KLIK BANNER UTK JOIN
Assalamualaikum…
Tahniah diucapkan buat PCB yang sedang meraikan ulang
tahun ke-4 blog PCB. Moga sentiasa dianugerahkan ilham untuk berkarya dan terus
berkarya.
JAWAPAN NO. 3
Kaki melangkah keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya dan berpakaian sut baju mahal sambil mengepit sekaki payung di ketiaknya lalu dia mengusap misai hitam kilat melentik miliknya, lantas kugapai
laptopku dan mengupdate blog dengan
tajuk hot, ‘A. Galak di depan mataku!!!..OMG can’t believe it!..Sila cubit aku!’.
JAWAPAN NO. 5
Saya meminati Entri blog PCB iaitu SALAM MERDEKA KE 56 !! bertarikh 31 Ogos
2013 kerana mesej yang disampai menyentuh hati saya. Umpamanya rakyat
Malaysia yang masih tidak bersyukur dengan keamanan negara sendiri hingga
mereka sanggup membakar bendera Jalur Gemilang. Jiwa muda kini semakin berani.
Terkadang saya terfikir di mana nilai-nilai kenegaraan, kesedaran sivik,
semangat patriotik yang pernah mereka pelajari di sekolah, juga didikan di
rumah. Tatkala lensa kamera menancap perbuatan mereka, mereka ligat memijak dan
membakar bendera seolah-olah sedang berpesta. Nilai ‘malu dalam diri’ semakin
menghilang, di mana keadaban dan budi pekerti yang diterapkan dalam diri
mereka?
Pernah saya tampilkan dalam entri Yumida sayang Malaysia sebab…. Betapa sayangnya saya pada tanah air kita ini. Menghargai,
mensyukuri, berbangga menjadi rakyat Malaysia! Barisan pertahanan dan tentera yang sentiasa berkorban demi tanah
air kita. Umpamanya insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Saya, PCB juga anda semua, sama-sama kita doakan agar tiada lagi pencerobohan
yang dilakukan ke atas Malaysia ini.
Di akhir entri PCB terselit sedikit nasihat buat blogger seperti saya, kita
bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Nasihat ini saya sisipkan dalam
diri saya, berwaspada dengan isi kandungan yang ingin saya sampaikan, menyemak
4-5 kali sebelum ia dipublishkan. Nasihat ini mengingatkan saya pada (Hadis R.Muslim),
“Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat”. Sama-samalah kita saling
mengingati dan berpesan-pesan.
Tamat : 30 November 2013
7 comments
Good luck yumida..
gud luck sis..:)
gud luck selamat bersegmen
gud luck ya yumida
Cahayacinta tak tahu main biola tapi suka degarnya.
yumida bz ker huhu..?
klik tbG sonY
gud luck! :)
gudluck..!
EmoticonEmoticon