Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 2

Sebelum ini:

 Afina merampas balik cermin mata dari tangan King Adrian. Pertanyaan mengenai kisah lopak air pada awal pagi tadi tidak kesampaian. Senyuman maut daripada King Adrian menyekat segala pertanyaannya.

Afina terkejut disergah oleh Syaf. Afina bertanya pendapat Syaf, “Cantik tak bila aku tak pakai spek ni?”. “Kau jangan nak perasan! Muka macam tikus mondok. Hah..pakai!”, lantas spek itu disuakan kembali ke wajah Afina.

Kak Faz datang ke kedai bunga Cinta Florist. Dia memberikan kejutan buat Afina sempena ulang tahun kelahiran Afina yang ke-24. Afina terharu sambil menerima hadiah tersebut.

Afina diselubungi pertanyaan misteri. Tentang alamat penghantaran bunga yang tertera nama Fisya. Pengirimnya daripada si King Adrian. Raja segala playboy. Demi merungkai soalan misteri itu, Afina menunggu kedatangan Abang Din.

Di pejabat, kehadiran seorang wanita bekas kekasih King Adrian membuat drama. King Adrian mahu berpisah dengannya selepas berpacaran selama 3 hari.

Nani, pekerja di syarikat King Adrian sebagai PA, juga merangkap kekasih King Adrian bertanyakan kehadiran wanita pada pagi tadi. King Adrian menafikan hubungan bersama wanita tersebut.

Dalam kereta, King Adrian menerima panggilan dari ibunya. Bertanyakan sebab King Adrian tidak hadir meeting dengan Dato’ Hashim. King Adrian lantas bertanyakan pada Nani mengenai meeting tersebut. Nani tersentak, dan menjawab terlupa untuk informkan pada King Adrian. Seharusnya Nani memaklumkan pada King Adrian semalam lagi, tapi dia terlupa.

King Adrian membuka pintu kereta dan mempelawa Nani keluar. Nani tersenyum girang. Selepas itu, King Adrian meninggalkan Nani. Nani tergamam dengan perbuatan King Adrian. “You’re fired!”.

2 hari lagi, tarikh ketibaan ulang tahun birthday Afina dan Fisya. Mamanya merancang untuk membuat sambutan birthday buat mereka berdua. Fisya excited dan plan untuk membuat besar-besaran. Pada awalnya, mama merancang untuk menggabungkan sambutan birthday Afina dan Fisya. Namun segera dibantah oleh Fisya! Fisya menggugut mamanya, jika mama membuat sambutan birthday mereka berdua, Fisya akan keluar dari rumah!

Afina kembali ke bilik tidurnya. Dia terkejut melihat biliknya bersepah dan berselerak. Afina sebak melihat telekung pemberian arwah neneknya telah dikoyakkan oleh Fisya.

Selepas solat, Afina berdoa dan memohon keampunan daripadaNya. Memohon agar dilembutkan hati Fisya untuk berubah dan insaf. Ketika itu, mamanya memerhatikan dari pintu bilik, turut berasa sebak mendengar doa daripada Afina. Mamanya menyuruh Afina berkemas dan bersiap-siap untuk makan malam sempena sambutan birthday Afina.

Fisya menyelinap masuk ke kamar papanya. Dalam diam, Fisya mencuri ‘note’ tebal dari dompet papanya.

King Adrian sibuk melayan kekasih hatinya. Sentiasa bertukar pasangan. Berfoya-foya dengan gadis cantik sambil memanjakan mereka dengan wang ringgit dan kad kredit.

Fisya berpura-pura sakit perut kerana tidak mahu meraikan makan malam bersama keluarganya.

Afina meraikan sambutan hari lahir bersama mama dan papanya sahaja di sebuah restoren. Selepas meniup lilin kek, papa menghadiahkan Afina seutas jam tangan. Juga membuat permintaan agar Afina membimbing Fisya kelak.

Balik ke rumah, mama menjenguk Fisya di bilik. Kerana sebelum mereka keluar tadi, Fisya mengadu sakit perut. Mamanya terkejut kerana mendapati hanya patung yang tersembunyi di bawah selimut. Fisya curi-curi keluar bersama rakannya.

Fisya balik pada keesokkan paginya. Semasa Fisya menaiki tangga, Fisya terkejut mendengar suara papanya. Fisya cepat-cepat sembunyi di bilik stor. Mamanya menggelabah cuba untuk cover kehadiran Fisya daripada dimarahi suaminya, Encik Rahim.

Mama masuk ke bilik Fisya dan bertanyakan ke mana Fisya menghilang malam semalam. Mama menasihati Fisya supaya berubah. Seperti biasa, Fisya tidak mengendahkan nasihat mamanya.

Di kedai bunga, Afina bertanyakan mengenai nama penghantaran yang tertera nama ‘Fisya’ pada Abang Din. Namun, Abang Din juga belum mengenali siapa Fisya.

Birthday party bakal diadakan pada malam tersebut. Fisya datang ke bilik Afina dan merampas rantai kesayangan milik kakaknya, Afina. Afina berasa sedih.

Di luar, kemeriahan sambutan birthday Fisya kedengaran. Ramai rakan-rakan Fisya yang datang. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng di luar rumah. Afina pergi membuka pintu. Afina terkejut! Di luar seorang jejaka yang dikenalinya berada di luar rumah. King Adrian!

Afina bertanyakan kehadiran King Adrian ke rumahnya. Afina berasa cemas dan tak tentu arah apabila ditenung oleh King Adrian. Afina tergamam dan kaku! King Adrian membuka spek Afina dan mengatakan, “Barulah cantik!”. Tanpa sedar, tangan Afina sepantas kilat menampar wajah King Adrian! –BERSAMBUNG-

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 2 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 2, Playboy Itu Suami Aku – Episod 2, Drama tv3: Playboy Itu Suami Aku
Saksikan Playboy Itu Suami AkuEpisod 3 pada malam ini (13 Nov 2013)
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3


Artikel menarik:

15 comments

Assalamualaikum dan mat tgari Yumida..drama PISA..baru semalam sya dpt nonton...hehe...

Assalammualaikum...yumida,

mselim3 tonton gak... boleh lah.. layan.

licha dah lama tak tengok TV. huhuhu. sedih.. :(

rajin betul yumida nie.. akak mmg tak sempat nk ngk cite ney..

Kurang gemar cerita ni. Pelakon mcm tak best je. Kaku. Haha. Mcm tak sesuai je. Tapi takpe la, nk buat cmne kan. mana tahu lepas ni lama2 makin best pulak.


btw dijemput singgah ke blog sy ye :)

rajinnya kak yumida reka ayat sinopsis cerita ni :)

owh..smalam baru ingat nak tgk episod dua nie..tapi tak sempat laa plak..kat tonton pun tak keluar lagi..hehe

Regards,
-Strider-

belum sempat nak tgk lagi skrang ni...

Tak sabar nak tonton.. :3 beberapa minit sahaja lagi :D

Best ke erk? Fuza tak tengok pun..mcm slow je

rajin sis..

tak berani laa nak layan drama melayu sangat, takut tak boleh stop tengok, best ke cerita ni?


EmoticonEmoticon