Blogku terbaik kerana...
Blog
Yumida terbaik? Insha Allah, Yumida cuba usahakan agar blog ni menjadi terbaik
di mata pembaca. Setiap hari, sentiasa ada blog ditubuhkan. Umpama cendawan
yang tumbuh selepas hujan. Bersaing di kalangan rakan blogger dan menampilkan
keunikan dan trademark blog sendiri, itu merupakan cabaran paling besar bagi
Yumida sendiri. Apa pun, matlamat Yumida berblog adalah untuk berkongsi
pandangan dan menyebarkan ilmu. Yumida
amat-amat berharap, setiap perkongsian di blog memberi manfaat buat pembaca.
So..ehem-ehem, jom ketahui mengapa blog Yumida terbaik di kalangan blog terbaik
yang lain.
(1) Review produk dan berkongsi testimoni
bersama pembaca
Segala
jenis produk yang Yumida beli dan pakai akan Yumida buat review di dalam blog.
Gambar produk, fungsi produk, harga produk, lokasi membeli produk akan Yumida
kongsikan sekali. Sebab apa? Sebab dengan maklumat terperinci sebegini..Insha
Allah..moga-moga dapatlah menyalurkan
informasi pada yang mencari. Haaa..buktinya..Yumida
sentiasa mendapat pertanyaan dari Facebook, blog dan email berkenaan produk
yang Yumida kongsikan dalam blog. Happy..bila artikel terpapar di halaman
Google, dibaca oleh pelayar internet. Selanjutnya, memberi maklumat dan
pengetahuan pada pembaca blog. Antara artikel yang sentiasa mendapat pertanyaan
hangat ialah lokasi
membeli pressure cooker , steamboat
dan pan grill, antena
tv, B’Vite
produk kecantikan kulit, testimoni
Harum Malam, testimoni
Ephyra dan artikel
yang lain. Boleh rujuk penyenaraian artikel review produk di bahagian LABEL
REVIEW.
(2) Berkongsi tips travel berdasarkan
pengalaman sendiri
Yumida
juga gemar berkongsi tips travel melalui pengalaman sendiri. Lain orang, lain
pengalamannya, lain ceritanya. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Tahun
2012, Yumida sefamily membuat perancangan melancong ke Brunei
Darussalam. Mac 2014,
melancong ke Bandung
dan Jakarta, Indonesia.
Malah dalam Malaysia juga sering jalan-jalan makan angin. Antaranya di KL,
Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Di negeri
sendiri, Sarawak, begitu luasnya tempat menarik untuk dikunjungi. Kuching,
Serian, Sibu, Mukah,
Oya, Dalat, Daro, Sri Aman, Betong,
Sarikei, Bintulu, Miri. Besarnya kawasan negeri
Sarawak itu, sebesar keseluruhan kawasan Semenanjung Malaysia mengecualikan
negeri Pahang. See, memang besar dan luas!
Kesemua
tempat di atas telah Yumida kunjungi. Jauh pengembaraan, luas pengetahuan. Alhamdulillah,
melalui melancong ke sana sini menambahkan rasa kesyukuran padaNya akan
ciptaanNya yang terbentang luas. Mempelajari budaya orang, belajar bahasa yang
berbeza, mengetahui sejarah sesuatu tempat. Lantaran itu, terhasilnya ilham
akan tips
melancong ke luar negara, tips melancong menggunakan kenderaan sendiri, persediaan
sebelum melancong, promosi tempat menarik untuk dikunjungi, pendedahan keunikan sesuatu
tempat pelancongan, cara membuat tentatif
program pelancongan. Moga
dengan perkongsian sebegini, dapat membantu
mereka yang lain dalam membuat
perancangan percutian melancong. Pembaca juga boleh membaca tips/panduan melancong
menerusi LABEL TRAVEL di blog ini.
(3) Review program tv/ drama tv mengikut cara
tersendiri
Ramai
juga rakan blogger yang lain menerbitkan artikel drama tv. Yumida juga tak
ketinggalan. Namun, apa yang membezakan artikel Yumida dengan artikel mereka.
Ulasan review program tv berdasarkan
pengalaman Yumida sendiri menyaksikan rancangan tersebut. Menyiarkan
sinopsis drama tv, OST drama tv (lagu tema), penyenaraian barisan pelakon, snap
sendiri scene gambar di kaca tv dan membuat ulasan (kritikan membina) bagi sesebuah program realiti tv.
Bukan
sahaja minat menyaksikan genre drama tv seperti Sarafina, Sinetron Heart S2. Malah
merangkumi program realiti tv seperti Ikon Siarawan,
The Band. Artikel episod
akhir sesebuah drama juga diselitkan. Untuk tatapan mereka yang terlepas
menyaksikan episod akhir program tv. Antaranya Bukan
Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, Ikon
Siarawan Episod Kemuncak, Konsert
Mega Akhir Kilauan Emas 4 dan banyak lagi!
Begitu
banyak artikel program tv dikongsikan di dalam blog Yumida. Malah ada di
antaranya diupdate setiap episod. Semuanya
kerana minat. Kerana itu juga isi penulisan digarap dengan gaya tersendiri hasil tontonan program tersebut. Mencetuskan rasa
tertarik pembaca lain yang turut serta berkongsi
pandangan masing-masing.
(4) Berkongsi ilmu cara menjana pendapatan
Syarikat
pengiklanan Nuffnang sangat terkenal di kalangan blogger. Melalui blog Yumida, didedahkan cara terperinci
cara meraih keuntungan lumayan melalui syarikat pengiklanan Nuffnang.
Perkongsian berdasarkan pengalaman Yumida sendiri, disertakan lampiran bukti
keberhasilan dengan strategi menjana income. Setiap persoalan dilontarkan akan
Yumida jawab sebaiknya, berharapan moga-moga
dapat membantu mereka yang lain.
Antara artikel yang pernah diterbitkan:
Pertanyaan rakan blogger: Apa kempen
yang ada dalam Nuffnang. Earning tak berganjak, macam mana nak raih earning
banyak dalam Nuffnang.
Pertanyaan rakan blogger: Macam mana
nak dapat earning banyak macam yang Yumida dapat. Jana RM1,714.50 dalam masa 13
hari sahaja melalui kempen Blogbuster. Meminta untuk dikongsikan tips dari
Yumida.
Pertanyaan rakan blogger: Sering
terima tawaran dari Nuffnang untuk hasilkan video kempen Blogbuster tapi tak
pernah buat sebab tak tahu macam mana nak buat video. Meminta untuk disediakan
tutorial cara membuat video kempen Blogbuster.
Pertanyaan rakan blogger: Dilemma
dihadapi kebanyakan blogger apabila tidak terpilih dalam tawaran kempen CPUV
dari Nuffnang. Inginkan tips agar terpilih tawaran CPUV.
Pertanyaan rakan blogger: Ingin disediakan tips cara menaikkan earning kempen CPUV. Agar BE kempen CPUV, menampakkan peningkatan mendadak.
Ada lebih banyak lagi tips Nuffnang
yang Yumida kongsikan bersama pembaca. Boleh refer di bahagian LABEL
NUFFNANGERS. Moga apa yang dikongsikan, bermanfaat
buat rakan blogger yang turut sama memasang iklan Nuffnang di blog
masing-masing.
(5) Menyediakan doodle hasil kreativiti
sendiri
Istimewanya
mengenai blog Yumida, pembaca akan disajikan
dengan idea fresh dan kreatif dari Yumida
dalam penghasilan doodle. Kesemua doodle dihasilkan melalui Mic. Office Excel.
Yang mana, perisian Excel ni ada dalam semua komputer. Ada yang tertarik sampai
nak tempah doodle. Terharu.. Tak
sangka ada jugak pembaca yang minat doodle hasil seni jari Yumida. Doodle ni
bukan sahaja untuk memeriahkan ruangan artikel, malah menyampaikan sesuatu mesej, contoh artikel: Ramadhan 2014, tahun
baru 2014, ucapan
hari jadi, Hari
Pekerja, ucapan
hari lahir–pic gif, dan
sebagainya. Malah kehadiran doodle digunakan untuk menerangkan sesuatu situasi seperti: perletakan
nilai setem pengeposan surat, tips
bercinta. Penggunaan
doodle dalam entry juga untuk gambaran
kisah lucu seperti artikel mesin
basuh pakai koyok?, tahi
cicak, kentut
kucing berbau busuk. Header blog ini juga
direka cipta, tanda mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan. Kehadiran pengunjung ke blog Yumida pasti tak akan
disia-siakan, dengan santapan doodle unik, doodle bermesej, kelakar dan mengandungi
lawak sengal.
(6) Berkongsi resepi masakan dan resepi kek
Memandangkan
Yumida seorang isteri, Yumida gemar memasak. Hasil air tangan sendiri, Yumida
upload gambar ke blog dan berkongsi resepi masakan buat pembaca. Malah, Yumida
juga menyediakan resepi memasak paling mudah! Yang kurang arif di dapur, jangan
risau. Rahsianya ada dikongsikan dalam artikel blog ni. Seperti artikel NI.
Resepi
kek turut dikongsi bersama. Jangan terkejut u olls, ada 4 resepi kek hasil air
tangan husband Yumida. See, siapa kata orang lelaki tak pandai buat kek? Katanya,
Raya tahun ni dia nak buat 3 biji kek. Semangat u olls. Yumida berharap dengan
penerbitan resepi ciptaan husband Yumida, memberi
insiprasi pada jejaka dan yang berstatus suami di luar sana. Part di
luar jangkaan, perkongsian resepi kek di blog ini mendapat trafik
meletup-letup! Seperti artikel: kek
lapis Sabok Tun Razak, kek
lapis Cadbury Pandan, kek
lapis Nirwana, kek
lapis Horlick. Dapatkan resepi ekslusif melalui
LABEL RESEPI blog ini.
(7) Berkongsi pandangan umum isu semasa
Yumida
juga gemar mengupas tajuk yang terpampang di dada akhbar. Mengulas mengenai
topik tersebut. Mengaitkan berita dengan peristiwa yang pernah berlaku dalam
hidup Yumida. Antara isu yang pernah Yumida utarakan: MH370, virus
MERS, fenomena
el-nino, jerebu, strok
haba, musim
banjir dan banyak
lagi.
Yumida
turut tampilkan artikel tawaran kerajaan seperti BR1M
3.0|BR1M 2014, SARA
1 Malaysia, Program
SUPERB, skim
MyHome. Matlamat Yumida agar informasi sebegini disebarkan menyeluruh, agar semua orang berpeluang menikmati tawaran yang diberikan.
Berkongsi
info fakta bersama pembaca.
Antaranya jumlah
penduduk Malaysia cecah 30 juta orang, Malaysia
nombor 1 destinasi terbaik pelancongan halal seluruh dunia, Tower
west KLIA2 menara tertinggi di dunia, 10
carian tertinggi Google Malaysia dan banyak lagi artikel berunsurkan fakta.
(8) Topik pilihan pembaca
Berdiskusi
bersama pembaca mengenai pandangan masing-masing. Topik dipilih berkisarkan
umum. Melalui forum sebegini, Yumida dapat mengetahui apa pilihan pembaca,
bagaimana respon mereka. Topik forum hanya berbicara mengenai pilihan minat
masing-masing. Seperti artikel yang pernah diterbitkan sebelum ni: laman
sosial blog|facebook|twitter|instagram|youtube, rancangan
tv kegemaran anda, dilemma
jajahan tempat tidur. Masing-masing
punya pendapat, buah fikiran dilontarkan. Menariknya, artikel sebegini menerima
timbunan komen dalam masa singkat!
(9) Blog mesra pembaca
Yumida
juga menitikberatkan elemen loading blog.
Mengetahui akan jumlah masa diambil untuk meloading. Setakat ini, Yumida telah
menyemak masa loading iaitu pada kiraan 3 saat. Masih dalam skala normal.
Pentingnya kita perlu tahu tempoh loading blog kita kerana kita tidak mahu membebankan
pembaca blog kita dengan menunggu paparan blog yang lama. Pada masa yang sama,
kita tidak mahu kehilangan pembaca blog kita gara-gara loading blog yang tiada
kesudahan. Seterusnya memberi kesan negatif pada bounce rate blog yang tinggi. Yumida juga memilih template blog yang ringkas, penggunaan widget yang penting sahaja dan juga
menggunakan kosa kata yang mudah
difahami pembaca. Blog ni juga telah disetting
mobile untuk mudah di akses menggunakan smartphone. Ye la zaman makin
canggih, tak adanya nak bergantung pada komputer je. Online menerusi hujung
jari. Kat tablet, kat ipad, kat smartphone. Blog mesra pembaca, blog disukai
oleh semua pelayar internet.
Ditubuhkan
pada Februari 2009, sehingga kini blog Yumida telah menerbitkan sebanyak 3383
buah artikel. Purata trafik sehari mencecah 1 ribu unique visitors setiap hari.
Alhamdulillah, rakan newbie, rakan lama, rakan bloglist dan pembaca setia blog
ni merupakan kekuatan blog Yumida dalam menerbitkan artikel setiap hari. Tanpa
mereka, sunyi sepilah blog ini. Kemeriahan mereka di kotak komen, menyuarakan
pendapat, menyuntik semangat blogging dalam diri Yumida. Terima kasih rakan
blogger. Kehadiran anda semua amat dihargai. Love u olls!
12 comments
selamat bersegmen sis :)
good luck kak :)
Goodluck ;D
All the best Yumida
Selamat bersegmen Yumida ....
All the best
gud luck :>
good luck yumida....
wish u best of luck :D
insyaAllah.. kita blh buat yang terbaik pada blog kita.. yng pnting kita jaga hasil penulisan kita.. :)
moga murah rezeki
semoga diberkati selalu
COMPLETE TERBAIK la YUMIDA .......Semoga berjaya
EmoticonEmoticon