Sinopsis Darjat - Drama TV3
Drama Darjat berkisar tentang
Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang
menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak.
Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya
dengan membawa teksi.
Berbeza dengan Karina (Ika
Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada
Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan
Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan
orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering
ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.
Apabila Maria dan Tini keluar
bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang
beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi.
Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha
Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika
itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya
berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.
Karina berasa terhutang budi
dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya.
Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor
walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina
demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu
peribadi Karina.
Pertemuan demi pertemuan,
akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh
Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina
dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu
dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan
Ghaz.
Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah
cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta
sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya?
Pelakon drama TV3: Darjat
Haziq
(Syazwan Zulkifli)
Karina
(Ika Nabila)
OST drama TV3:
Darjat
Memandang Awan – Sharifah Zarina
Lirik Lagu Memandang Awan –
Sharifah Zarina
Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali
Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku
Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi
Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku
Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]
Bertemu diriku
Bertemu diriku
Saksikan drama Darjat di TV3
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 4.00 petang hingga 5.00 petang
13 comments
akak rasa ada sekali akak tertengok cerita ni sepanjang bercuti ni...
Suka lagu tu...klik nuff anda.
ada terperasan iklan kalau tak silap :)
sekali sekala layan juga drama ni..:)
macam tak pernah tengok jerk
hmm..pernah di tayangkan dulu kan sis?
Bleh la cerita ni..layan je sbb mmg tv3 je yang sya dpt tgk..hehe
Baruk tauk sinopsis drama tok.. Pernah tengok sekali jak ya pun sik tgk abis.. :D hee
Dah tentu xdpt tengok...masanya tak kena.
lagunya best.. hehe
bestt ye yumida ;0
tak pernah tengok pun......
mcm best jer...klau best ni, nmpknya kena ke tonton lah ni
EmoticonEmoticon