Azhael mengungguli undi AF MASUK – Mara ke final!

Entry sebelum ini:

Finalist Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013:

Tahniah buat Azhael AF 2013 kerana berjaya mendapat undian tertinggi bagi AF MASUK. Undian yang bermula jam 9.30 malam (11 Nov 2013) dan tamat pada jam 9.30 malam (12 Nov 2013). Keputusan peserta yang layak ke Konsert Akhir Akademi Fantasia telah pun diketahui di Meletop saluran 104 dan 135. Hanya 24 jam sahaja namun undian yang diraih daripada peminat Akademi Fantasia 2013 sangat tinggi! Terbukti Azhael AF 2013 mempunyai peminat setia.

azhael akademi fantasia 2013, azhael af masuk, Azhael mengungguli undi AF MASUK – Mara ke final!

Statistik carta undian 
AF MASUK Akademi Fantasia 2013


Pergh! Jauh giler meninggalkan bintang AF 2013 yang lain. Azhael AF 2013 menerima undian AFMASUK sebanyak 91%. Tabik spring buat peminat Azhael AF 2013. Korang memang awesome dan sporting! Daebak!!!

Buat mereka yang berjaya sebagai finalist Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013, tahniah diucapkan! Mereka ialah:

Nama penuh: Mohd Faizul Sani
Umur: 28 tahun
Asal: Sabah

Nama penuh: Nur Aisyah Aziz
Umur: 19 tahun
Asal: Singapura

Nama penuh: Nur Nabila Razali
Umur: 21 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Nama penuh: Nadia Amira Othman
Umur: 20 tahun
Asal: Johor

Nama penuh: Siti Ruhailah Hussein
Umur: 23 tahun
Asal: Johor

Nama penuh: Mohd Azhar Osman & Hal Husaini Razmi
Umur: 25 tahun & 25 tahun
Asal: Kuala Lumpur

AF MASUK je yang aku tahu, terbaca yang ni AF KELUAR. Hadoi...macam-macam

Moga berjaya! Siapakah bakal menjadi juara Akademi Fantasia 2013 pada tahun ini? Cer teka?

Firasat aku meramalkan Azhael AF 2013 bakal menjadi juara program AF 2013 ni… Korang? Korang??????? 

12 comments

kite tak tengok pun AF kak. kite dpt thu dari kawan2 je. hee

arghhh...ini semua taktik AF untuk mengaut undi sambil menunjukkan yang kononya rakyat malaysia tak reti membezakan penyanyi yang mana bagus..hehehe..anyway tahniah kepada azheal...dia menang nnt tu..dah tau dah...

Regards,
-Strider-

sik kisah lah sapa menang pun.. hehe.. menang atau sik, sikda nyusah atau nyenang hidup kmk juak.. boleh sik? hehe

Owh, berpasangan rupanya. Baruk kamek tawuk. Kamek ingat nama owg ya tewk.

dah terbuang sorang lagi huhu...sedih pula

tak berapa setuju dengan AFMASUK ni.. tak fair untuk bintang yang tak terpilih tu.. ni strategi Astro untuk menaikkan jumlah undian sms dan mengaut keuntungan.. hihi.

baguslah masok smula.. dgr citer org kata azhael ni best kalo nak dibandingkan dgn Nabila.. betul ker? deqla xtau sbb x penah langsung tgk..

popular dengan AFundi masuk...

x setuju af masuk ni...kalau keluar keluarlah...ni peluang untuk yang lain pula tersekat..sebab AF ni hanya bersandarkan undian semata2


EmoticonEmoticon