Selepas seminggu Afina habis study, Afina bekerja di
kedai bunga ‘Cinta Florist’. Afina mempunyai adik kembar iaitu Fisya. Walaupun
mereka merupakan adik-beradik kembar namun perwatakan masing-masing berbeza.
Afina seorang gadis nerd, berkaca mata tebal, cara
berpakaian juga agak kurang feminine, lebih simple. Manakala Fisya pula seorang
gadis manja, kasar dan suka berfoya-foya.
Sebelum ini Afina tinggal bersama neneknya di kampung.
Manakala Fisya tinggal bersama papa (Encik Rahim) dan mamanya (Puan Azizah) di
bandar. Selepas pemergian neneknya, Afina tinggal bersama Fisya di bandar.
Situasi ini menyebabkan Fisya sering cemburu dengan kehadiran Afina.
Syaf merupakan rakan sekerja Afina di Cinta Florist.
Hubungan mereka sangat rapat. Ketika Afina sedang menunggu bas, sebuah kereta mewah BMW telah melintas
di hadapannya dengan laju dan melanggar lopak air di tepi jalan jalan.
Akibatnya air itu terpercik kepada Afina.
Di rumah, Fisya telah dimarahi papanya kerana keluar ke kelab malam.
Bermacam alasan diberikan oleh Fisya untuk cover diri. Mamanya juga cuba untuk
support Fisya daripada dimarahi oleh Rahim, suaminya. Keadaan ini menyebabkan
Fisya semakin naik lemak.
Fisya berasa bengang kerana papanya melarangnya keluar bersama kawan-kawan.
Dalam pada yang sama, Fisya mendendami Afina kerana ayahnya sering memuji
kebaikan Afina.
Afina terserempak Fisya ketika Fisya sedang bershopping dengan buah
hatinya. Afina terkejut lantas menyembunyikan dirinya. Namun. Fisya berjaya
menghidu kehadiran Afina.
Afina menasihati Fisya. Namun nasihat itu langsung tidak diendahkan oleh
Fisya. Malahan Afina dimarahi kerana sibuk dengan urusan dirinya.
King Adrian, seorang jejaka tampan dan playboy. Mempunyai banyak teman
wanita yang bersilih ganti. King Adrian telah pergi ke Florist Cinta untuk
membeli jambangan bunga. Pada masa yang sama, hanya Afina seorang sahaja di
kedai tersebut. Afina gabra kerana tidak tahu cara mengambil order. Perwatakan
King Adrian sangat cool dan begitu menggoda. Sesiapa yang memandangnya pasti
cair!
Afina mengejar King Adrian untuk bertanyakan kereta mewah BMW yang
berwana putih di luar. Seingat Afina kereta itulah yang memercikkan air lopak
ke bajunya. Namun pertanyaan Afina tersekat. King Adrian pantas menanggalkan
cermin mata tebal Afina, ‘Awak lebih cantik tanpa cermin mata ni’. Afina kaku.
Pandangan mata King Adrian hampir membuatkan Afina jatuh! Namun segera disambut
oleh King Adrian. Pandangan mata mereka bertaut. –BERSAMBUNG-
Bersambung untuk harini. Nantikan kesinambungannya. Ni sinopsis dari tafsiran aku sendiri berdasarkan episod 1 drama di tv. Hikhik.. Konpius jap. Kat tv taip watak pelakon King Andrian, kat page King Adrian. Ade 'n' terlebih kat situ. Tapi aku pakai King Adrian..
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 2 pada malam ini (12 Nov 2013)
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
Artikel menarik:
13 comments
ep1 kurng menyengat myb ep seterusnya akan lbh gempak :)
Belum lagi....baru mula
tadi adalah nmpak kejap..masih blum boleh mengalahkan LYMA..maybe pemilihan pelakon kot bg impak dgn drama ni :)
tak tngok lg drama ni..tak tahu best ke tak..:)
mule2 slow skit...hehe tp masih teringat2 muke zara zya hehehe...
rame org padah novel nya tok best. hehe
tq sis..
T kasih diatas perkongsian.. menabung Inti college sekali.. :)
BBL terlepas episode 2 tadi sebab kena setel kerja. tak jumpa pun video episode 2
tak ikut sangat citer ni.. macam kureng je.. hihi.. tapi tak tahu la kan, kot mula-mula je sebab masih terbayangkan love u mr arrogant :) hikhik
deqla biasa org dok kata best barulah sbuk nak tgk..mcm citer love you mr arrogant tu.. mulalah tgk online.. haha
Kalau pengarahanya baik, barangkali cerita ni boleh jadi lebih bagus dari versi novelnya.
sampai ke hari ni, belum sempat tgk pun lagi..
EmoticonEmoticon