As salam buat rakan pembaca,
Konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia
2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam (10 November 2013), mengumumkan Azhael
bintang AF 2013 yang tersingkir. Keputusan yang mengejutkan semua pihak. Ini
bermakna, Azhael tidak berpeluang untuk mara ke konsert akhir iaitu konsert
final Akademi Fantasia untuk minggu hadapan.
Azhael merupakan kumpulan duo yang berentap
di pentas Akademi Fantasia 2013 pada setiap minggu. Persembahan mereka sentiasa
menggegarkan suasana pentas. Malahan memiliki pakej yang lengkap sebagai
seorang penghibur. Azhael dianggotai
oleh Mohd Azhar Osman (25 tahun) dan Hal Husaini Razmi (25 tahun). Kedua-duanya berasal
dari Kuala Lumpur.
Azhael mendendangkan lagu Lelaki Ini (Annuar Zain) dan Kembali Merindu (Slam). Walau
bagaimanapun persembahan mereka mendapat undian terendah lantas Azhael
disingkirkan di konsert AF 2013 minggu kesembilan ini. Hanya satu langkah lagi
untuk menjejakkan kaki ke final AF 2013, namun bukan rezeki mereka. Azhael
tersingkir di konsert separuh akhir Akademi Fantasia 2013.
Dengan penyingkiran Azhael, kini tinggal 5
bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi
juara program realiti yang diberi nafas baru ini. Minggu hadapan! Konsert final
Akademi Fantasia 2013!
Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013
secara langsung hari Ahad next week. Konsert last ni…jam 9 malam di Astro Ria
(104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan
Razak. Korang rasa…korang rasa siapa yang bakal menjadi juara AF 2013????? Cer
teka…cer tekaaaa….
8 comments
Ho.. ini dia azheal yg ramai x puas hati dia tersingkir tuuu yea?! Xde masuk balik mcm mawi ke? Heeee...
Singgah sini n balas klik nuffnang n exabytes
Assalam.
Jika dia berbakat, tersingkir dari AF bukanlah penamat buatnya. Ruang terbuka luas di luar - untuk kekal dalam industri pilihannya ini :)
tak berjaya sebagai juara af bukan penamat perjuangan mereka... actully perjuangan sebenar baru ja nk mula... singgah datang isi tabung...
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2013/11/segmen-impian-menjadi-realiti.html
ramai yang tak berpuas hati Azhael keluar..rasa macam faizul je juara, walaupun ifah minat aisyah dan amira..hehehe..
syg nya duak keluar owh... berik jak lah nabila ya menang.. haha.. menang kesian..
Nur sangka diorg ni sampai ke final....
Tersingkir jugak...
Xde rezeki....
Xtgk result smlm sb sakan tgk walking dead..hehe. Juara af, faizul kot.
Huh.. semakin sengit.. menabung churp2 di sini.. :)
EmoticonEmoticon