Shila Amzah pujuk ibu Johan As’ari

Hot lagi sensasi!!!

Pengakuan cinta antara Johan As’ari dengan Lana Nodin secara tidak langsung mengheret nama penyanyi mencipta nama di Shanghai, Shila Amzah yang sebelum ini dikatakan gadis paling rapat dengan Johan.

Biarpun bintang filem Paku itu menganggap kasihnya terhadap Shila Amzah hanya sebagai adik, peminat yang mengikuti perkembangan mereka terkejut kerana menyangka hubungan itu lebih daripada teman rapat.

Ketika banyak pihak terutama peminat melayangkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Johan As’ari dan Lana Nordin di Instagram dan Twitter milik Lana Nordin, peminat yang suka melihat Shila Amzah dan Johan As’ari berkasih pula memberi reaksi berbeza.

Shila Amzah pujuk ibu Johan As’ari

Rata-rata, peminat cenderung meminta Shila Amzah bersabar menempuh dugaan, selain berdoa dia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih baik.

Bagai sudah dijangka, Shila Amzah dilihat menjadikan laman sosial sebagai medan meluahkan emosi. Sejak 21 November lalu, Shila Amzah memuatkan status bernada kesal dan peringatan buat semua. Ini menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada pendedahan Johan As’ari semalam ada kaitan dengan luahan terbukanya itu.

Dunia ni memang tipu daya. Tapi lebih best (bagus) kalau tiada yang menipu... Penipu itu nature (sifat semula jadi) mereka. Jangan tertipu pada luaran. #notabuatdiri:)
Itu antara luahan Shila Amzah yang sudah pun kembali ke Shanghai, China.

18 comments

xtau nak komen apa.. kesian kat shila.. xboleh jugak nak komen sembarang sebab kita xtaw kisah sebnar kan.. huhuhuhu btw,saya klik nuffnang yumida.. :)

kesian shila..dimainkan perasaan ..

tak tau nak komen apa...lumrah kehidupan

Mereka tak de jodoh kan.. Terkejut juga dgr..

Pasti ada yg terbaik utk mereka

Johan pun 1 kenapa la ambik Lana Nordin tu..

terkejut juglah tengok kenytaan johan..sabar je lah shila..xox0

hmmm... inilah dunia retis kat malaysia ni.. entah hape2..

senang2 tak yah nk bercinta lg.. tumpu jer kat karier.. lgpun shila pun makin hebat.. jgn smpai si lelaki tu merayu semula..

Kalau ada jodoh, tak kemana..

:)

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/11/lantunan-mahabbah-rasulillah-2013.html

ermm..nur pun xtahu nak komen apa...sama2 kita doakan yg terbaik buat mereka...

inilah lumrah kehidupan..
menabung di sini.. :)

hmmm... jodoh tu rahsia Allah..

tak tahu nak komen tapi pada ika, she deserves better, maybe,
insyaAllah ada yang lebih baik :)

moga bertemu yg lebih baik..


EmoticonEmoticon