Ikon Siarawan Episod Kemuncak

Tahniah diucapkan buat 6 finalis Ikon Siarawan yang terdiri daripada IS Dyya, IS Delila, IS Ismail, IS Faris, IS Sim dan IS Zaira. Mempersembahkan bakat masing-masing dalam mengacara rancangan hiburan dan sebagai DJ radio untuk dinilai oleh para juri di Malam Kemuncak Ikon Siarawan semalam, 14 Jun 2014. Ada sesiapa tengok? Yeah..kita geng!

Pemenang Ikon Siarawan telah pun diumumkan. Nak tahu pemenangnya? Tettt…kena baca sampai habis. Melihat persembahan terakhir mereka sebagai peserta Ikon Siarawan di episod kemuncak, ada di antaranya yang telah meningkat banyak. Perkembangan yang sangat positif, berkat didikan dan tunjuk ajar warga RTM dan pihak terlibat. Tahniah diucapkan! Berjaya sampai ke peringkat akhir Ikon Siarawan.

Psssst! Ikon Siarawan Episod Kemuncak semalam memang sengit! Masing-masing menunjukkan usaha terbaik dalam rancangan mengacara program hiburan dan sebagai juruhebah radio. Memang tabik spring kat 6 finalis Ikon Siarawan yang berentap semalam. Apa pun, meh perdengarkan bebelanku mengenai Ikon Siarawan episod akhir semalam.

Ikon Siarawan episod kemuncak, Ikon Siarawan episod akhir, pemenang Ikon Siarawan tahun 2014, finalis Ikon Siarawan IS SIM, IS ISMAIL, IS ZAIRA, IS DYYA, IS FARIS, IS DELILA. hadiah pemenang Ikon Siarawan. malam kemuncak Ikon Siarawan.

TUGASAN AKHIR IKON SIARAWAN EPISOD KEMUNCAK


IS Dyya
Nama sebenar IS Dyya: Nurul Hidayah Md Nawai
Umur IS Dyya: 26 tahun
Komen:
Nampak peningkatan dalam diri IS Dyya, since program Ikon Siarawan ni aku tonton start episod 2. Masa episod 2 hari tu, IS Dyya selalu tergagap-gagap, nampak ketara nervousnya. Penghujung rancangan, masalah gugup IS Dyya berkurangan. Nampak IS Dyya sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran Ikon Siarawan. Program tv ‘Dia Dan Dyya (3D)’ nampak menarik! Ada connection dengan peserta rancangan dan penonton. IS Dyya berjaya kendalikan program tv 3D dengan baik. Part jadi DJ radio pun ok gak, ada intonasi dalam penyampaian IS Dyya.

IS Delila
Nama sebenar IS Delila: Nurul Nurdalilah Abdul Kadir
Umur IS Delila: 28 tahun
Komen:
Suara IS Delila sedap didengar. Since episod 2 hari tu, suka pada vokal IS Delila. Malah perwatakannya yang kelihatan matang dan cool. Untuk rancangan tv semalam, Gegar Artis, temubual yang lancar bersama artis undangan Farouk Hussain. Untuk DJ radio lak, agak kurang menyerlah.

IS Faris
Nama sebenar IS Faris: Mohd Faris Izzat Shaharudin
Umur IS Faris: 24 tahun
Komen:
Boleh dikatakan episod kemuncak semalam agak kurang berpihak pada IS Faris. Nampak kekurangan dari segi persembahan mengacara rancangan tv ‘Boomerang’. Sesekala diganggu oleh muzik yang tiba-tiba kuat hingga menyukarkan untuk mendengar soalan yang diutarakan oleh penonton. Bahagian DJ radio, ermm..kurang menarik. Sekali lagi gangguan daripada muzik yang kuat. Mungkin perlu menguasai bahagian control sistem tu. Apa yang diucapkan tak sampai kepada pendengar. Before ni, IS Faris seorang peserta Ikon Siarawan yang bagus, penyampaian lancar, tapi tu la, mungkin situasi tak memihak pada IS Faris.

IS Ismail
Nama sebenar IS Ismail: Mohd Ismail Adnan
Umur IS Ismail: 24 tahun
Komen:
IS Ismail mempunyai kelebihan yang serba boleh. Mengacara rancangan tv, ok. Jadi DJ radio pun ok. Punya bakat besar! Suka tengok persembahan IS Ismail dalam program ‘Lantai Joget’. Menarik! Ada connection dengan penonton di rumah. Malah interaksi yang bagus terhadap artis undangan. Dari segi mengacara, memang ada watak dimainkan. Good job! Sangat memberi pujian tinggi pada IS Ismail, pandai pilih topik hot dan popular untuk dibicarakan dalam rancangan radio. Seperti kisah piala dunia, kisah KJ yang nak minta cuti. Memang kelakar. Perbualan kelihatan hidup, menarik hati pendengar untuk mengetahui lebih lanjut.

IS Sim
Nama sebenar IS Sim: Sim Sui Yee
Umur IS Sim: 25 tahun
Komen:
Pengacara rancangan tv paling terbaik malam semalam! Dengan tema, ‘Woman We Love’. Pengacaraan tv yang membuatkan penonton terpaku, nak tengok sampai habis. Memang menarik dan menghiburkan. Sentiasa berenergi dari mula sampai akhir. Part DJ radio, suara IS Sim semangnya diakui sedap didengar, penyampaian lancar. Cuma percakapan yang agak terlalu laju.

IS Zaira
Nama sebenar IS Zaira: Zaira Sri Zakaria
Umur IS Zaira: 27 tahun
Komen:
Program tv yang best dan kelakar. Seronok untuk ditonton. ‘Sri Klise’ menampilkan IS Zaira dari sisi yang lain. Serba boleh jugak tuan badannya. Malah artis undangan, Karl Shafiq juga berinteraksi dengan baik terhadap IS Zaira. Membuktikan kebolehan IS Zaira dalam mengacara rancangan hiburan. Pengacaraan yang bertenaga. Part DJ radio dengan topik ‘Cinta’. Kedengaran agak lemah gemalai yang berlebihan. Tak semulajadi. Kurang menarik.

Ikon Siarawan episod kemuncak, Ikon Siarawan episod akhir, pemenang Ikon Siarawan tahun 2014, finalis Ikon Siarawan IS SIM, IS ISMAIL, IS ZAIRA, IS DYYA, IS FARIS, IS DELILA. hadiah pemenang Ikon Siarawan. malam kemuncak Ikon Siarawan.

PEMENANG IKON SIARAWAN


Juara Ikon Siarawan
IS Sim
Hadiah bernilai RM100,000
-wang tunai RM20,000
-sebuah CUV Chery Tiggo
-telefon bimbit Samsung Note II
-trofi dan sijil

Pemenang tempat kedua Ikon Siarawan
IS Ismail
Hadiah bernilai RM50,000
-wang tunai RM35,000
-sebuah motosikal Modenas
-set home theatre
-tv 40” Samsung
-Samsung Galaxy Tab 10.1
-kamera Nikon DSLR
-laptop Espire
-trofi dan sijil

Pemenang tempat ketiga Ikon Siarawan
IS Zaira
Hadiah bernilai RM30,000
-wang tunai RM20,000
-sebuah motosikal Modenas
-set home theater
-telefon bimbit Samsung Note II
-ipad 2
-trofi dan sijil

Pemenang saguhati Ikon Siarawan
IS Dyya, IS Delila & IS Faris
Hadiah bernilai RM5,000
-wang tunai RM1,000
-kamera Nikon DSLR
-laptop Espire
-trofi dan sijil

Tahniah diucapkan buat IS Sim atas kejayaan bergelar juara Ikon Siarawan tahun 2014. Tak lupa pada IS Ismail dan IS Zaira yang masing-masingnya menyandang tempat ke-2 dan ke-3 sebagai pemenang Ikon Siarawan. Malah, finalis lain turut sama menerima hadiah saguhati. Antaranya IS Dyya, Is Faris dan IS Delila. Tahniah semua! Moga sukses dalam bidang kewartawanan, penyiaran or apa-apa yang diceburi selepas ni.

Penghargaan istimewa: Thanks bebanyak buat IS Dyya atas kesudian berinteraksi bersama penonton yang kerdil ini. Hihi.. Sudi add friend Yumida di Facebook. Menyiarkan link artikel blog ni, berkaitan Ikon Siarawan setiap episod. Juga sentiasa mengupdate aktiviti Ikon Siarawan di wall Facebooknya. Moga IS Dyya sukses! Nak tengok IS Dyya, oooops..wartawan Dyya or pembaca berita Dyya or pengacara Dyya…suatu hari nanti kat tv. Go go go!

6 comments

kak Lya sampai arini tak pernah lagi tgk penuh ..tgk gtu2 jer Yumida ..

Tak pernah tgk rancangan nie

urmm tak pernah tengok juga.. tapi bunyi cam menarik

Nak kena tengok juga ni nanti... menarik.. :)

tahniah kepada pemenang..memang menarik rancangan nih..


EmoticonEmoticon