KLIK BANNER UTK JOIN
Melihat
pada hukum menutup aurat bagi wanita beragama Islam, adalah wajib hukumnya!
Sebagai mana terkandung dalam firman Allah Taala.
“Wahai Nabi, katakan kepada
isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang
mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.”
(surah
Al-Ahzab: ayat 59)
Hijab, selain
tujuannya menutup aurat, ada hikmah tersembunyi yang mana kurang disedari oleh
masyarakat. Nak tahu? Jom kita kupas kepentingan
hijab buat wanita.
Sesiapa yang
menggunakan hijab, pasti menyedari dirinya sedang berpakaian muslimah. Pakaian
indah menepati syariat Islam. Dengan ini, si pemakai hijab akan berusaha mengelakkan diri dari terjebak dengan
perkara maksiat atau kejahatan. Tidak memeras ugut, tidak mencuri,
terhindar dari gejala bohsia, terhindar dari vendalisma, gangster dan
sebagainya.
Berhijab,
menutup keseluruhan bahagian badan dan kepala. Pakaian longgar, baju berlengan
panjang hingga ke pergelangan tangan, seluar longgar, berstoking, mengenakan
tudung sehingga menutupi bahagian dada. Berpakaian sebegini tidak menimbulkan perasaan berahi di
kalangan lelaki. Sebelum ini, sering kita terdengar berita kes rogol yang mana
mangsanya sering berpakaian seksi. See, banyak hikmahnya bila kita berhijab.
Seseorang
yang berhijab, sentiasa menjaga
kehormatan sebagai seorang wanita. Ini kerana kerana nilai dan harga diri
seseorang wanita itu adalah pada kehormatan dan maruahnya. Jadilah muslimah
super, khalifah Allah di muka bumi yang sentiasa taat pada suruhanNya dan tidak
mempamerkan auratnya pada pandangan umum.
Berhijab mempamerkan akidah sebagai seorang wanita
beragama Islam. Orang yang memandang seseorang yang mengenakan hijab di
kepalanya, membuatkan mereka berfikir akan cahaya Islam, kebenaran Islam, patuh
pada agama Islam, akan tuhan yang satu..Allah Yang Maha Esa. Di samping itu, ia memperlihatkan akan
keindahan Islam melalui tingkah laku yang baik dengan menampilkan diri sebagai
seorang muslimah sejati.
Hijab memberi ketenangan buat si pemakainya. Muslimah yang mengenakan
hijab, akan merasa tenang, rasa rendah diri, menzahirkan peribadi yang mulia.
Berlainan dengan mereka yang suka mendedah aurat, risau akan perkembangan
fesyen, takut-takut fesyen yang digunakan ketinggalan zaman. Juga berhabis duit
dengan mendandan rambut, membeli pakaian baru. Muslimah berhijab hanya sentiasa
menjaga penampilan diri, agar pakaiannya menepati syariat Islam. Tenang kerana
mereka tahu, Allah sentiasa bersama mereka. Terpancar nur di sebalik wajah
mereka, menghiasi penampilan diri dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
SubhanAllah..
HADIAH DIMINATI:
Novel Single Unavailable berserta autograf penulis
TAMAT: 01/02/2014
2 comments
semoga berjaya yumida.. :)
tahniah ye sis... :)
EmoticonEmoticon