Jumlah penduduk Malaysia cecah 30 juta orang

Siapa sangka Malaysia yang dulunya kurang penduduk, kini telah mencecah 30 juta orang! Banyak tu! Jadi tidak hairanlah, jika tibanya musim perayaan berduyun-duyun orang di pasar raya. Sesak di shopping kompleks.

Angka 30 juta penduduk Malaysia dicatatkan pada petang semalam bertarikh 28 Februari 2014. Yeah…dah makin ramai penduduk Malaysia. Mungkin kelak tiada lagi import tenaga buruh dari luar negara. Malaysia pun sudah banyak penduduknya, generasi penggerak ekonomi negara.

“Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu. Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit”.
Sumber: Kosmo

Jumlah penduduk Malaysia cecah 30 juta orang, statistik penduduk malaysia
Jumlah penduduk Malaysia cecah 30 juta orang. Rakyat yang berbilang kaum: Melayu, Cina, India, dan banyak lagi!

13 comments

Semoga Malaysia terus makmur... aamiin..

memang tersangatla ramai rakyat malaysia

Assalamualaikum yang, ramainya umat.. hehee

Assalamualaikum dik Yumida...wahh...ramainya penduduk malaysia ni..

wahh ramainya.. mmg ke mana2 pun sentiasa jumpa org la eh..hihi.. padat...

Malaysia dah makin maju . tahniah!

Moga malaysia terus maju dan melahirkan anak bangsa yang berjaya..


EmoticonEmoticon