Sebelum
ini:
Puan
Azizah mencari Afina. Fisya mereka-reka cerita mengatakan Afina keluar dengan
jantan lain. Mamanya menegur sikap Fisya.
Afina
dibawa ke sebuah kawasan sunyi. Afina meronta-ronta minta dilepaskan. King
Adrian tiba di kawasan tersebut. Afina mula mencemuh King Adrian. King Adrian
menggugut Afina untuk menolak permintaan maminya iaitu Puan Sri.
Afina
meluahkan masalahnya pada Syaf. Kisah dirinya diculik dan diugut oleh King
Adrian. Tetapi Syaf pula mempermainkannya.
Fisya
bengang apabila teringat kehadiran Puan Sri yang datang ke rumahnya untuk
meminang Afina. Fisya semakin cemburu. Fisya dan kawannya pergi ke club malam.
Di situ Fisya terserempak dengan King Adrian. Fisya memerli pilihan calon
isteri King Adrian. Mengatakan Afina gadis kampung, gadis nerd.. Hal itu
menyebabkan King Adrian bertambah bengang.
Encik
Rahim dan Puan Azizah bertanya keputusan anaknya, Afina. Afina menegaskan yang
dirinya tidak menolak pinangan dari Puan Sri. Di rumah, Puan Sri gelisah
apabila AFina sekali lagi menolak permintaanya. Puan Sri memujuk Puan Azizah
agar menjodohkan Afina dengan anaknya, King Adrian.
Fisya
mentertawakan pilihan gadis yang bakal dijodohkan dengan King Adrian. Hal ini
membuatkan diriinya tertekan lantas merayu pada maminya agar membatalkan hasrat
meminang Afina. Namun, Puan Sri tekad dengan keputusannya.
Afina
berborak dengan Syaf untuk meluahkan masalahnya mengenai pinangan dari Puan
Sri. Syaf memujuk Afina untuk menerima lamaran Puan Sri. Afina bertambah
bingung.
Semasa
King Adrian bermain gitar. Telefonnya berbunyi tertera nama ‘Nita’. Puan Sri
bertanyakan pada King Adrian siapa ‘Nita’ di skrin telefon. Puan Sri membebel
dengan anaknya dan menerangkan sebab itulah tujuan dia meminang Afina, agar
dapat mengubah sikap playboy King Adrian.
Kini
tiba giliran Fisya pula menyakiti hati Afina. Fisya mengungkit asal usul Afina
dengan mengatakan Afina hanya gadis kampung dan tidak layak untuk dijodohkan
dengan King Adrian. Afina sedih apabila mendengar dirinya dihina sebegitu.
Afina
memenangkan dirinya dengan berjalan-jalan di taman bunga. Ketika Afina menuruni tangga dan melintasi
sebuah kereta. Afina terjatuh dek terkena tolakan pintu kereta. Seorang jejaka
keluar sambil meminta maaf. Selepas Afina menggunakan cermin matanya, Afina menoleh, jejaka tersebut juga
terperanjat. “Awak!”. Afina dan King Adrian sama-sama menjerit! –BERSAMBUNG-
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 6 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton
di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 7 pada 20 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
9 comments
hai yumida . lame dah tak komen kat sini :)
dah tengok episod 7 tadi,hehe :D
nak senyum je la.. :)
hari2 ada update drama dr akak, tapi ika dh try tengok crita ni skli, tengok dlm beberapa minit, tp tak kena dengan minat ika so xnak tengok habis hukhuk
wah...boleh menonton d sini yer yumida
datang topup sini.. kenapa king buaya tu teruk sgt. huhu
lorh.. hero yg culik rupanya ye? best x lakonan dorg nih yumida?
jln cerita ok, cuma pelakon dier kureng sikit hehehe
Munirah tak sempat nak tengok citer ni lagi. kelas habis pukul 8 9 malam :(
EmoticonEmoticon