Oh My Ganu!

Sinopsis Oh My Ganu!

Selepas kejayaan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English! dihasilkan, sebuah telefilem khas iaitu Oh My Ganu pula diterbitkan bagi memenuhi tuntutan orang ramai yang menyukai drama itu.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My Ganu adalah kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia drama tersebut.

"Oh My English! yang disiarkan menerusi Astro TVIQ iaitu komedi pendidikan musim kedua ini berjaya menarik perhatian dengan tontonan seramai 5.2 juta penonton televisyen, 11.6 juta tontonan di YouTube, 525,000 peminat di Facebook serta menguasai tangga teratas Twitter.

“Manakala Oh My Ganu pula menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baharu yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Razak," katanya pada sidang media pratonton telefilem itu di Signiture, The Garden, di sini, Rabu.

Selain Zizan Razak dan Izzue Islam, Oh My Ganu turut dibintangi oleh pelakon asal drama Oh My English! seperti Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Harun Salim Bachik dan Syafie Naswip.

Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman.

Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.
Telefilem Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).



Gambar Oh My Ganu! 
gambar Oh My Ganu!








gambar Oh My Ganu!




Pelakon Oh My Ganu!
Zizan Razak
Izzue Islam
Zain Saidin
Harun Salim Bachik
Tiz Zaqyah
Izara Aishah
Akhmal Nazri
Addy Ashraf
Syafie Naswip Roax Tan
Amer Shariff
Kameesha

Hebahan telefilem komedi Oh My Ganu!

                   Saksikan telefilem komedi Oh My Ganu!           
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135
Tarikh mula ditayangkan: 27 November 2013

21 comments

macam best je.. nak kena tengok ni.. hehe..

wowww....org ganu wajib tengok nie..hihihi..x sabar =)

mesti gempak ni, tak sabar nak tengok

yumida ade tanya pasal cara nk buat sitemap tu kan?

cuba check kat blog ni..http://www.belajarblogging.com/2013/08/bagaimana-cara-nak-membuat-blogger-sitemap.html

kalo x fhm lg nanti tnya la :)

Mesti bestkan..Btw, jom join GA! Byk hadiah menanti!
http://miseyz.blogspot.com/2013/11/23th-birthday-giveaway-by-miseyz-blurz.html

tak sabar nak tengok..suka..suka..sebab ifah org Pahang, tapi cakap terengganu..ikut mak abah..Oh My Ganu..hehe

macam best! xsabar rasa :) datang singgah blog amal---> cikamal.com

mantap2 barisan pelakon nya yumida.. LD

biasa mmg rajin layan ohmyenglish ni.. smpai anak sy pun suka tgk ohmyenglish ni..

haha semua cakap loghat ganu la lepas ni

tak sabar nak tengok yg ni. pelakon dia semua best2!

oh my ganu pulak..
alahai kita tak tahu ni. tak ikot update pon..
pape rindu ganu weyyyhhh..
next year balik ganu :)

Selalu tgk iklan nih. Mcm xsabar nk tgk. Hehe

kmk nangga iklan mcm lawak jak. hehe

best2.... tak sabar nak tengok.. :d

xsabar nak tgk...pelakon semua hebat2.. :)


EmoticonEmoticon