Sebuah lagi drama slot Akasia bakal ditayangkan pada 11 November 2013, iaitu minggu hadapan. Drama terbaru iaitu Playboy Itu Suami Aku akan
menggantikan drama Love You Mr. Arrogant yang mana telah berakhir pada hari Khamis ini. Drama ini diapdatasi dari sebuah novel berjudul Playboy Itu Suami Aku, hasil karya Suri Ryana. Saksikan di TV3, hari Isnin sehingga Khamis. Bermula jam 7 malam sehingga 8 malam.
Sinopsis novel Playboy Itu Suami Aku
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak,
tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Semenanjung RM24.00 / Sabah & Sarawak RM27.00
20 comments
akan ditayangkan ganti love you mr arrogant kan? hehe
see next week hehe
selamat membaca...
Harap2 drama tok klak best kdak novel nya ;D
drama yg diadaptasi dari novel mcm goreng pisang panaskan skarang...
biar betullll
shaila pun sedang mencari novel ini...hihihi
sekarang,,semua movie dah diadaptasi dari novel kan...tapi,,kalau tak sanggup tunggu movienya habis,,cari je novel dia...habis cerita...^^
Satu lg drama baru yg akak tak akan dpt tgk.. sebabnya..huhuhu.. nnti2 la akak citer..hehehe
Btw klik2 kt sini sekali.. =D
hmm..satu lagi adaptasi..
kakak kmk ngga hero mcm x encem alu ttnyk2, best ndak cita tok ka? haha
kmk sik minat gilak nangga drama adaptasi novel tok.. nang sik kmk tengok lah tok klak.. hehe..
semua cerita dari novel kan.. entah2 lepas ni suamiku en. sotong.. muehehe.. deno ada bc satu novel tu.. hihi
tak sabar , tak sabar ! hehehe
oooo...nak cari la novel ni..hihi
dah lama tak baca novel genre camni...
mungkinkah meletops citer nie nanti.....
Bakal meletup ganti mr arrogant pulak ni nnti.. :)
selamat membaca
harap cerita ni best! :D
EmoticonEmoticon