Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 4

Sebelum ini:

Apabila Syaf memasuki rumah Puan Sri, Syaf terkejut melihat bunga bertaburan di atas lantai. Syaf segera mengutip bunga dan memasukkan bunga tersebut ke dalam kotak.

Playboy Itu Suami Aku episode 4, Gambar Playboy Itu Suami Aku, pelakon Playboy Itu Suami Aku, drama tv3 Playboy Itu Suami Aku
  
Afina bersembunyi di dalam van. Afina risau jika bertembung dengan King Adrian. Syaf membebel apbila Afina menjatuhkan bunga dan membiarkan bunga bersepah di rumah Puan Sri.


Afina meninjau-ninjau di dalam rumah, Afina kagum melihat kemewahan rumah Puan Sri. Pada masa yang sama, Syaf sibuk menggubah bunga.


Mama berjumpa Fisya bertanyakan sebab mengapa Fisya sering keluar malam, mabuk dan bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Puan Azizah menasihati anaknya agar tidak hanyut dengan dunia. Fisya berpura-pura menangis. Berlakon untuk mendapatkan simpati dari mamanya.


Semasa Afina keluar dari toilet. Afina terkejut melihat King Adrian sedang turun tangga. Afina tertanya-tanya sebab kehadiran King Adrian di dalam rumah itu. Afina menyembunyikan dirinya di dalam toilet. Gara-gara tidak mahu dirinya diketahui oleh King Adrian.



Kecoh jadinya apabila King Adrian setia menunggu di luar toilet semata-mata untuk menggunakan toilet tersebut. Afina cemas apabila orang gaji Puan Sri iaitu Mak Chom mengetuk pintu toilet  meminta Afina untuk keluar.

Sebaik melihat tiada kelibat King Adrian di luar toilet. Afina berlari mendapatkan Syaf. Afina hampir-hampir berlanggar dengan Puan Sri. Melihat sikap tegas dan cerewet Puan Sri, Afina menjadi cuak!


Afina lega apabila melihat tiada King Adrian di sekeliling. Tanpa Afina ketahui, King Adrian telah berada di belakang Afina. Afina gabra. King Adrian menggugut Afina dan masih menyimpan dendam apabila Afina pernah menamparnya di majlis birthday Fisya.



Di rumah, Fisya curi-curi untuk keluar. Namun dirinya terkantoi apabila misi keluar malamnya diketahui oleh mama. Mama memerli Fisya yang kononnya nak berubah. Fisya sentiasa mencipta alasan agar dirinya boleh keluar.


Afina meminta keizinan daripada Puan Sri untuk tumpang solat Zuhur di rumahnya. Afina risau jika dia terlepas waktu solat. Puan Sri membenarkan.


Puan Sri tertanya-tanya jika Afina hanya mengambil kesempatan di rumahnya.  Dia menyiasat sendiri. Puan Sri terkesima melihat Afina sedang berdoa. Hatinya dipagut rasa sebak.


Selepas Afina keluar dari bilik solat, Afina terkejut dengan kehadiran King Adrian. Seperti biasa, King Adrian cuba mempermainkan Afina. King Adrian suka melihat Afina cemas dan ketakutan. King Adrian puas apabila dapat mempermainkan Afina! Terbalas segala dendamnya! ‘King ditampar perempuan nerd’.


Playboy Itu Suami Aku episode 4, Gambar Playboy Itu Suami Aku, pelakon Playboy Itu Suami Aku, drama tv3 Playboy Itu Suami Aku



Kehadiran 2 orang kekasih King Adrian iaitu Jessica dan Rosy menyebabkan suasana rumah menjadi kecoh. Apabila Puan Sri mengatakan sudah mencari jodoh buat King Adrian. Masing-masing sibuk memperkenalkan dirinya jodoh terbaik buat King Adrian.


‘Biar betul siapa perempuan malang yang akan berkahwin dengan mamat ni?’, Afina tertanya-tanya di dalam hati.


Ketika Afina meminta izin untuk balik. Puan Sri memanggil Afina dan King Adrian. “You’re getting married soon!”. Mendengar berita itu, King Adrian tercengang! “Tapi dengan siapa mami?”, King Adrian cemas dan terkejut. Afina tersenyum sinis. –BERSAMBUNG-
  


Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 4 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!

Saksikan Playboy Itu Suami AkuEpisod 5 pada 18 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3


Artikel menarik:

10 comments

bila la nk dpt tengok drama ni..slalu ja xsempat..emmm

tak sabar tunggu episod 5.. singgah isi tabung yumida..

rajin betul buat sinopsis sendiri..hehe.. ;)

lps ni kalo Ai x sempat tgk..Ai dtg sini lah ek..update jgn tinggal tau Yumida.kekeke

Haha. Macam tau ja kahwin dengan sapa :p

mesti kena kawen dengan king tu kan yumida...hehehe


EmoticonEmoticon