Ketulusan hati Johan As’ari pikat Lana Nordin


Bunga-bunga cinta antara Johan As’ari dan Lana Nordin masih menjadi bualan ramai. Pada yang pertama kalinya mendengar, pasti menyangka ia hanya gossip hangat semata-mata. Selepas berita ini tersiar di akhbar HIP Berita Harian (BH), kebenaran akhirnya terungkai. Yup! Ada cas elektrik antara mereka!

Hati Lana Nordin terbuka untuk menerima Johan As’ari selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana Nordin kepada Berita Harian:-

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin. -Lana Nordin-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja. - Johan As’ari-

Sumber: Abang Nara & Rotikaya

Ketulusan hati Johan As’ari pikat Lana Nordin

Wah sweetnye! Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

17 comments

bagus johan ni..hope u do ur best tuk bimbing lana nordin ye..:)

mesti ramai ingt johan dgn sheilahamzah kn.tp nk wt cmne..jodoh

masih terkejut....sebab semua tau kisah lana kan

Wah..trkejut jugak,mungkin allah kirimkan johan utk membimbing lana ke arah yg lebih baik.

doakan yang terbaik untuk mereka..

Sama sama kita doakan yang terbaik buat mereka
aamii.salam jumaat

Kalau dah jodoh tak akan kemana..

dya tahu apa yg terbaik buat dirinya..semoga berjaya Johan..

terkejut jugak dgr berita ni.. tup2 johan dgn lana pulak...huhu...

doakan yg terbaik saje tuk mereka.:)

erm...dunia retis..kita doakan yg terbaik buat mereka.. :)

gempar juga ya kisah ni, hukhuk
kat mana2 social media ada tentang mereka...

terkejut mak..hehehe..


EmoticonEmoticon