Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370

As salam buat semua pembaca,

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis berkaitan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines MH370 ke Beijing. Seperti yang diketahui umum pesawat ini kehilangan jejak semenjak 8 Mac 2014 yang lalu. Tarikh itu adalah sama dengan keberangkatan Yumida sefamily ke Jakarta pada waktu itu. Yang bezanya, kami mendahului penerbangan MH370 sejam lebih awal.

Agak terkejut pada pagi keesokkannya, hb memaklumkan pada Yumida pasal kehilangan pesawat MAS MH370. Tertanya-tanya di dalam hati.. Ke mana lencongan pesawat MH370?? Tidak tiba di Beijing, tidak dapat di kesan, kehilangan jejak…sehingga ke hari ini. Tiada siapa yang tahu di mana lokasi badan pesawat MH370.

Berbagai andaian dan spekulasi oleh orang ramai, makin menambah kecelaruan di minda. Setia menonton di tv untuk mendapatkan kesahihan berita. Sungguh pun begitu, masih tiada berita penemuan pesawat MH370. Disiarkan juga wajah kegusaran dan kesedihan ahli keluarga penumpang MH370, semakin menambah kepiluan di hati.

Sebagai orang awam, orang biasa…aku hanya mampu menadah tangan mendoakan yang terbaik buat kesemua krew MAS dan penumpang MH370. Moga pencarian pesawat MH370 berakhir dengan berita menggembirakan. Jika sebaliknya…bersabarlah duhai ahli keluarga penumpang MH370. Mereka yang berkenaan sedang/telah berusaha sebaik-baiknya dalam melaksanakan misi pencarian pesawat MH370. Buat negara luar yang membantu dalam misi pencarian MH370, berbanyak terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Sama-sama kita membantu pada yang memerlukan.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, pesawat MAS ke beijing hilang, prayformh370
PRAY FOR MH370
Coretan harapan dan doa buat pesawat MH370 di Sogo, Kuala Lumpur

25 comments

doakan untuk MH370.
PG masih tidak boleh menerima kehilangannya. T_T

penantian yang sangat tragis

salam takziah kepada semua yang terlibat
al -fatihah

semoga keluarga nya semua tabah menghadapi dugaan ini.

salam takziah buat kelurga.

permulaan dan pengakhiran mac yg tragis.. takziah buat keluarga penumpang dan anak kapal MH370.. :'(

Takziah kepada keluarga mangsa

Semua keluarga MH370 tabah menghadapi dugaan ini.

takziah untuk ahli kluarga mangsa

takziah kepada keluarga anak kapal dan penumpang MH370

Assalamualaikum.. masih terasa sedihnya.. Allahurabbi. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini...

Takziah buat semua yg terlibat....mostly their friends...and families...

al fatihah dam takziah kepada keluarga mangsa

semoga dipermudahkan pencarian kita...

Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat..

al fatihah dam takziah kepada keluarga mangsa yg terlibat..

Doakan yg terbaik buat mereka

Assalamualaikum dik Yumida..tak tau nak kata apa...sangat sedih bila mengenangkan MH370...semoga semua keluarga penumpang dan anak kapal tabah menghadapinya..

Mmg berita yg menyedihkan... Al Fatihah... aamiin..

sedihnya... salam takziah buat keluarga penumpang... semoga tabah hadapi saat ini...

x sangka.. dah penghujung mac dah pun..tp byg MH370 pun masih belum dijumpai... hmm.. kunfayakun...


EmoticonEmoticon