Tips melancong ke luar negara

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Yumida sekarang tengah bercuti di Indonesia dan Thailand. Entry digarap terlebih dahulu dan dibuat penjadualan publish entry. Terima kasih buat kengkawan yang berkunjung ke blog Yumida.

Persediaan sebelum melancong ke luar negara telah dibuat dengan teliti. Agar takde benda penting yang tertinggal. Kang tak pasal-pasal terstuck kat kaunter imegresen. So, Yumida nak sharing beberapa tips penting persediaan sebelum melancong ke luar negara.

Tips melancong ke luar negara

Tips melancong ke luar negara:

Berdasarkan pengalaman melancong ke Brunei Darussalam, juga persediaan melancong ke Indonesia dan Thailand bulan Mac ini, berikut merupakan tips dari Yumida.
1. Pastikan menyediakan dokumen yang lengkap (passport yang masih sah tempoh, salinan kad pengenalan, salinan sijil kenderaan: jika melancong menggunakan kenderaan sendiri).
2. Buat tempahan awal bagi tempat penginapan seperti hotel.
3. Sediakan peta untuk rujukan jalan .
4. Senaraikan tempat yang ingin dilawati agar semuanya berjalan seperti dijadualkan.
5. Ketahui lokasi stesen minyak yang boleh kita isi. Sebab tidak semua stesen minyak membenarkan rakyat asing mengisi tangki minyak mereka. (bagi kes jika melancong menggunakan kenderaan sendiri berflatkan nombor kereta Malaysia).
6. Buat tukaran wang kepada mata wang asing ke negara yang bakal kita pergi. Kalau boleh tukar dengan nilai yang banyak. Sebagai langkah kecemasan jika memerlukan wang di negara asing.
7. Ketahui tempat/ lokasi pertukaran wang di negara asing. Catatkan nama tempat dan jalan. Sebagai langkah kecemasan, jika kita kehabisan wang di negara asing.
8. Beli sim kad mobil di negara asing tersebut. Beli 2 sim kad. Tujuannya, agar boleh menghubungi antara satu sama lain. Jika terpisah dari kumpulan, mudah untuk menghubungi ahli yang terpisah tadi. Selain itu, sim kad tadi memudahkan kita untuk mendail operator bertanyakan jalan. Atau untuk urusan menempah hotel. Kos lebih murah.
9. Jika tidak melancong menggunakan kenderaan sendiri. Boleh upah pemandu pelancong atau dapatkan khidmat ejen pelancongan. Percutian sekeluarga yang membabitkan ramai ahli memerlukan sebuah kenderaan khas, agar semua boleh berangkat bersama-sama.

Selamat melancong! Selamat membuat persediaan melancong :)

26 comments

bagus tips dari yumida..blh buat prsediaan yg rapi

lya isi tabung yumida cne line & laneigi

Terima kasih kerana share tips yang berguna ini :)

ASsalamualaikum yanggg, nice tips. hehee sheila singgah sambil menabung sini ~~~

tips yang berguna untuk mereka yang ingin melancong...tabung visa disini

rietta pula mungkin trpaksa tunda dahulu pelancongan...sebab masalah bumbung tempoh hari...neway...thanks for the tips...

tip yg bagus...thanks for sharing

enjoy ur holiday sis!bestnya g bercuti.... :-)

rindoknya ktk mkn angin di indon ngan thai...

salam pagi selamat melancung yumida moga selamat pergi n kembali...

Bestnya dapat gi melancong! Hehe...

ADA NANGGA GMBR2 KTK..BEST ADA JAK..

assalamualaikum nice sharing.. sangat betul sekali..

Best2.. ;D

bila la dpt i luar negara nie huhuhu

Assalamualaikum dik Yumida...bestnya dapat melancong...terima kasih atas tips di atas...

Mmg tips yg bguna sis.. besa ny mmg zara ngan suami lbh kpd trip bkumpulan. Rasa lebih selmaat.. =)

thanks sharing.. sejujurnya deqla x penah lagi melancong luar negeri..huhu.. sadis kan...


EmoticonEmoticon