1st Anniversary Yana & Dean



1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.

PRINTSCREEN



As salam buat rakan pembaca. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyertai giveaway terhebat bulan Jun ni iaitu Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean. Baca je tajuk giveaway tu..terus tersenyum! Ada sentuhan rasa bahagia. Celebrate ulang tahun perkahwinan antara blogger Yana dan suaminya Encik Dean.


Alhamdulillah, usia perkahwinan mereka sudah menginjak ke angka setahun. Melayari bahtera dalam alam perkahwinan sememangnya membahagiakan. Sempena anniversary wedding Yana dan suami, Yumida sisipkan kata azimat buat u olls berdua.

Moga bahagia sentiasa
Moga diberikan kebahagiaan dalam rumah tangga u olls. Rasa tenang, ceria, bahagia di sisi insan tersayang. Masing-masing memerlukan antara 1 sama lain. Menghargai kehadiran pasangan dan menerima kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya. Itulah menerbitkan rasa bahagia di hati kita.
Moga kasih sayang bercambah-cambah
Perasaan cinta, sayang, setia, rindu moga beranak pinak semuanya. Dilimpahkan kasih sayang tak terhingga dalam rumah tangga u olls. Saling sayang-menyayangi! Lagi..lagi…lagi..bertambah-tambah kasih sayang..
Moga dimurahkan rezeki
Rezeki dalam pekerjaan. Moga dimurahkan rezeki u olls dalam mendapat cahaya mata. Zuriat yang dinanti-nantikan oleh semua pasangan yang telah berkahwin.
Moga dirahmati olehNya
Moga hubungan u olls sentiasa mendapat keredhaan dariNya. Dirahmati, hidup bahagia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Moga dipermudahkan segala urusan
Urusan dari segi pekerjaan, pengurusan hidup, urusan keluarga, urusan sampingan, moga dipermudahkan segalanya. Tiada kerumitan. Moga apa dirancangkan berjalan lancar.
Moga apa diimpikan tercapai
Impian, harapan, matlamat..moga segalanya tercapai. Kita hanya merancang, Dia Yang Maha Esa menentukan dan memberikan apa yang terbaik buat kita.
Moga diberikan kesihatan yang sejahtera
Moga u olls sihat walafiat senantiasa. Diberikan umur yang bermanfaat. Diberikan kesempatan ruang dan peluang dalam menambah amalan kebaikan.
Moga hubungan berkekalan till jannah
Amin…amin…aamiin. Moga u olls bahagia dan hubungan ini berkekalan hingga jannah. Insha Allah…


Doa buat u olls (Yana + suami, Encik Dean)

Ya Allah..sempurnakan kebahagiaan rakan bloggerku ini (Yana + suami, Encik Dean), dengan menjadikan pernikahan mereka sebagai wujud ibadah kepadaMu, dan sebagai bukti pengikat cinta kepada Rasulullah SAW.

Anugerahkanlah mereka pasangan hidup serta keturunan yang menyejukkan hati mereka, dan jadikan mereka sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Barakallah ukhti, barakallah akhi, semoga rakan bloggerku ini (Yana+ suami, Encik Dean) mendapat keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah, dan senantiasa menjadi penghias kehidupan rumah tangga, dan diberikan perjalanan yang lurus menuju ke syurga.

Ya Allah..apabila rezeki rakan bloggerku ini (Yana+ suami, Encik Dean) ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya.

Juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut, dan berikanlah rezeki pada rakan bloggerku ini (Yana+ suami, Encik Dean) dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan rakan bloggerku ini (Yana+ suami, Encik Dean) tidak memerlukan sesiapa selain dariMu, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

HAPPY ANNIVERSARY!!! YANA DAN SUAMI :)

25 comments

hadiahnya menarik.. semoga berjaya ya :D

wah menarik, nak join laa.. Yumida semoga berjaya ye..

Syoknya kalau dapat join. Tp syg. Akk x boleh buka blog kat pc

X boleh buka blog kat pc opis

tengah nak join ni...pasal itu refer balik kat sini..jom join sekarang.

Good Luck and all the best yumida...menabung GSK sini... :D

Regards,
-Strider-

gudluck..tak smpt join lg GA nie..

Belum join lagi ..kak Lya ingat nak jugak la yang ni ..

Semoga bhgia buat pn. Yana...

Salam Ramadhan. Terima kasih di atas sokongan GA ni dan juga doa kalian kepada kami berdua. Jazakumullahu Khairan Kathira.

"[Updated] Senarai Peserta Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean"

*Singgah sambil menabung mr.nuff (^^,)

tahniah kak
http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/07/senarai-pemenang-giveaway-3-1st.html

Semoga Allah memberkati dunia akhirat. Aamiin


EmoticonEmoticon