Fuh…sedih
wooo episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Bikin aku
cengeng sekali. Especially part Mastura baca diari hitam Jebat. Setiap kata-kata
dalam diari tu menyentuh hatiku. Menusuk jiwa! Best..memang best ending Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Kesedihan yang
membuatkan korang terpaksa menyentak hingus korang. Ngeee :) Siapa yang
terlepas tengok last episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu episod 59 dan 60. Korang kena tengok yang ulangan. Best!
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir
Mastura
menelefon abang iparnya supaya segera datang ke rumah. Dengan cemas, Mastura
memberitahu suaminya Jebat telah dtembak. Abang iparnya berkemas-kemas ingin
segera ke rumah Mastura.
Di rumah,
keadaan Jebat begitu tenat. Jebat cedera parah ditembak oleh Damia. Melihat keadaan
itu Mastura panik, pada masa yang sama dia juga tidak mahu kehilangan Jebat. Abang
iparnya lewat tiba di rumah. Jebat sudah tidak bermaya.
Damia
kelihatan seperti orang yang hilang akal. Dia meracau-racau nama Jebat. Diserang
rasa bersalah kerana menembak Jebat. Ibu dan ayahnya merasa risau melihat
situasi Damia. Ayahnya memanggil seorang tok imam untuk meninjau keadaan Damia.
Tok imam menjelaskan Damia bukan diganggu oleh makhluk halus dan menasihati
agar Damia dibawa ke hospital.
-Selepas
6 bulan-
Dek
peristiwa itu, Mastura sentiasa diselubungi kesedihan. Air mata sentiasa
menjadi peneman setia. Mastura masih terkenangkan akan suaminya, Jebat. Mastura
dan kakaknya menziarahi perkuburan sambil menyedekahkan surah yasin. Setibanya di
rumah, Aryan menyapa Mastura, namun sapaan itu tidak diendahkan Mastura. Mastura
segera ke tingkat atas.
Di bilik,
Mastura terimbas kembali sejarahnya bersama Jebat. Dia mengusap perutnya, dan
berjanji akan menjaga anaknya dengan sebaiknya. Segala perkara buruk, dia akan
menyimpan ke dalam diari hitamnya. Menyebut akan diari hitam, Mastura teringat
akan sesuatu. Dia terus berkemas untuk kembali ke rumahnya, rumah dia bersama
Jebat suatu ketika dahulu.
Mastura
terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan Aryan. Aryan meminta maaf atas
perbuatannya selama ini. Dia ingin menebus silapnya dan ingin menghantar
Mastura ke rumah. Setibanya di rumah, Mastura memerhati sekeliling rumah. Setiap
sudut rumahnya mengingatkan dia pada suaminya, Jebat.
Mastura
menemui diari hitam yang tersimpan rapi di tepi katil. Setiap helai kata-kata
yang terkandung dalam diari itu membuatkan hatinya sebak. Air mata tidak dapat
ditahan lagi. Pengakuan Jebat dalam diari itu meruntun hatinya. Mastura menangis
teresak-esak.
Mastura
membawa diari tersebut di tepi kolam. Dari belakang, seseorang berpakaian merah
datang memeluknya. Susuk tubuh itu kelihatan..Jebat. Ya, itulah Jebat! Jebat
mengusik Mastura bila mengetahui Mastura mencuri-curi membaca diarinya.
Mastura
semakin sarat mengandung, bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak. Jebat pula
sentiasa mengusik Mastura. Mereka kelihatan sangat bahagia. Selepas Mastura
melahirkan anak, Jebat membuat kejutan untuk Mastura. Dia mengarahkan Mastura
menutup matanya dan memberhentikan keretanya di suatu tempat. Jebat menyuruh
Mastura membuka matanya. Jebat telah membeli rumah baru! Mastura sangat gembira
dan teruja untuk tinggal di situ bersama anaknya yang comel.
--- Bukan
Kerana Aku Tak Cinta TAMAT---
Gambar drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sharnaaz
Ahmad - Jebat
Nelydia Senrose - Mastura
Lisdawati - Hannah Maryam
Uwais Uqashah - Alex Yanz
Nelydia Senrose - Mastura
Lisdawati - Hannah Maryam
Uwais Uqashah - Alex Yanz
Ending Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Drama
Bukan
Kerana Aku Tak Cinta memang suspens! Aku ingatkan Jebat mati. Rupanya hidup
lagi. Ceh penat je aku nangis sengsorang. Dengan muzik baladanya, dengan jiwa
lara Mastura yang kesunyian, dengan imbasan kisah-kisah lama antara Jebat dan
Mastura. Apa pun, budak yang Mastura bawak masa tengok rumah tu comel sangat! Happy
ending. Yey…
12 comments
ayu lum tgok ni. episod sblm last tu tgok sedutan akan dtg ayu dah sedih dulu dah.
happy ending
rasanya ending malam tadi macam kelam kabut sikit... macam tergesa - gesa nak dihabiskan dalam tempoh 1 jam.
seriously ingatkan abang Jebat mati, tapi dia pergi kubur sapa tu ek?
Yeah, dah habis. Tapi ending dia buat suspend je. =D
ZH Blogger
hye yumida.. deqla kembali bersiaran.. tp rasanya x smpt nk komen2 entri yg lps.. sori eh.. deqla lom dpt hadiah yumida tu.. risau juga sbb yumida kata smua dah dpt..hukhuk.. maybe xde rezeki deqla.. owh drama ni.. deqla x smpt nk lyn.. tp ramai kata best.. smua jatuh cinta dgn watak jebat.. hoho..
itu le, ingatkan Jebat mati - tertiba baca diari - Jebat muncul, termangu222 juga memikirkannya............................ tetiba wujud
Mati2 ingat Jebat mati.. hehe ;D Nasib baik sik mati..
dah hbs dh kn cerita ni.. happy ending utk semua
lya tak ada tengok lagi..best ya
kubur tok ma dia. suspens kan..hihi
laa..ye ke. hope hadiah tu akan sampai dgn jayanya. mungkin esok, mungkin lusa..moga dipermudahkan segalanya. aah ramai org jatuh cinta kat jebat
EmoticonEmoticon