Sebelum
ini:
Full info di sini: Klik Playboy Itu Suami Aku
“Adrian
akan berkahwin dengan Afina”, Puan Sri menjawab. Afina tersentak! Afina dan
King Adrian seakan tak percaya. Puan Sri menegaskan keputusannya adalah
muktamad!
Afina
mendesak Syaf untuk segera beredar dari situ. Di rumah, King Adrian bertanyakan
tentang keputusan maminya sebentar tadi. King Adrian cuba mencipta alasan agar
tak dijodohkan dengan Afina.
Afina
masih terbayang-bayang situasi di rumah Puan Sri. Afina termanggu, cemas,
khuatir.. Afina berkurung di dalam bilik. Hal ini mengundang rasa risau di hati
mama dan papanya. Fisya yang dengki dengan sikap ambil berat mama dan papanya
terus menyerang Afina. Afina meminta Fisya untuk mengembalikan jam tangan
hadiah pemberian papanya. Namun segera ditolak oleh Fisya.
Semasa
breakfast bersama suaminya, Puan Sri berbincang mengenai perkahwinan King
Adrian dengan gadis pilihannya iaitu Afina. Tan Sri menyuruh isterinya untuk
menyiasat latar belakang Afina. King Adrian turut serta dalam sarapan pagi
bersama keluarganya. King Adrian menolak mentah-mentah! Reject pilihan maminya.
Tan Sri mengugut King Adrian jika dia tidak menerima pilihan maminya, King
Adrian akan dijodohkan dengan gadis pilihannya pula. King Adrian bertambah
tegang.
Puan
Sri datang ke kedai bunga untuk berjumpa dengan Afina. Malangnya, Afina tidak
datang kerja pada hari tersebut. Puan Sri meminta alamat Afina daripada Syaf.
Syaf tergesa-gesa memberikan alamat Afina.
Puan
Sri menelefon Afina dan mengatakan mereka bakal menghantar lamaran. Afina
berjumpa dengan Puan Sri di sebuah café. Afina mengatakan dia terpaksa menolak
pilihan Puan Sri. Namun, Puan Sri tetap dengan keputusannya!
Di
rumah, Puan Sri tertanya-tanya mengapa Afina menolak risikannya. King Adrian
memiliki pakej cukup lengkap, handsome, bergaya, berduit, berkerjaya…
Afina
menasihati mamanya, Puan Azizah, agar jangan sentiasa menyembunyikan kesalahan
Fisya daripada pengetahuan papanya, Encik Rahim. Mamanya berasa terharu kerana
Afina begitu memahami dan mempunyai hati yang begitu baik.
Puan Sri
tetap untuk menghantar rombongan merisik. Puan Sri membuat strategi baru. Terus
berjumpa dengan keluarga Afina. Dengan ini, Afina tiada pilihan lain untuk
menolak risikannya, fikir Puan Sri. King Adrian tetap membantah keputusan
maminya!
Semasa
Afina pergi untuk mandi. Fisya menyelinap masuk ke dalam biliknya dan mencuri
duit Afina yang berada di atas katil. Sejurus selepas Afina selesai mandi,
Afina cemas bila mendapati duitnya tiba-tiba hilang!
Di
ruang tamu, Puan Sri berdiri tegak dan memperkenalkan dirinya pada Puan Azizah,
mama Afina. Fisya yang begitu leka menelefon tersentak apabila mendengar nama
Raja Adrian Benjamin. Fisya mula busy body memperkenalkan dirinya. Puan Sri
terus menyatakan tujuannya untuk melamar Afina. Fisya tersentak dan membentak!
Kerana perasan dirinya yang akan dilamar! Hahahaha…rasakan Fisya!
Semasa
perbincangan bersama keluarganya, Afina menolak lamaran dari Puan Sri. Mama dan
papanya saling berpandangan. Akur pada kehendak Afina.
Awal
pagi itu, Afina keluar untuk membuang sampah yang berada di depan gate rumah.
Sebuah kereta berwarna hitam datang menghampiri, 2 orang lelaki menggunakan
topeng keluar mendapatkan Afina. Afina diculik! Afina meronta-ronta minta untuk
dilepaskan! –BERSAMBUNG-
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton
di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 6 pada 19 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
5 comments
tak sempat lg nk layan drama ni..:)
rajinnya yumida..nur belum sempat tgk..huhuhu
x penah tgk langsung..hihihii... mmg x bkk tv la time senja yumida...
Semua awek pakai ketat ni, haha..aku dtg klik tabung chipsmore :)
hehehe kdg2 curi2 tgk jugalah... done nuffnang !
EmoticonEmoticon