik entry nih...ada chance monang nih...!!!

PM sudah SHARE G+ ya...=)

assalamualaikum yumida...semoga berjaya yer...:)

semua kerana yeos yeah...sedap sangatkan

Teh ais limau tu memang terbaik.. Beli jenama lain tk berapa sedap.. ade yg terlampau masam.. huhu//

soya jugk menjadi pilihan hati. hehehe

:)

Done klik for you.. Good luck...

Nice introduction on Yeo's Products!

Hoho... never try kicap pekat yeos tuh...

All d best n gd luck sweety

yeo's memang terbaik

good luck tau yumida
saya dah tekan apa2 yang patut. hehe :)

ada chance nak menang ni.good luck yumida :)

soya cincau sedap.. dasyat la cara penulisan yumida.. kagum betul fiza...

gudluck sis!confirm menang ni..amin:)

comel doddle bersama produk Yeos..Good Luck yer. Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.

All the best yumida...banyak info...ada kicap soya kat sana yea....kat sini mungkin akak tak perasan....paling suka teh bunga dan air kundur sungguh menyegarkan...

Zumal rasa Yumida boleh menang nie ;) entri hebat!!!

Hebat-hebat daripada alam kandungan hingga ke dewasa (kini) produk Yeo's sebagai teman makan dan minum. Itulah dia kehebatan produk ini. Siap dengan video klip lagi. Amat meanrik sekali. Semoga berjaya.

Terbaik entry ni... cayalahhh !! :D

sama la..soyanya terasa..sedang2 je rasa manisnya

yey...dpt special dari akak...makasih :)
dah jengah kontes yeo's akak..terbaik..suka resepi tu..menyelerakan!

yumida suka air soya, teh, jambu batu, kelapa..hmm yummeh! menyegarkan!

haha.. rajin nya edit gambar.. letups model tu.. :) licha suka soya cincau

kikiki..tergoda la tuuuuuuuu
sedap kan bila mkn dgn nasi panas!

sama la yumida pun peminat soya...tapi soya yeo's ni unik sikit, ada kepepekatan soya dlm airnya, manisnya sedang2...terbaik!

sokong..hihi..amalkan peminuman soya! baik untuk kesihatan :)

yup sama! kita geng! hihi
sedap kacang panggangnya...letak dlm burger, dlm sandwich, dalam omelette..yummy!

tu la kan BM..dah sebati dalam kehidupan..dari generasi ke generasi...turun temurun
lagipun ianya terkenal sebab berkualiti, halal..semestinya yeo's..pilihan bijak pengguna..ehem2 yumida la tu..kikiki

yup..sama la..setiap kali keluar mesti rembat 3-4 minuman/makanan yeo's. memuaskan hati..

kari kerang..pernah dengarkan? sedap.. cer try beli nanti
kita baby soya..yeyyyyy

tak elok? first time dengar. tengok dalam kajian dia, soya bagus untuk kesihatan kita. cuma kurang digalakkan untuk membuat air soya sendiri, takut tanpa disedari ianya tercemar. effect pd kesihatan kita, itu yg yumida pernah baca. kalau dari segi pengetinan, ianya terjamin bersih dan menyihatkan. wallahua'lam.

aok sama la. kicap tong nam tok pemes kat sarawak jak. rasanya kat semenanjung xda kali. sidaknya pun x tauk gilak kicap tong nam tok. pekat..nang jimat jak mun dipakei.

yup..minum hari2. minuman yg menyegarkan! kan kannnn

yup! kalau demam kan, cincau ni bagus untuk redakan panas dlm badan.org cina selalu minum cincau bila demam.
bulan puasa lak, juz campo dlm air soya n letak ais. perghhhh sedap kak!

aah sama. yg soya jagung tu sedap! beznye kalau dpt layan saat gini. kerang kari pun sedap. dimakan bersama nasi panas.

betul tu..sokong sangat kat akak! turun temurun..dari generasi ke generasi

sama la..kita geng! lagipun air soya sgt berkhasiat!

terima kasih. semua sedap! sebab tu ianya produk turun temurun. produk yg dipercayai dari segi kualitinya.

hihi...yeo's kini dimiliki 2 hati..yumida n jamian

moga mendapat tajaan yg ramai. all d bez. thanks sudi singgah :)

sama la. soya sgt berkhasiat n menyegarkan. kalau keluar mesti pilih soya yeos. makasih sudi singgah n follow. salam perkenalan.

yup! sokong sgt dengan adib. ianya terbaik berbanding brand lain. dari segi kualiti soyanya, rasanya, manis pun sedang2 je.

teh diminum ketika cuaca panas memang bez! menghilangkan kelesuan. menyegarkan! like yeo's tea.

aah sokong sgt dgn strider. pd masa yg sama brand yeo's dpt diperluas n diperkukuhkan lagi. sekarang ni bukan sahaja yeo's jd penaja, malahan ada lagi penaja tambahan lain. alhamdulillah. mereka memang sporting n baik hati. klo x silap penaja dr ephyra, yg 1 lg tu lupa namanya.

yup sokong! coz minuman yeo's tu menyegarkan! terbaikkkkkkk!

aah itu suatu kemestian...hihi. rasai kehebatan yeo's. meneroka alam kerongkong. menyegarkan!!!!!!!

tu la...teringin jugak nak pergi...sure heboh n meriah. boleh berkenalan dgn blogger hebat, timba ilmu walaupun tempoh singkat. yg beznya ada cabutan bertuah. hadiah awesome. seronok sgt...tapi tak dpt pergi..yumida lagi jauh. kat kawasan pedalaman ni. nak kena ambik 2 flight baru sampai.

wsalam mselim. aah yeos sgt pemes n popular. bukan kat malaysia je, kat asia n luar negara sekali. sangat terkenal!

yup sokong sgt! sangat2 bez! yeo's terbaik!

aah sama dgn kak ina. yeo's sentiasa menjadi pilihan yumida

sama la...soya terbaik! teh mengarkan tatkala diminum ketika cuaca panas. klo pergi market sure rembat 2 kotak besar air soya. sedap!

wsalam atuk. yup! kita sama atuk :) semestinya jatuh cinta dgn yeo's

yey..makasih sis aiza :) aah yumida pun peminat soya yeo's. terbaik dari kualitinya.

yup kita sama!! soya yeo's terbaik

yup sama dgn yumida. suka akan soya. sedap airnya.

cer try pastu mkn dgn nasi panas. terbaik! sama la yumida pun suka teh dgn soya. pendek kata semua produknya sedap2 la.

aah sardin dia menyelerakan. time banjir apa2 makanan pun dirasakan sedap. hihi.. yup yumida pun suka soya yeo's. menyihatkan.

yup makanan n minuman yeo's semuanya sedap. tetibe telan air liur. kes lapar dah ni, teringat air soya, jambu batu, kari kerang..kacang panggang...yummeh!

aah soya sgt menyegarkan n memberi tenaga kan kak...

kikiki...makasih. belajar lukis kat youtube since 2012. pakai excel je. kalau pakai adobe photoshop lagi bagus coz hasilnya aewsome. tapi yumida x reti pakai software tu. huhu... alhamdulillah, berkat ingin belajar. terhasillah doodle di atas. hihi. haish..tetibe malu...makasih abg eyriqaz sudi support artikel yumida. abg eyriqaz blogger otai yg low profile n peramah :)

sama la kak. soya dari yeo's memang terbaik. berkhasiat! makasih atas kata2 sokongan akak :)

mi cintan tu sejak azali lagi ada. kenyal mi nya compare dgn mi lain yumida prefer mi cintan. cuma kengkadang selalu tengok kat supermarket cepat habis. alahai..x sempat nak rembat..

kicap tu pulak popular kat swak..kat semenanjung x pasti ada x dijual.

doodle comei lote..thanks atas klik g+ nya. done jugak support artikel papa mifz. terbaik.. yg percutian tu kan..nice!

thanks cik lily atas kata2 sokongan. ho yeah!

wsalam mama mz. makasih atas doa di atas :)

makasih encik hariz! sure jatuh cinta dgn doodle..

aok eh bena kata ktk..yeo's nang terbaik! berkualiti! bermutu tinggi!

yup! sanagt sokong..terbaik kan kan

yup sgt sokong. yumida pernah merasai pengalam mcm hana. ada yg over masam. kurang suka. yeo's sedang2 je rasanya.

menarik..tertarik..meh pilih yeo's

yup sangat setuju! yeo's memberi kepuasan buat kita. soyanya sedap n menyihatkan.

thanks akak yg sporting. moga akak dimurahkan rezeki :)

thanks for supporting me :) yup! yeo's the lagend brand!

yup...sharing benefit yeo's product for all :)

yup sokong zumal! yeo's forever di hati.

kicap tong nam kebiasaannya famous di sarawak. kat semenanjung x pasti ada x di market kan. thanks support yumida :)

yup sokong sgt. yeo's terbaik! makasih boni kacak. yumida pun dah klik g+ boni. kreatif video boni. lagu dia bez. boleh peminat mintak autograph? hehe

thanks atas kata2 sokong dri farisya. semua peserta hebat2 belaka. memasing dgn idea kreatif. yumida pun x pasti..inshaAllah..sama2 kita doakan. moga yumida de rezeki. aamiin.

yup yumida pun suka cincau campur ngan soya..terbaik!

ramai peserta hebat2 belaka. yumida pun x pasti. apa2 pun doakan untuk kejayaan yumida. insha Allah,jika ada rezeki. aamiin.

hihi..comel kan kannn. thanks sudi klik g+yumida :)

makasih kak sukma. yup yumid apun minat teh yeo's. segar bila diminum ketika cuaca panas.

aah. membesar bersama yeo's. dari kecik sampai k besar. olwes yeo's. all d bez jugak buat saudara kamil.

sama la yumida pun suka soya+cincau. bez utk berbuka di bulan puasa. yeo's pilihan terbaik kan kannnn

makasih atas kata2 sokongan dari zumal. moga sama2 kita berjaya. insha Allah...

Patutla macam kenal jer sijil ODEC tu.. Rupanya ex student UMS gak ye.. Hehehe.. Kos apa ekk dulu sis? =)

jenama soya mmg sedap... nak tanya boleh tak?? hari tu yumida ada komplen entry yang di post xkeluar kat feed kan.. so how now??dah setel ke?? nak tahu setel macam mana.. naniey punya makin teruk.. dah beberapa hari update blog tapi xkeluar kat feed...

aah soya memang terbaik! penuh berkhasiat!
yg pasal masalah feed tu. x tahu solusinya mcm mana. dulu, yumida biarkan je. lepas beberapa hari, dah ok dah.

mcm kenal je..macam pernah tgk je sijil tu. kan kan
kos business

thanks acik..
all d bez utk msmw 2014 acik..msmw bagus utk penjenamaan blog

ohh akak UMS ehh duluuuuu , jumpa kt SBB nanti :)

aah...ex student...
SBB x dpt join..jauh..kat pedalaman ni..teringin gak nak join..tgk yg lain join, cam meriah je, macam havoc je..apakan daya...huhu
oh ya..maybe time tu yumida cuti..sefamily ke indonesia..jln2 mkn angin
jarang dpt keluar jauh ni, sekali keluar tu haa ke negara seberang..hihi
segmen yeo's ni org kata open, tu la yumida sibuk join jugak..hihi

thanks nur atas kata2 sokongannya
nur memang sporting! semua entry yumida nur komen. terbaik! blogger peramah :)

smoga ada peluang yg cerah. good luck sis :-)
xdpt nk join sbb dh tutup.huhu

ppsstt: sgt cntik itu doddle :D

makasih kak support yumida. insha Allah kalau ade rezeki. aah kontes ni ditutup awal hari tu 11hb kot kalau tak silap. hihi..doodle itu tersipu-sipu malu..ada org puji katanya :)

semoga berjaya Umi =)
Yana dtg dr contest yg sama ..Hehe..

http://www.yanasakura.my/2014/02/yeos-pilihan-semulajadiku.html

Oh ya..Yana dah tekan G+ kat artikel nie =)


EmoticonEmoticon