Permohonan BR1M 3.0 (BR1M 2014) dibuka hari ini!

Buat semua rakyat Malaysia yang layak memohon BR1M 2014, dan ingin menerima bayaran BR1M 2014 kali ini, menjemput sekalian semua untuk mendaftar sebagai pemohon baru (bagi yang belum pernah menerima wang BR1M sebelum ini).

Manakala, bagi yang pernah menerima BR1M sebelum ini, anda tidak perlu memohon sebagai pemohon baru. Hanya kemas kini maklumat peribadi anda jika ada sebarang perubahan. Contohnya, alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Anda sudah boleh mendaftar sebagai pemohon BR1M pada hari ini. Sepertimana diwar-warkan di media akhbar mengenai pengumuman tarikh pendaftaran BR1M 2014.
Pendaftaran permohonan BR1M 3.0 tamat pada 31 Januari 2014
Tarikh Pembayaran BR1M 3.0: Februari 2014

Permohonan BR1M 3.0 (BR1M tahun 2014) dibuka 23 Disember 2013, TARIKH DAFTAR BR1M

Syarat kelayakan BR1M 2014
Bantuan RM650 - Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah (Isi rumah)
Bantuan RM450 - Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 (Isi rumah)
Bantuan RM300 - Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah (Individu)

Cara memohon BR1M 2014:
 1. Permohonan onlinehttp://www.hasil.gov.my
2. Permohonan BR1M 3.0 melalui borang boleh didapati di cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selamat mendaftar dan memohon BR1M 3.0 | BR1M 2014!!!

9 comments

bertambah bantuan kerajaan... byk tu...alhamdulillah...

yeayyy.. done! hee..semangat deqla kemaskini utk hubby.. sbb nanti bini dia pun dpt.. kihkih.. thanks yumida utk info ni.. =)

mesti laman web tu jammed kan..!

dah mohon dh td..berjaya...hehe :) tp xleh print pulak..

bertambah2 laa yang akn memohon :)


EmoticonEmoticon