Love You Mr Arrogant

Sinopsis Love You Mr Arrogant – Drama TV3
Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.


Pelakon Love You Mr Arrogant
Pelakon Utama Love You Mr Arrogant
Zara Zya sebagai Zaara Amirah
Azlee Khairi sebagai Zafrel Irham
Hanez Suraya sebagai Sherry
Keith Foo sebagai Hadry
Anzalna Nasir sebagai Fariza

Pelakon Pembantu Love You Mr Arrogant
Norish Karman sebagai Datin Maryam
Mustapha Kamal sebagai Dato' Zahir
Raja Ilya sebagai Safiya
Fezrul Khan sebagai Aidil
Wan Raja sebagai Kekasih Gelap
Fadilah Mansor sebagai Hajjah Haminah
Idrid Md.Diah sebagai Haji Zaidi
Aishah Illias sebagai Zafrina
Syarul Ridzwan sebagai Faizal
Alex Yanz sebagai Munir
Kin Wah sebagai Mr.Raymond
Siti sebagai Siti Chubby

Gambar Love You Mr Arrogant 
gambar Love You Mr Arrogant

gambar Love You Mr Arrogant

gambar Love You Mr Arrogant

gambar Love You Mr Arrogant

gambar Love You Mr Arrogant


OST Love You Mr Arrogant
Tetap Menantimu – Nomad

Video klip OST Love You Mr Arrogant
Tetap Menantimu - Nomad

Lirik Lagu Tetap Menantimu - Nomad 
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

Drama Love You Mr Arrogant – mempunyai 26 episod
Episod akhir drama Love You Mr Arrogant catat 4.6 juta penonton!!!
Tahniah diucapkan!

15 comments

whoaaaa ramai juga yang tengok ya 4.6juta fuhhh :O

Haha.. abak baru nak layan citer ni..hehe

memang ramai tengok cerita ni sebab best kan? hehe :)

LYMA memang fav cik akak tok...

Klik iklan setiap sudut....
...semoga bertambah rezeki...amin

jom join http://wwweffafarhana.blogspot.com/2013/11/simple-giveaway-by-love-cathy-doll.html

time baca novel LUMA ni pun dah rasa best. lg tmbh eksaited bila tngk drama :)

en.husband akak smpi sekrang dok tengok cerita tu secara online..tak jemu katanya..

bahang cerita ni masih terasa lg kn yumida..mmg tertarik de boom laa

Nang best drama tok. PISA macam kurang jak.. :)

4.6 juta tu Shakiralah salah seorangnya. Haha Shakira tak pernah layan pun, episod akhir baru tengok :)

Mimpi Semalam

walaupun ramai yg dah baca novel LYMA, tp masih menunggu dpn tv utk ending yg semua org dah tahu. pembawaan watak mmg sesuai spt dlm novel. tp...mcm biasalahkn, nk sedapkan cerita dan bersesuaian dgn budget, ada beberapa part yg ditukat dan dipotong. yg tak sangkanya si gedik tu kena tangkap sbb sembunyikan dadah. klau dlm novel, lps tak dpt kawin ngan irham, sherry bw diri ke overseas dan kawin ngan mat saleh.

ni antara adaptasi terbaik..

keep it up with sps not bps its basic scale.
mp3 skull


EmoticonEmoticon