Godaan tawaran sponsor super hebat!

Alhamdulillah, syukur. Telah berjaya menganjurkan segmen bulan Mei lepas. Keputusan telah pun diumumkan Jumaat lepas. Tahniah buat semua. Juga Yumida nak ucapkan berbanyak terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi menjoinkan diri dalam segmen yang Yumida anjurkan. U olls memang sporting! Love u olls!

Masa tengah running segmen bulan lepas, Yumida dapat banyak offer dari sponsor. Ada yang nak sponsor ganjaran wang tunai lumayan, ada yang nak sponsor barangan muslimah, ada yang nak sponsor netbook (komputer riba). Terkezut giler! Hebat-hebat hadiah tajaan sponsor.

Godaan tawaran sponsor super hebat!
Hadiah wang tunai? Wooo...bez-bez!

Godaan tawaran sponsor super hebat!
Barangan muslimah? Cantik!

Godaan tawaran sponsor super hebat!
Netbook? Aaaa...hadiah gempak giler!

Tapi…kesemuanya terpaksa Yumida tolak. Atas sebab kekangan masa. Busy u olls manage segmen. Nak blogwalking peserta segmen, nak follow, tinggalkan komen, update status terkini senarai peserta. Sememangnya bukan kerja yang mudah. Memerlukan masa dan line internet yang laju. Data internet broadband terpaksa Yumida topup 2 kali. Kalau pakai internet opis memang free, memandangkan sekarang cuti balik kampung, so line internet sendiri punya tanggung. Hihi..

Ada 1 lagi masalah yang dihadapi. Sering kali line internetku terhalang. Dalam erti kata coverage 3G tidak stabil. Kejap ada kejap hilang. Agak sukar untuk aku buat blogwalking. Kata hati: Cabaran dalam penganjuran segmen/giveaway/contest.

Before ni Yumida pernah bekerjasama dengan beberapa orang sponsor. Mereka semuanya baik hati, menepati janji. Alhamdulillah.. Moga ikatan ukhuwah kita melalui jaringan blogging bertambah erat.

Kebanyakan segmen/giveaway yang Yumida anjurkan datangnya dari tajaan diri sendiri. Everytime keluar jenjalan tertengok barang yang comel menarik hati sure beli. Kumpul-kumpul, lepas tu dijadikan hadiah buat peserta yang join segmen/giveaway nanti.

Ehem-ehem, lepas tu kan.. Hb pun pasang niat nak bagi tajaan hadiah untuk next segmen/giveaway. Barangan t-shirt dari luar negara. Masih berplastik-plastik di simpan dalam almari. Tapi nak anjurkan segmen/giveaway tu tak tahu lagi. Hihi.. Insha Allah bila masanya dah tiba nanti..

Alhamdulillah, sering kali Yumida dapat mesej dari para sponsor nak jadi penaja hadiah. Penaja yang bermurah hati. Moga rezeki mereka sentiasa melimpah ruah. Sering kali jugak Yumida pass ke rakan blogger lain, jika time tu tak mengizinkan. At least, tertunai hasrat dan matlamat mereka menjadi penaja hadiah.

Khas buat semua sponsor yang pernah contact Yumida, Yumida nak ucapkan tengkiu bebanyak! Insha Allah..pasti suatu hari nanti kita akan berkolaborasi bersama.

30 comments

wah sapa taja laptop.. best tul

tajaan hadiah yang beso2...uih...akak pun dah lama tak buat segmen...
jgn lupa nanti buat GA tu ye..akak nak join lagi...hehe

wah taje laptop? happy setahun pemenang tuu kalau kak yumida buat GA :'D

bestnye hadiah2 yg sponsor tu nak taja..mantap lah..
nnti buat GA lg tau..insyaAllah syu join..

teruja kalau menang lagi....meletops hadiah tu.....

Murah rezeki Yumida..ramai yang nak sponsor..

Netbook tu yg x tahan tu,wahhh best2 hadiah kan. Murah rezeki ramai yg nk sponsor

Zumal pun nak join jugak la nanti :)

Hehehe seronoknyerr bila ramai yang nak SPONSOR kan ..
Tahniah ya Yumida ..Sis tumpang happy untuk Yumida..

nk sponsor laptop..terkezuttt...

wow menariknya hadiah tajaan tuh..apapun semoga SPONSOR2 sekelian dimurahkan rezeki..amin..

alhamdulillah..ramai yg sudi jd sponsor
tp terpaksa ditolak
berpeluh2 manage semen/ga bulan lepas
insha Allah di masa akan dtg, tunggu line internet pulih

haha...sokong sesgt..senyum sokmo pemenang tu nanti
lepas berhempas pulas manage segmen bulan lepas..ada 200 lebih penyertaan..berpeluh2 manage segmen tu..
tu yg pikir 2-3 kali bila nak buat segmen lagi
mungkin di masa akan dtg..insha Allah

insha Allah syu...
line internet x berapa laju sekarang, tu byk tolak tawaran sponsor
insha Allah di ms akan dtg nanti nak buat segmen/ga..
thanks tau syu selalu support segmen/ga yumida

yumida yg dpt emel tu pun terkezut
hadiah grand takut gak nak anjurkan
byk risiko..coz sebagai penganjur nanti org akan rujuk kita segala2nya
pd ms yg sm gak, line internet pun x berapa laju, myb akan menyukarkan proses blogwalking..tu yg yumida tolak

aamiin. buat mereka semua yg bermurah hati. hari ni pun dpt mesej kat fb, nak sponsor topup..moga mereka semua dimurahkan rezeki

wah sponsor besar2 nampaknya....terbaiklah....tak sabar menunggu segmen/giveaway lg dr blog ni...

Entri terkini MINDAKABUR : Menambah 'Text Formatting Tools' Pada Kotak Post Google+

wahhh ! laptoppp tuh.. ya lah, kekangan masa kan sis.. moga sponsor2 sentiasa dimurahkan rezeki .. dan sis, eeh, buat GA lagi neh.. ~~ nak joinnn lagi .. :) sabar menantii GA seterusnya..

Kalau sponsor sndiri mmg lbh mudah kan kak

Kalau sponsor sndiri mmg lbh mudah kan kak

hadiahnya syok.. nanti buat lagi yer . N memang suka join segmen-segmen cenggini :D.. sponsor ramai hadiah pun banyak.. masyukk

waaaa.. hebat2 hdiah yng mereka nak bg..


EmoticonEmoticon