Menantu Sepuluh Ribu – Drama TV3

Sinopsis Menantu Sepuluh Ribu

Drama Menantu Sepuluh Ribu mengisahkan seorang jejaka bernama Ikhwan (Fizz Fairuz) mempunyai kerjaya dalam menguruskan perniagaan milik keluarganya. Kehidupan Ikhwan yang begitu sibuk membuatkan dirinya tidak mempunyai kekasih hati.  

Memandangkan Ikhwan mempunyai pakej bekerjaya, kaya dan kacak. Dalam diam, Mona (Salwa Md Razak) menaruh hati terhadap Ikhwan. Berbagai startegi yang Mona aturkan untuk memenangi hati Ikhwan. Ini termasuklah, strategi mengambil hati kakak ipar Ikhwan. Hubungan rapat antara Mona dan kakak ipar Ikhwan membuatkan dirinya yakin suatu hari nanti dia akan menjadi isteri Ikhwan.

Ikhwan melaksanakan misi syarikatnya. Dia ingin mengembangkan perniagaannya. Ikhwan membuat keputusan untuk membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka sebuah kilang. Selepas mendapat persetujuan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung untuk membeli tanah di situ.

Kehadiran Ikhwan telah disambut baik oleh Haji Yaakob. Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu pemilik tanah yang ingin dibelinya iaitu Alang (Zulkifli Mohd Salleh). Setibanya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah yang merupakan gadis sunti Alang. Ikhwan tertarik melihat kerajinan Umairah (Reen Rahim).

Matlamat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu tercapai. Ikhwan membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Bermula saat itu, Ikhwan berkawan baik terhadap Umairah. Umairah sering membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Hubungan Ikhwan dan Umairah sangat rapat. Tanpa sedar, timbul bibit cinta antara mereka.

Konflik drama Menantu Sepuluh Ribu bermula! Mona mula mencurigai Ikhwan apabila mengetahui Ikhwan jarang berada di bandar. Mona bertekad pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Melihat kemesraan antara Ikhwan dan Umairah, Mona menjadi berang! Mona mengatur strategi kotor untuk memisahkan mereka berdua.

Walau pun menerima halangan dan cabaran demi mempertahankan cinta mereka, Ikhwan memanjangkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut mengetahui Ikhwan yang ingin berkahwin. Selama ini, apa yang mereka ketahui, Ikhwan tidak pernah mempunyai kekasih hati. Bagaimana pula dengan reaksi Mona? Jangan lupa, saksikan drama TV3 Menantu Sepuluh Ribu untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Gambar Menantu Sepuluh Ribu

Menantu Sepuluh Ribu – Drama TV3, sinopsis Menantu Sepuluh Ribu, drama Menantu Sepuluh Ribu, ost Menantu Sepuluh Ribu, pelakon Menantu Sepuluh Rib

Pelakon Utama Menantu Sepuluh Ribu

Fizz Fairuz – Ikhwan
Salwa Md Razak - Mona
Cat Farish Datuk - Musa
Zack Taipan - Haji Yaakob
Reen Rahim – Umairah
Annie Arifin – Wana
Ewan Mohamad – Agus
Zulkifli Mohd Saleh – Alang
Azah Suaymi – Mimi
Aida Khalidah – Hamidah

OST Menantu Sepuluh Ribu

Original Sount Track Menantu Sepuluh Ribu
Lagu: Tarapapa
Penyanyi: The Fabolous Cats
Saksikan drama slot Azalea Menantu Sepuluh Ribu
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 4.00 petang hingga 5.00 petang
Saluran: TV3

11 comments

Best jugak citer nie Yumida..

drama ni best, suka tngok..hihi

ada tgk ari tu tp skali dua jaa.. xfollow sgt drama ni.. hehhe

Cam best je citer ni. Nak tgk jugak lah.

Aduhh.. time tu mmg tak sempat nk tengok tv... thanks sharing Yumida.. :)

Best jugak citer nih..penah tgk skali dua jer..jdnya xbrapa nk phm sgt laa jln citer..dh baca sinopsis, btambah phm laa citer nih..hehehe..


EmoticonEmoticon