Sinopsis
Setia Hujung Nyawa
Mengisahkan kehidupan Zain Hakimi (Amar Ashraf) yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan
kekasihnya, Sofea (Sura Sojangi), seminggu sebelum berlangsungnya
majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu
Zain iaitu Datin Adibah (Zila Bakarin) mengambil keputusan untuk
menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza
(Raja Ema).
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan
yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza
mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak
sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas
kekasih Ersalina iaitu Iqram (Hairul Azreen).
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina
menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala
Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan
sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis
di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina
mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum
sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar
apabila dia mengalami keguguran.
Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu.
Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain.
Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini
diterima kerana memang dia bersalah. Kehadiran rakan sekerja Zain iaitu Hadi (Talha Harith) mengeruhkan keadaan. Tekadnya untuk setia pada Zain
takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung
nyawa. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina
tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan
menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah
memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina
atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan
bagi cinta Zain dan Ersalina?
Gambar Setia Hujung Nyawa
Pelakon Setia Hujung Nyawa
Amar Ashraf
Nelydia Senrose
Zila Bakarin
Bea Rameshan
Chacha Maembong
Hairul Azreen
Raja Ema
Sura Sojangi
Ryzal Jaafar
Talha Harith
Amar Ashraf
Hilal Azman
Saksikan drama Setia Hujung Nyawa
24 episod
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 1.00 petang hingga 1.30 petang
TV3
11 comments
ika ada simpan cerita ni dalam laptop :)
buat tontonan di waktu bosan heee~
best.....isi nuff.
Bunda belum pernah menonton siaran pertama dulu...siaran ulangan ini bunda cuba nonton nanti...orang kata best...
saya pun tak tendok lagi drama ni,huhu....nak tengokla,cuti sekolah ni,hehe :D
Di ulang? Bgslah ;D
bestnya ada ulangan :)
Solehah pn layan cerita ni lepas Wanita Hari Ini, lps cerita Setia Hujung Nyawa ni tgk Love In Paris pulak. Lps cite indon ni layan cerita Please Be Careful With My Heart. Hehe pelbagai drama Solehah lyn seharian :)
pernah tengok juga tayang ulang ni..:)
yg ni dh diulang tayang.. yg 1st version mmg tgk smpai hbis.. hihi
dh kmk nangga cerita tok.. nangga sekali dah lah.. hehe
belum sempat tgk lagi...
terlupa betul..!
EmoticonEmoticon