Virus MERS (Middle East Respiratory Syndrome) | Sindrom Paru-paru Asia Barat

Virus terbaru kini menyerang. Virus ini dinamakan Middle East Respiratory Syndrome (MERS). Virus MERS amat digeruni di masa sekarang. Especially, di negara Arab sering terdengar ke serangan MERS. Amat menakutkan. Cara virus MERS merebak belum diketahui sehingga kini ianya masih dalam kajian. Malah lebih teruk, belum ada penawar bagi mengubati pesakit yang diserang oleh virus MERS ini. Semalam  terdengar makluman di tv, kita dicegah untuk makan daging unta. Khuatir jika virus MERS ini merebak melalui daging unta tersebut.

Kes pertama pesakit yang dilaporkan menghidapi Middle East Respiratory Syndrome (MERS) atau Sindrom Paru-paru Asia Barat adalah pada Julai 2012 di Arab Saudi.

 Virus MERS (Middle East Respiratory Syndrome) | Sindrom Paru-paru Asia Barat
Virus MERS menyerang!

Punca serangan MERS | Punca Sindrom Paru-paru Asia Barat

Ia disebabkan oleh jangkitan virus dikenali sebagai Coronavirus. Oleh itu ia dikenali sebagai MERS-CoV. Jangkitan ini tidak sama dengan jangkitan SARS yang berlaku pada 2003, tetapi kesan pada paru-paru manusia hampir sama. Punca virus Coronavirus belum diketahui, tetapi ia berkemungkinan besar berpunca daripada haiwan. Ada beberapa teori mengatakan virus ini berpunca daripada kelawar di Mesir. Namun, beberapa kajian yang turut dijalankan menunjukkan punca virus ini daripada unta.

Cara virus MERS merebak | Cara Sindrom Paru-paru Asia Barat merebak

Cara kuman ini merebak ke manusia juga masih menjadi tanda tanya. Kebarangkalian kuman ini dipindahkan dari manusia ke manusia lain juga adalah tinggi. Jika penyebarannya berlaku antara manusia ke manusia, ia memerlukan jumlah virus besar untuk disebarkan. Sebaran kuman daripada haiwan ke manusia juga boleh berlaku dan kajian masih dijalankan.

virus mers boleh membawa mati, Virus MERS (Middle East Respiratory Syndrome) | Sindrom Paru-paru Asia Barat

Simptom MERS | Simptom Sindrom Paru-paru Asia Barat

Simptom Middle East Respiratory Syndrome (MERS) atau simptom Sindrom Paru-paru Asia Barat ialah demam, batuk dan sesak nafas yang berlaku secara mengejut. Ia boleh berlaku dalam masa 14 hari selepas kuman itu disebarkan kepada pesakit.

Demam yang berlaku adalah sangat tinggi berbanding demam selesema biasa. Sesak nafas turut terjadi disebabkan kuman Coronavirus yang membiak di dalam rongga paru-paru manusia.

Rawatan MERS | Rawatan Sindrom Paru-paru Asia Barat

Tidak ada rawatan khas bagi mereka yang menghidapi penyakit MERS. Ini kerana masih tidak ada antivirus sesuai ditemui. Tiada suntikan imun untuk jangkitan Coronavirus.

Rawatan kepada pesakit lebih kepada rawatan sokongan dan mengelakkan daripada jangkitan lain yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk. Rawatan perlu dilakukan segera kerana virus ini membunuh hampir separuh penghidapnya.

Virus MERS (Middle East Respiratory Syndrome) | Sindrom Paru-paru Asia Barat
Berwaspada pada virus MERS. Ketahui tanda-tanda serangan MERS.

Cara mencegah MERS | Cara mencegah Sindrom Paru-paru Asia Barat

Digalakkan selalu mencuci tangan dan memakai topeng muka jika boleh. Selain itu, jarakkan atau hindarkan diri anda daripada berjumpa orang tidak sihat di sana. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika bersin dan batuk untuk mengelakkan sebarang virus.
Sumber: Harian Metro, kredit foto 1 2 

10 comments

kesian mereka yg hari2 bergantung hidup dengan unta kan..

virus ni memang berbahaya, semoga kita dijauhkanlah dari virus ni...

terima kasih atas maklumat, lagi dua minggu mak saya nak umrah ni

Suami akak pun baru balik umrah setakat ini nampak sihat sahaja cuma mula2 balik batuk tapi istiri pula demam tak nak baik tapi isteri tak pergi umrah pun.

bahaya kan.smga kita dijauhkan dari segala virus merbahaya ni.aamiin

Thanks for sharing this info yumida.. semoga kita dijauhkan dari virus ini..

ish ada pulak virus lain.. sebut pasal paru2 ni, deqla teringatkan arwah mak..dia sakit paru2lah.. dan dulu penah ke mekah menunaikan umrah..lps tu dia sering batuk2..hmm.. musykil jugak nih.. virus ni sebnrnya dah lama ke camne?


EmoticonEmoticon