Daging Kari Yogurt Haruman Kantan

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

As salam buat rakan pembaca,

Hari ni nak share 1 resepi unik untuk memancing selera rakan sekalian. Yup! Menggunakan bunga kantan! Seperti yang kita tahu kantan ni banyak khasiatnya. Malahan rasanya juga ummmph! My favourite tu!

Daging Kari Yogurt Haruman Kantan, Daging Kari Yogurt

Resepi Daging Kari Yogurt Haruman Kantan 

Penyediaan masa memasak: 20 minit

Jenis resepi: Main menu

Bahan-bahan:
  • 200 gram daging (dihiris saiz besar dan nipis-nipis)
  • NESTLE Natural Set Yogurt
  • ½ tin susu cair
  • 1 paket kecil kari Baba’s (boleh guna jenama lain jugak) 
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beberapa helai daun limau purut
Cara membuatnya:
  1. Kisar halia, bawang merah, bawang putih, kunyit dan serai.
  2. Hiris lengkuas dan bunga kantan.
  3. Perap daging bersama yogurt, halia dan bawang putih. Simpan di dalam peti ais.
  4. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga kekuningan. Masukkan kari Baba’s. Masak kari Baba’s sehingga ia pekat dan mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan daging. Biarkan seketika di dalam kuali.
  5. Masukkan ½ tin susu cair.
  6. Masukkan lengkuas, bunga kantan dan daun limau purut. Apabila masakan hampir masak masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Tips masakan sedap! Gunakan NESTLE Natural Set Yogurt semasa memerap daging. Pasti mencipta cita rasa berbeza! Ia menjadikan kari daging ini lazat, lebih berkrim disukai ramai!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk NESTLE Natural Set Yogurt layari: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

12 comments

wah resipi baru ni yumida...akak nak cuba lah... macam menarik dan tertarik jer lah... thanks for sharing tau...

yum yum. resepi baru ni. nmpak sedap sngat.

jimat dan sedap tak pernah masak pakai benda alah ni lagi tak tahu kalau akan dateng ;)

yogurt??
pertama kali dengar ni..

kmk pun dapat juak email dr nuffnang pasal tok tapi kmk biar jak. hehe.. all the best utk ktk.

terliur nangga gambar makanan malam2 tok. haha

wahhhh nampak menarik, boleh ika cuba nanti :)

Wah! Lain dari yang lain nih... Macam kena cuba je nih.. Nyummeh! ^^,
Mieza Suri Shaklee

Tak pernah rasa lagi. Macam menarik jaa..

Tak pernah buat camni hehhee ..bulan poser ni mesti cuba ..tq resipinya Yumida..

Sedia untuk berbuka puasa ..boleh la buat

Masak guna YOGURT mesti best kan !!!


EmoticonEmoticon