Ayam Madu Yogurt Ber-Almond

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

As salam buat rakan pembaca,

Musim sekolah dah tiba. Now masanya kita meluangkan masa bersama anak-anak atau anak buah. Inilah masanya untuk kita tunjukkan kehebatan di dapur. Agar yang tersayang jatuh cinta dengan air tangan kita. Wokeh, nak share 1 resepi ni. Confirm budak-budak suka punyer la. Jimat tau, tak payah pergi fastfood restaurant. Masak dari rumah je.


Resepi Ayam Madu Yogurt Ber-Almond

Penyediaan masa memasak: 20 minit

Jenis resepi: Menu utama

Bahan-bahan:
  • 100 gram isi ayam
  • NESTLE Natural Set Yogurt
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas cili padi
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 4 sudu mentega
  • 20 gram Almond
  • Sedikit garam


Cara membuatnya:
  1. Perap ayam bersama serbuk kari, 2 sudu yogurt dan garam.
  2. Bakar Almond di oven selama 10 minit, suhu 180C.
  3. Kemudian goreng ayam tadi disalut dengan telur dan tepung.
  4. Tumbuk kasar Almond yang dibakar tadi.
  5. Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih dan cili.
  6. Kemudian goreng menggunakan mentega sehingga kekuningan. Masukkan telur. Dan selebihnya masukkan baki yogurt. Akhir sekali, masukkan madu. Siap! Tabur Almond di atas hidangan tadi. Sedia untuk dihidangkan.


Tips masakan sedap! Gunakan NESTLE Natural Set Yogurt semasa memerap ayam. Sure makanan jadi marvellous!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk tersebut layari: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

27 comments

nk tryla! gambar nmpak sedap..hehehe

mcm sedap ni Kak Yumida. ^^ nnt nak cuba la. hehe

woww kreatif..
akak pon dapat gak ni tapi tak tau nak masak ape..idea ni terhad sangat..ahaaha
gud luck!!

Wah..bole try ni.yogurt tu guna 1 bks tu ke

erk saya agak kurang suka yogurt tu...hu3

nampak sedap nie...yougurt pulak tu...akak memang suka dengan yougurt nie

nampak sedap la yumida.. singgah menabung sony&inti... :D

resepi baru nampk sedap nyum nyum..klik2 inti

namanya je dah terpikat... belum lagi rasa.. tentu sedap..

alaa xberapa suka la pulak yogurt tu..emmm baru nk try cuba..hehe

senang sedap..kena cuba ni..

macam nyamannn ;D

Nyum2..tk pnh cba lg ayam dgn yogurt

Insha Allah.. Akn cuba nnt... Nmpk sedap...

kena beli yogurt nie, dah lama tak beli...yummy....

sedapnya..kena cuba ni..hehehe..

Wah best.. nampak sedap & menyelerakan.. :)

@kucha lana yogurt dugunakan dlm masakan rsnya lebih sedap :) try..

@Khir Khalid semestinya..dgn yogurt lebih menyelerakan..ala2 iklan x? kikikiki

sik pernah try yg kedak tok eh.. kedak nyaman jak rupa. hehe

biasa ika makan yogurt ngan buah atau makan camtu je, tak pernah lagi letak dalam masakan, boleh cuba ni nanti :)


EmoticonEmoticon