Klik banner utk join
Tamat: 05/04/2014
Tips Bercinta: Tinggalkan Lelaki itu!
Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga
membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau,
pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda
menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa
depan sesebuah perhubungan.
Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan
pasangan bukanlah menjadi suatu hal yang besar. Dengan sedikit penelitian,
dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yang
terbaik.
Berikut merupakan sebab mengapa harus berpisah dengan
pasangan kita. Memandangkan Yumida seorang perempuan, so ianya khas ditujukan
buat lelaki.
4 Sebab Mengapa Lelaki itu
Harus Ditinggalkan!
1. Tiada kesungguhan
Lelaki
yang tidak serius dalam melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan
bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa. Tidak
benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina
sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak.
Mencipta berbagai alasan.
Sebab musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan
mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan
duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk
melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan
perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang bertepuk sebelah tangan, tapi
dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam
hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yang tidak serius
dalam perhubungan?
2. Lelaki bermulut murai
Mereka
yang suka bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap benda yang tidak berfaedah. Kengkadang apa yang dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap
benda yang sia-sia. Orang sebegini
jenis yang bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki yang banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat
dirinya sahaja diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain?
Pentingnya
dalam perhubungan untuk menjadi seorang pendengar
yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya,
meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis
yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah
perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran,
dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan
mencari pengganti seorang pendengar yang baik.
3. Suka mengungkit
Pasti
sakit hati kita apabila pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya, mengungkit akan wang yang telah dibelanjakan olehnya,
mengungkit akan pengorbanan masa dan
tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita
berasa tidak dihargai.
Rasa tersinggung..semestinya!
Membuatkan kita sentiasa berkecil hati.
Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki
yang benar-benar mencintai kita akan
mengikhlaskan setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya,
pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan
yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yang
sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas
dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas
berkorban demi mencintai anda.
4. Lelaki yang panas baran
Menyeramkan bila kita mendapati pasangan kita seorang yang panas
baran. Tidak boleh tersilap sedikit,
habis barang-barang menjadi tempat
meluahkan kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling
handphone. Huish…dahsyat!
Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya.
Bukan sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan
marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat.
Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan. Biar hati kita
kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek
tempias kemarahan.
Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Harus
diingat, segala tindakan adalah daripada kita sendiri. Pilihan ada di tangan
kita. Pilihlah keputusan yang tepat dan betul dalam mencari calon suami, yang
mana peneman hidup kita sehingga ke hari tua nanti. Selamat bercintan cintun :)
Artikel ini pernah ditulis oleh Yumida pada 17 Mac 2014: 4 sebab untuk berpisah
14 comments
Assalamualaikum....semoga berjaya...
all the best
Good luck (^^,)
Good luck Yumida.. :)
all the best sis ! =D
good luck yumida!
goodluck yumida.....
Assalamualaikum yangg, semoga berjaya dan murah rezeki ya ~~~
tajuk segmen dah bikin gempak..gud luck yumida :)
good luck umi..
Assalamualaikum dik Yumida...semoga berjaya yer..
all the best dear :)
ngeri kalau dpt kekasih macam ni.. tp kalau ada sebab boleh kot bwak brbincang..
singgah sini dr rumah tuan penganjur contest..:)
http://husnazahidi.blogspot.com/2014/04/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
goodluck!!
Tahniah! Anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan Buasir Otak. Mohon emel kepada saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah.
EmoticonEmoticon